Ngeh Kor Ham Desak Agar Umat Islam Dibenarkan Murtad!

Thursday 12 June 2014

Pemimpin DAP sekali lagi cuba masuk campur dalam urusan agama Islam di negara ini. Sekalipun mereka sendiri buta tentang Islam dan hanya kelihatan mesra Islam demi mendapatkan undi daripada masyarakat Islam, hakikatnya setiap perbuatan mereka menunjukkan dan membuktikan kebencian mereka terhadap Islam dan umatnya.

Dalam satu kenyataannya, Ngeh Koo Ham meminta umat Islam di Malaysia menghormati mereka yang ingin keluar dari agama Islam dan memeluk agama lain. Malah Ngeh Koo Ham dengan sengaja cuba mencetuskan polemik apabila menyatakan, tiada dalam agama lain berlaku pergaduhan seperti Sunnah-Syiah dalam Islam.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ngeh Koo Ham yang berselindung di sebalik imuniti Ahli Parlimen itu sebenarnya amat merbahaya kepada masyarakat. Apatah lagi, secara terang-terangan, Ngeh Koo Ham telah cuba menafikan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan memandangkan di dalam Islam, mereka yang murtad perlu dikenakan hukuman selagi mana mereka bermastautin di kawasan bermajoriti Islam. (BACA DI SINI)

James Ngeh Koo Ham pada masa yang sama, cuba menyemaikan persepsi bahawa Islam adalah sebuah agama yang sukakan pergaduhan dan umatnya pula terdiri daripada mereka yang lapar darah. James Ngeh Koo Ham terlupa bagaimana persengketaan antara Katholik-Protestan yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Malah James Ngeh Koo Ham juga terlupa tentang sejarah Katholik yang penuh berdarah bagi memaksa masyarakat yang dijajah, memeluk agama tersebut.

Sebelum ini, James Ngeh Koo Ham terlibat dalam menghina umat Islam, agama Islam, Allah Taala dan Nabi Muhammad s.a.w. Dia kemudiannya meminta maaf apabila ramai orang Islam yang marah dengan kenyataan kurang ajarnya.

Namun nampaknya, permohonan maaf itu hanyalah sekadar untuk meredakan keadaan kerana James Ngeh Koo Ham tidak pernah berhenti daripada memusuhi umat Islam dan agama Islam.

3 comments:

  1. ya allah binatang ni kau cabutlahnya jika dia masih angkuh

    ReplyDelete
  2. ustaz pas tentu tau hukuman orang islam murtad. tolong bagi tau rakan kafir harbi yg telah dianggap zimi ni hukuman orang murtad dalam islam.

    ReplyDelete
  3. PAS dah ready laksanakan hukum hudud ke atas murtad? nak buat kena sepenuhnya, bukan ikut selera semata-mata.

    ReplyDelete

Ngeh Kor Ham Desak Agar Umat Islam Dibenarkan Murtad!

Thursday 12 June 2014 ·

Pemimpin DAP sekali lagi cuba masuk campur dalam urusan agama Islam di negara ini. Sekalipun mereka sendiri buta tentang Islam dan hanya kelihatan mesra Islam demi mendapatkan undi daripada masyarakat Islam, hakikatnya setiap perbuatan mereka menunjukkan dan membuktikan kebencian mereka terhadap Islam dan umatnya.

Dalam satu kenyataannya, Ngeh Koo Ham meminta umat Islam di Malaysia menghormati mereka yang ingin keluar dari agama Islam dan memeluk agama lain. Malah Ngeh Koo Ham dengan sengaja cuba mencetuskan polemik apabila menyatakan, tiada dalam agama lain berlaku pergaduhan seperti Sunnah-Syiah dalam Islam.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ngeh Koo Ham yang berselindung di sebalik imuniti Ahli Parlimen itu sebenarnya amat merbahaya kepada masyarakat. Apatah lagi, secara terang-terangan, Ngeh Koo Ham telah cuba menafikan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan memandangkan di dalam Islam, mereka yang murtad perlu dikenakan hukuman selagi mana mereka bermastautin di kawasan bermajoriti Islam. (BACA DI SINI)

James Ngeh Koo Ham pada masa yang sama, cuba menyemaikan persepsi bahawa Islam adalah sebuah agama yang sukakan pergaduhan dan umatnya pula terdiri daripada mereka yang lapar darah. James Ngeh Koo Ham terlupa bagaimana persengketaan antara Katholik-Protestan yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Malah James Ngeh Koo Ham juga terlupa tentang sejarah Katholik yang penuh berdarah bagi memaksa masyarakat yang dijajah, memeluk agama tersebut.

Sebelum ini, James Ngeh Koo Ham terlibat dalam menghina umat Islam, agama Islam, Allah Taala dan Nabi Muhammad s.a.w. Dia kemudiannya meminta maaf apabila ramai orang Islam yang marah dengan kenyataan kurang ajarnya.

Namun nampaknya, permohonan maaf itu hanyalah sekadar untuk meredakan keadaan kerana James Ngeh Koo Ham tidak pernah berhenti daripada memusuhi umat Islam dan agama Islam.

3 comments:

Anonymous said...
12 June 2014 at 12:36  

ya allah binatang ni kau cabutlahnya jika dia masih angkuh

Anonymous said...
12 June 2014 at 14:04  

ustaz pas tentu tau hukuman orang islam murtad. tolong bagi tau rakan kafir harbi yg telah dianggap zimi ni hukuman orang murtad dalam islam.

Anonymous said...
12 June 2014 at 14:41  

PAS dah ready laksanakan hukum hudud ke atas murtad? nak buat kena sepenuhnya, bukan ikut selera semata-mata.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks