SITI KASIM Dipanggil JAKIM Untuk Bagi Keterangan Berhubung Kenyataannya, Tuhan Terhasil Dari Getaran

Monday 3 April 2017



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil aktivis sosial yang juga peguam, Siti Kasim untuk memberi keterangan sebelum mengambil tindakan berhubung kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini kerana disifatkan mengelirukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi tindakan undang-undang akan diserahkan kepada pihak berkuasa kerajaan negeri khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam mengikut peruntukan yang bersesuaian termasuk berkaitan akidah.

"Sebagai umat Islam, kita mengambil pendekatan lebih berhemah apabila akan mendapatkan penjelasan beliau (Siti Kasim) terlebih dulu kerana berkemungkinan media tersalah lapor.


"Mungkin juga berlaku kerana kejahilan agama, jadi kita nak tahu daripada mulutnya sendiri dan kita berharap jangan pula dia tidak hadir," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dan Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Perkhidmatan Ambulans dan Pra Hospital, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kontroversi yang dibuat Siti Kasim sejak akhir-akhir ini terutama kenyataannya yang disiarkan portal berita bertajuk 'Melalui Getaran, Kita Menghasilkan Tuhan'.



1 comment:

  1. Untuk berlaku adil maka memanggil SK untuk bersoal jawab amat di alukan.Jika benar SK membuat kenyataan berdasarkan kepada tahap minda bersumberkan hukum logik maka boleh di tafsirkan beliau mengalami defisit keimanan dan ini adalah satu penyakit sindrom jenayah minda.Adalah di harapkan SK membuat penjelasan berilmiah tanpa di gugatkan oleh anasir luaran yang mungkin mencari kesalahan beliau.Sessi penjelasan adalah jalan terbaik untuk semua pihak untuk sampai kepada kesimpulan samada SK telah tersasar atau di ekploitasi untuk tujuan publisiti.

    ReplyDelete

SITI KASIM Dipanggil JAKIM Untuk Bagi Keterangan Berhubung Kenyataannya, Tuhan Terhasil Dari Getaran

Monday 3 April 2017 ·



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil aktivis sosial yang juga peguam, Siti Kasim untuk memberi keterangan sebelum mengambil tindakan berhubung kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini kerana disifatkan mengelirukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi tindakan undang-undang akan diserahkan kepada pihak berkuasa kerajaan negeri khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam mengikut peruntukan yang bersesuaian termasuk berkaitan akidah.

"Sebagai umat Islam, kita mengambil pendekatan lebih berhemah apabila akan mendapatkan penjelasan beliau (Siti Kasim) terlebih dulu kerana berkemungkinan media tersalah lapor.


"Mungkin juga berlaku kerana kejahilan agama, jadi kita nak tahu daripada mulutnya sendiri dan kita berharap jangan pula dia tidak hadir," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dan Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Perkhidmatan Ambulans dan Pra Hospital, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kontroversi yang dibuat Siti Kasim sejak akhir-akhir ini terutama kenyataannya yang disiarkan portal berita bertajuk 'Melalui Getaran, Kita Menghasilkan Tuhan'.



1 comments:

Asaif Barkiya said...
3 April 2017 at 15:44  

Untuk berlaku adil maka memanggil SK untuk bersoal jawab amat di alukan.Jika benar SK membuat kenyataan berdasarkan kepada tahap minda bersumberkan hukum logik maka boleh di tafsirkan beliau mengalami defisit keimanan dan ini adalah satu penyakit sindrom jenayah minda.Adalah di harapkan SK membuat penjelasan berilmiah tanpa di gugatkan oleh anasir luaran yang mungkin mencari kesalahan beliau.Sessi penjelasan adalah jalan terbaik untuk semua pihak untuk sampai kepada kesimpulan samada SK telah tersasar atau di ekploitasi untuk tujuan publisiti.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks