PEMUDA CINA Dipenjara 4 Hari dan Didenda RM2000 Kerana Melawan Polis Trafik

Thursday 26 June 2014


MELAKA 26 Jun – Sikap kurang ajar dan celupar seorang lelaki terhadap seorang anggota polis trafik yang menahannya kerana tidak memakai tali pinggang keledar, akhirnya menjerat dirinya sendiri.Lelaki terbabit, Goh Guo Quan, 22, hari ini dihukum penjara empat hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam, Ahad lalu.

Tertuduh didakwa mencemuh dan bertindak tidak memberhentikan kenderaan ketika ditahan oleh anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas kerana didapati tidak memakai tali pinggang keledar.
Kesalahan tersebut dilakukan tertuduh dari Mersing, Johor itu di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya di sini pada pukul 3 petang, 22 Jun lalu.

Guo Quan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syazwani Ishak manakala tertuduh diwakili peguam Faized Razali.

Majistret Mohd. Firdaus Saleh memerintahkan tertuduh dipenjara empat hari bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian dan jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dihukum penjara lagi empat bulan.

7 comments:

  1. Bagus sesiapa y engkar patuh undang undang memang patut d hukum

    ReplyDelete
  2. jangan kurang ajar dg polis, cakap elok2 polis pun manusia juga, salah , mengaku, minta maaf, polis pun lepas, bukan kes jenayah curi atau bunoh orang , 4 hari hukuman kira amat ringan dg tugas polis tu.

    ReplyDelete
  3. Patut kasi tanam terus.

    ReplyDelete
  4. 4 hari??? bermula pulak dari tarikh tangkapan.. kena tangkap ahad lepas.. maknanya takpayah kena jel lah.. kalau nak buat kerja penakut baik tak payah..

    ReplyDelete
  5. Wow rambut blonde. Don't drop the soap eh ah beng, rabak nanti. Hahahhaa

    ReplyDelete
  6. sikit sangat.. 4 hari je? takut ngn cina ke..

    ReplyDelete
  7. Nak tanya sini, Berapakah peratus ahli-ahli polis di negara kita akan bercakap dengan sopan-santun bersama anak Malaysia kita ini? Lagi pun, komen2 di atas hanya menunjukkan bertapa ketinggalan zaman minda rakyat Malaysia saja. Tolong fikir sebelum komen.

    ReplyDelete

PEMUDA CINA Dipenjara 4 Hari dan Didenda RM2000 Kerana Melawan Polis Trafik

Thursday 26 June 2014 ·


MELAKA 26 Jun – Sikap kurang ajar dan celupar seorang lelaki terhadap seorang anggota polis trafik yang menahannya kerana tidak memakai tali pinggang keledar, akhirnya menjerat dirinya sendiri.Lelaki terbabit, Goh Guo Quan, 22, hari ini dihukum penjara empat hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam, Ahad lalu.

Tertuduh didakwa mencemuh dan bertindak tidak memberhentikan kenderaan ketika ditahan oleh anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas kerana didapati tidak memakai tali pinggang keledar.
Kesalahan tersebut dilakukan tertuduh dari Mersing, Johor itu di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya di sini pada pukul 3 petang, 22 Jun lalu.

Guo Quan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syazwani Ishak manakala tertuduh diwakili peguam Faized Razali.

Majistret Mohd. Firdaus Saleh memerintahkan tertuduh dipenjara empat hari bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian dan jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dihukum penjara lagi empat bulan.

7 comments:

Anonymous said...
26 June 2014 at 19:38  

Bagus sesiapa y engkar patuh undang undang memang patut d hukum

Unknown said...
26 June 2014 at 20:51  

jangan kurang ajar dg polis, cakap elok2 polis pun manusia juga, salah , mengaku, minta maaf, polis pun lepas, bukan kes jenayah curi atau bunoh orang , 4 hari hukuman kira amat ringan dg tugas polis tu.

Anonymous said...
26 June 2014 at 21:17  

Patut kasi tanam terus.

wan jamak said...
26 June 2014 at 22:39  

4 hari??? bermula pulak dari tarikh tangkapan.. kena tangkap ahad lepas.. maknanya takpayah kena jel lah.. kalau nak buat kerja penakut baik tak payah..

Anonymous said...
26 June 2014 at 22:51  

Wow rambut blonde. Don't drop the soap eh ah beng, rabak nanti. Hahahhaa

Anonymous said...
27 June 2014 at 16:14  

sikit sangat.. 4 hari je? takut ngn cina ke..

Anonymous said...
12 September 2014 at 16:28  

Nak tanya sini, Berapakah peratus ahli-ahli polis di negara kita akan bercakap dengan sopan-santun bersama anak Malaysia kita ini? Lagi pun, komen2 di atas hanya menunjukkan bertapa ketinggalan zaman minda rakyat Malaysia saja. Tolong fikir sebelum komen.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks