RASUAH PUNCA SABAH DICEROBOHI PIHAK ASING, KATA HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN

Sunday 8 June 2014


Menteri Pertahanan merangkap pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Hussein Onn akhirnya mengakui bahawa rasuah serta pembocoran maklumat-maklumat penting punca perairan Sabah dicerobohi pihak asing.

Masalah pencerobohan perairan Sabah begitu kronik walaupun pada masa yang sama, pelbagai agensi telah ditempatkan di negeri itu.

Dengan jumlah pendatang asing yang merupakan tenaga kerja rencam utama di Negeri Di Bawah Bayu itu, kini meningkat dengan pantas, kesan permintaan tenaga kerja yang besar, Sabah turut diancam oleh pelbagai anasir subversif yang memerlukan tindakan pantas dan segera oleh pihak berkuasa.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Hishamuddin Hussein Onn pada 6 Jun lalu, Menteri Pertahanan itu mengakui kebocoran dan ketirisan berlaku membabitkan anggota-anggota penguatkuasaan undang-undang terutama sekali di kawasan-kawasan perairan Sabah. (BACA DI SINI)


Menurutnya lagi, pencerobohan berulang-ulang kali di perairan Sabah oleh pihak asing, jelas menunjukkan bahawa ia bukanlah disebabkan oleh kegagalan aset-aset pasukan keselamatan negara, tetapi disebabkan oleh faktor manusia seperti rasuah, ketirisan dan kredibiliti sesetengah personel pasukan keselamatan.

Selepas pencerobohan lanun-lanun Sulu di Semporna dan Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac 2013, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan ESSCM untuk mengawal perairan Sabah. Bagaimanapun ESSCOM yang mendapat bajet besar, tetap juga gagal mengesan serta menghalang perairan Sabah daripada dicerobohi oleh lanun sepertimana yang berlaku dalam dua kes penculikan membabitkan lanun-lanun Sulu. 


Sesuatu harus dilakukan dengan sesegera mungkin untuk mengatasi masalah ini. Penggempuran terhadap pangkalan-pangkalan rasuah di Sabah perlu dibuat secara besar-besaran apatah lagi telah terbukti RASUAH menjadi penyebab serangan lanun-lanun Sulu pada 1 Mac 2013 yang telah mengorbankan 10 orang perwira negara.

1 comment:

  1. Bukan semua org berani ngaku. Tengok Teoh Beng Hock. DAP lari kelam kabut, salahkan SPRM!

    ReplyDelete

RASUAH PUNCA SABAH DICEROBOHI PIHAK ASING, KATA HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN

Sunday 8 June 2014 ·


Menteri Pertahanan merangkap pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Hussein Onn akhirnya mengakui bahawa rasuah serta pembocoran maklumat-maklumat penting punca perairan Sabah dicerobohi pihak asing.

Masalah pencerobohan perairan Sabah begitu kronik walaupun pada masa yang sama, pelbagai agensi telah ditempatkan di negeri itu.

Dengan jumlah pendatang asing yang merupakan tenaga kerja rencam utama di Negeri Di Bawah Bayu itu, kini meningkat dengan pantas, kesan permintaan tenaga kerja yang besar, Sabah turut diancam oleh pelbagai anasir subversif yang memerlukan tindakan pantas dan segera oleh pihak berkuasa.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Hishamuddin Hussein Onn pada 6 Jun lalu, Menteri Pertahanan itu mengakui kebocoran dan ketirisan berlaku membabitkan anggota-anggota penguatkuasaan undang-undang terutama sekali di kawasan-kawasan perairan Sabah. (BACA DI SINI)


Menurutnya lagi, pencerobohan berulang-ulang kali di perairan Sabah oleh pihak asing, jelas menunjukkan bahawa ia bukanlah disebabkan oleh kegagalan aset-aset pasukan keselamatan negara, tetapi disebabkan oleh faktor manusia seperti rasuah, ketirisan dan kredibiliti sesetengah personel pasukan keselamatan.

Selepas pencerobohan lanun-lanun Sulu di Semporna dan Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac 2013, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan ESSCM untuk mengawal perairan Sabah. Bagaimanapun ESSCOM yang mendapat bajet besar, tetap juga gagal mengesan serta menghalang perairan Sabah daripada dicerobohi oleh lanun sepertimana yang berlaku dalam dua kes penculikan membabitkan lanun-lanun Sulu. 


Sesuatu harus dilakukan dengan sesegera mungkin untuk mengatasi masalah ini. Penggempuran terhadap pangkalan-pangkalan rasuah di Sabah perlu dibuat secara besar-besaran apatah lagi telah terbukti RASUAH menjadi penyebab serangan lanun-lanun Sulu pada 1 Mac 2013 yang telah mengorbankan 10 orang perwira negara.

1 comments:

Anonymous said...
8 June 2014 at 19:28  

Bukan semua org berani ngaku. Tengok Teoh Beng Hock. DAP lari kelam kabut, salahkan SPRM!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks