LAMAN FACEBOOK BIADAP Buat Penafian Dan Kata Akaun Mereka Telah Dipalsukan

Thursday 7 August 2014


Minggu lepas, muncul satu grafik yang sangat menghina dan terlalu biadap ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang disiarkan dalam sebuah laman Facebook yang dikenali sebagai CANDRA LAWAN TETAP LAWAN. Bagaimanapun, posting tersebut tidak bertahan lama. Apabila pendedahan dibuat dan para pengguna Facebook yang tidak berpuas hati telah SHARE grafik tersebut bagi mendedahkan perbuatan terkutuk mereka, admin laman berkenaan mengeluarkan satu kenyataan bahawa grafik tersebut telah dikeluarkan oleh satu laman klon yang menyerupai laman asal. Dan kepakaran salah seorang admin, telah berjaya mematikan akaun Facebook klon itu.

Itu kata mereka, dan ianya berlaku selepas pendedahan dibuat. Lebih menarik lagi, laman CANDRA LAWAN TETAP LAWAN bukanlah laman yang popular dan tidak dikenali pun sebelum ini.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada komen-komen yang banyak tersiar dalam setiap posting di laman yang dikatakan ORIGINAL, ianya tidak banyak beza berbanding yang dikatakan klon. Penghinaan terhadap Melayu dan Islam berjalan secara lancar tanpa banyak halangan. Begitu juga dengan pembohongan kononnya masyarakat India ditindas di bawah pentadbiran Barisan Nasional, turut dibuat secara berleluasa tanpa merujuk kepada masalah yang melibatkan parti mereka sendiri. Bagaimanapun, beberapa gambar sensitif yang sebelum ini turut disiarkan, telah 'hilang' walaupun pada arkibnya masih lagi kelihatan.


Beberapa laporan polis telah dibuat berhubung penyiaran gambar biadap tersebut. Semalam sahaja, selepas membuat laporan polis, kakitangan Wisma Darulaman melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato Paduka Hj. Mohd Puat bin Hj. Mohd Ali telah membuat satu sidang media.

Dalam sidang media tersebut, Mohd Puat melahirkan perasaan dukacita dan kekecewaan yang amat sangat terhadap tindakan pemilik akaun Facebook CANDRA LAWAN TETAP LAWAN atas tindakannya memuatnaikkan gambar kemalangan ngeri dengan suntingan wajah mangsa kepada wajah DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah yang juga merupakan DYMM Sultan Kedah.

Tindakan menghasut dan menghina institusi raja-raja Melayu itu adalah amat keterlaluan dan satu tuntutan serta gesaan telah dibuat agar pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh ke atas akaun Facebook tersebut. Tidak sahaja siasatan, sebaliknya pihak berkuasa juga perlu menjatuhkan hukuman tegas kepada si pelaku agar menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang menghina institusi raja-raja Melayu di Malaysia.


Trend menghina Melayu, Bumiputera dan Islam selain agensi-agensi penguatkuasan undang-undang seperti PDRM dibuat secara berleluasa kebelakangan ini sehingga menimbulkan persoalan tentang prestasi dan keupayaan kerja Peguam Negara. Tambah memusykilkan ialah apabila tindakan terhadap orang yang melakukan kesalahan sama tetapi berbangsa Melayu dan beragama Islam, amat pantas berbanding bukan Melayu.

Meskipun alasan-alasan yang diberikan termasuklah pemilik akaun buat kerja dari negara luar dan mereka tidak tertakluk kepada undang-undang Malaysia, namun keberadaan dan kewujudan SKMM pula dipersoalkan. Masakan SKMM langsung tidak berfungsi walaupun pada masa yang sama, SKMM mempunyai kuasa dan peralatan serta kemahiran yang cukup untuk menyekat anasir-anasir subversif tersebut. Malah SKMM juga mempunyai keupayaan untuk mengesan si pelaku termasuklah memperolehi gambar-gambar si pelaku menerusi komputer yang digunakan oleh si pelaku.


Bagaimanapun, sehingga kini yang banyak mengulas dan diberikan tanggungjawab adalah Unit Jenayah Siber PDRM sedangkan yang sepatutnya bekerja adalah SKMM apatah lagi SKMM mempunyai lubuk duit hasil pembayaran ufti oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

Alasan kononnya akaun Facebook telah digodam dan dipalsukan, sudah menjadi trend dan tidak lagi boleh dipercayai. Apatah lagi dengan kaedah serta posting yang cuba membuktikan bahawa ia benar-benar telah dipalsukan, secara jelas menunjukkan ada niat dan perbuatan yang cuba disembunyikan!

1 comment:

  1. Melayu, Raja, Islam, Aktiviti agama Islam dan PDRM menjadi bahan hinaan adalah trend terbaru . Dan sehingga kini pesalah2 yang melakukannya masih belum dapat dikesan kerana bermacam2 alasan berbentuk teknikal sahaja. Andai alasan2 sebagini dapat membebaskan mereka dari menerima hukuman maka pihak bertanggung jawab harus memikirkan jalan lain termasuk menyekat kebebasan sediaada yang nyata disalahgunakan seluasnya untuk melakukan jenayah siber .

    Yang kena hina itu ada maruah. Dan untuk jaga maruah jugalah, mereka yang kena hina ini tidak bertindak melulu tetapi berharap kepada pihak berwajib mengambil tindakan. Kalau pihak berwajib pun tak ada jalan untuk bertindak maka siapa pula yang seharusnya bertindak? Benda busuk ini semakin hari semakin menjadi2 . Sekatlah kegilaan ini untuk demi menjaga maruah orang2 yang berbudi bahasa , bersopan santun dan sentiasa mengawal maruah diri. Bagi manusia ada pakainan tetapi berbogel itu.... lu bikin apa macam pun waa tak tak ada apa hal loo.... Biar mereka itu tinggal dalam kandang mereka.

    ReplyDelete

LAMAN FACEBOOK BIADAP Buat Penafian Dan Kata Akaun Mereka Telah Dipalsukan

Thursday 7 August 2014 ·


Minggu lepas, muncul satu grafik yang sangat menghina dan terlalu biadap ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang disiarkan dalam sebuah laman Facebook yang dikenali sebagai CANDRA LAWAN TETAP LAWAN. Bagaimanapun, posting tersebut tidak bertahan lama. Apabila pendedahan dibuat dan para pengguna Facebook yang tidak berpuas hati telah SHARE grafik tersebut bagi mendedahkan perbuatan terkutuk mereka, admin laman berkenaan mengeluarkan satu kenyataan bahawa grafik tersebut telah dikeluarkan oleh satu laman klon yang menyerupai laman asal. Dan kepakaran salah seorang admin, telah berjaya mematikan akaun Facebook klon itu.

Itu kata mereka, dan ianya berlaku selepas pendedahan dibuat. Lebih menarik lagi, laman CANDRA LAWAN TETAP LAWAN bukanlah laman yang popular dan tidak dikenali pun sebelum ini.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada komen-komen yang banyak tersiar dalam setiap posting di laman yang dikatakan ORIGINAL, ianya tidak banyak beza berbanding yang dikatakan klon. Penghinaan terhadap Melayu dan Islam berjalan secara lancar tanpa banyak halangan. Begitu juga dengan pembohongan kononnya masyarakat India ditindas di bawah pentadbiran Barisan Nasional, turut dibuat secara berleluasa tanpa merujuk kepada masalah yang melibatkan parti mereka sendiri. Bagaimanapun, beberapa gambar sensitif yang sebelum ini turut disiarkan, telah 'hilang' walaupun pada arkibnya masih lagi kelihatan.


Beberapa laporan polis telah dibuat berhubung penyiaran gambar biadap tersebut. Semalam sahaja, selepas membuat laporan polis, kakitangan Wisma Darulaman melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato Paduka Hj. Mohd Puat bin Hj. Mohd Ali telah membuat satu sidang media.

Dalam sidang media tersebut, Mohd Puat melahirkan perasaan dukacita dan kekecewaan yang amat sangat terhadap tindakan pemilik akaun Facebook CANDRA LAWAN TETAP LAWAN atas tindakannya memuatnaikkan gambar kemalangan ngeri dengan suntingan wajah mangsa kepada wajah DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah yang juga merupakan DYMM Sultan Kedah.

Tindakan menghasut dan menghina institusi raja-raja Melayu itu adalah amat keterlaluan dan satu tuntutan serta gesaan telah dibuat agar pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh ke atas akaun Facebook tersebut. Tidak sahaja siasatan, sebaliknya pihak berkuasa juga perlu menjatuhkan hukuman tegas kepada si pelaku agar menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang menghina institusi raja-raja Melayu di Malaysia.


Trend menghina Melayu, Bumiputera dan Islam selain agensi-agensi penguatkuasan undang-undang seperti PDRM dibuat secara berleluasa kebelakangan ini sehingga menimbulkan persoalan tentang prestasi dan keupayaan kerja Peguam Negara. Tambah memusykilkan ialah apabila tindakan terhadap orang yang melakukan kesalahan sama tetapi berbangsa Melayu dan beragama Islam, amat pantas berbanding bukan Melayu.

Meskipun alasan-alasan yang diberikan termasuklah pemilik akaun buat kerja dari negara luar dan mereka tidak tertakluk kepada undang-undang Malaysia, namun keberadaan dan kewujudan SKMM pula dipersoalkan. Masakan SKMM langsung tidak berfungsi walaupun pada masa yang sama, SKMM mempunyai kuasa dan peralatan serta kemahiran yang cukup untuk menyekat anasir-anasir subversif tersebut. Malah SKMM juga mempunyai keupayaan untuk mengesan si pelaku termasuklah memperolehi gambar-gambar si pelaku menerusi komputer yang digunakan oleh si pelaku.


Bagaimanapun, sehingga kini yang banyak mengulas dan diberikan tanggungjawab adalah Unit Jenayah Siber PDRM sedangkan yang sepatutnya bekerja adalah SKMM apatah lagi SKMM mempunyai lubuk duit hasil pembayaran ufti oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

Alasan kononnya akaun Facebook telah digodam dan dipalsukan, sudah menjadi trend dan tidak lagi boleh dipercayai. Apatah lagi dengan kaedah serta posting yang cuba membuktikan bahawa ia benar-benar telah dipalsukan, secara jelas menunjukkan ada niat dan perbuatan yang cuba disembunyikan!

1 comments:

Anonymous said...
7 August 2014 at 23:05  

Melayu, Raja, Islam, Aktiviti agama Islam dan PDRM menjadi bahan hinaan adalah trend terbaru . Dan sehingga kini pesalah2 yang melakukannya masih belum dapat dikesan kerana bermacam2 alasan berbentuk teknikal sahaja. Andai alasan2 sebagini dapat membebaskan mereka dari menerima hukuman maka pihak bertanggung jawab harus memikirkan jalan lain termasuk menyekat kebebasan sediaada yang nyata disalahgunakan seluasnya untuk melakukan jenayah siber .

Yang kena hina itu ada maruah. Dan untuk jaga maruah jugalah, mereka yang kena hina ini tidak bertindak melulu tetapi berharap kepada pihak berwajib mengambil tindakan. Kalau pihak berwajib pun tak ada jalan untuk bertindak maka siapa pula yang seharusnya bertindak? Benda busuk ini semakin hari semakin menjadi2 . Sekatlah kegilaan ini untuk demi menjaga maruah orang2 yang berbudi bahasa , bersopan santun dan sentiasa mengawal maruah diri. Bagi manusia ada pakainan tetapi berbogel itu.... lu bikin apa macam pun waa tak tak ada apa hal loo.... Biar mereka itu tinggal dalam kandang mereka.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks