Tan Sri, Anak Lelaki dan 6 Yang Lain Ditahan Bantu Siasatan Tuntutan Palsu Kepada JPS

Thursday 6 April 2017


Seorang usahawan bergelar 'Tan Sri' dan anak lelakinya antara enam orang yang direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka.

'Tan Sri' berumur 60-an itu ditahan di kediamannya di Johor kira-kira 10 pagi semalam manakala anaknya yang juga bekerja di syarikatnya merupakan suspek terbaharu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 malam tadi di Johor.

Tiga lagi yang direman untuk tempoh sama sehingga 11 April itu merupakan pegawai di JPS dan seorang pesara di jabatan itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut sumber SPRM, kesemua pegawai JPS yang ditahan disyaki bersubahat dengan Tan Sri itu yang merupakan pemilik syarikat dilantik untuk membekalkan alat 'geotube' bagi projek JPS, membabitkan kerja pemulihan sungai dengan menggunakan kaedah penggalian pada sekitar 2012.

0 comments:

Post a Comment

Tan Sri, Anak Lelaki dan 6 Yang Lain Ditahan Bantu Siasatan Tuntutan Palsu Kepada JPS

Thursday 6 April 2017 ·


Seorang usahawan bergelar 'Tan Sri' dan anak lelakinya antara enam orang yang direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka.

'Tan Sri' berumur 60-an itu ditahan di kediamannya di Johor kira-kira 10 pagi semalam manakala anaknya yang juga bekerja di syarikatnya merupakan suspek terbaharu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 malam tadi di Johor.

Tiga lagi yang direman untuk tempoh sama sehingga 11 April itu merupakan pegawai di JPS dan seorang pesara di jabatan itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut sumber SPRM, kesemua pegawai JPS yang ditahan disyaki bersubahat dengan Tan Sri itu yang merupakan pemilik syarikat dilantik untuk membekalkan alat 'geotube' bagi projek JPS, membabitkan kerja pemulihan sungai dengan menggunakan kaedah penggalian pada sekitar 2012.

0 comments:

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks