MAJLIS SYURA PAS Putuskan PAS Keluar Dari Pakatan Rakyat

Sunday 10 August 2014

Majlis Syura PAS nampaknya menambahkan lagi kemarahan Anwar Ibrahim dan PKR selepas membuat keputusan yang PAS bersedia untuk keluar Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS sedang bersiap-sedia untuk meninggalkan Pakatan Rakyat kerana perbezaan pendapat dan pendirian dalam pemecatan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim oleh partinya, PKR.

Satu lagi parti dalam Pakatan Rakyat adalah DAP yang kuat menyokong tindakan PKR.

Ahmad Yaakob yang mewakili Majlis Syura PAS berkata, ini bukanlah perkara yang baru dan menggemparkan memandangkan PAS pernah meninggakan Barisan Nasional dan bersekutu dengan Semangat 46 yang kini telah dimansuhkan demi mencapai perjuangan parti.

"Sekiranya kami (PAS) perlu berjuang bersendirian, kami akan menerimanya. ni adalah sejarah PAS yang telah dinyatakan Tok Guru (Nik Aziz). Perjuangan PAS bukannya sesuatu yang mudah. Majlis Syura PAS (badan tertinggi membuat dasar parti) telah membuat keputusan (melibatkan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar). Ia adalah melibatkan peruntukan perlembagan," katanya.

Pada hari Jumaat lalu, Nk Aziz dan timbalannya, Dr. Haron Din telah mengadakan kenyataan bersama. Kedua-duanya berkata, Majlis Syura memutuskan bahawa Khalid Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar selagi mana dia tidak mengkhianati kepercayaan rakyat.

Ahmad Yaakob yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata, dia mahu melihat isu tersebut diselesaikan dengan baik dan menafikan krisis berkenaan akan menyebabkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

"Ini akan membantu mematangkan lagi kita dalam politik dan saya mengharapkan semua orang tenang dan mencari penyelesaian terbaik. Sekiranya DUN Selangor dibubarkan, ia juga akan mendatangkan masalah yang lebih besar."

Ketika ditanya, apakah Khalid Ibrahim yang sekarang ini tidak berparti akan menyertai PAS, menurut Ahmad Yaakob, terpulang kepada Khalid sendiri sama ada akan menyertai PAS atau sebaliknya. 

14 comments:

  1. Bersama Pakatan sekarang pun Pas tidak mendapat apa-apa keuntungan kerana Pas hanya kekal memerentah Kelantan.Kalau ada pun kelebihan hanya kepada puak Anwarinas,yg berpeluang menjadi MP melalui Pas,sedangkan ketaatan puak Anwarinas ialah kepada Anwar bukan kepada Presiden Pas.Geng Anwarinas semuanya menjadi MP,tidak ada yg menjadi ADUN,jadi kita tahu benar apa dasar yg akan mereka sokong sekiranya PR menawan Putrajaya.Mustahil sekali mereka akan menyokong Hudud atau dasar Islamik yg mahu di ketengahkan oleh Pas.Pas perlu kembali kepangkal jalan,tolak PR,tolak Anwar tolak PKR dan tolak DAP dan kembali kepada perjuangan tulin Pas iaitu Islam.

    ReplyDelete
  2. pas adalah sabuah parti berlandaskan islam kalau pas bergerak sendiri tiada halangan lagi untuk menguatkan lagi islam itu sendiri dan sokongan akan kembali pada pas tinggalkan saja pkr,dap yg tak bawa apa apa keuntungan langsung pada pas hanya membuat kerja sia sia saja bersama pkr dan dap dan menambah dosa kering saja selama ini.

    ReplyDelete
  3. Kelemahan ANWAR melantik BINI Sendiri jadi ADUN..untuk jadi MB

    Dalam kerajaan SELANGOR Presiden PKR (Bini DIA) kena REPORT dgn Anak Buah??

    Jika AZMIN calon alternative., Bini dia kena report dn azmin.

    Bila dalam PKR pulak,, Azmin & Khalid report balik dgn Azizah..

    Kenapa dari dulu tak lantik TERUS Azmin? tak prlu langkah KAJANG..

    Ini lah KELEMAHAN DSAI yang merosakkan PKR.

    seolah2 MENUMBUK MUKA SENDIRI.

    Lebih sukar dibayangkan jika dibanding dngan Cerita Keluarga 69- arahan Allayarham Tan Sri P. Ramlee

    ReplyDelete
  4. tak payah fikir teruk2 lah dlm masaalah MB ni...niat si Jub,,,1 aje..kuasa hanya utk keluarga 69 dia..yg lain biak piiiiiiii rahhhhhh...apa ? ADA AKU KISAH????

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bencana kena sumpah oleh Saiful depan Kaabah hidup anwar aljuburi bercelaru kacau bilau. bahana meliwat.

      Delete
  5. Rakyat negara ini khusunya orang Melayu sangat dahagakan Islam yg sebenar sekarang ini(lihat sajalah para artis sebagai contoh) ,tapi langkah Pas bersama dalam Pakatan dan mengeluarkan banyak kenyataan yg bercanggah dgn asas perjuangan Islam Pas terdahulu mengelirukan mereka.Kalau Pas kembali seperti dahulu,pengaruh Pas memang semakin meningkat.Pas tak perlu memusuhi Umno tapi adalah lebih baik cuba memberi nasihat dan'mendidik' Umno demi ugama ,bangsa dan negara.Jangan berkira dalam mendidik dan menasihat keran Allah tetap memberi ganjarannya,berbeda dgn kalau bersingkokol dgn penentang Islam seperti DAP dan pengamal fahaman liberal dan Pluralisma seperi al Jubori tentulah dosa padahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus itulah pas sekarang.. pas sekarang bukan pas dulu lagi.. ahli pas sekarang ramai yang ularmak bukan ulama yang yang perlu dihormati lagi.. ulama dalam pas dah pupus ditelan zaman ...

      Delete
  6. Setuju sgt2 dgn komen diatas. Setuju 200%. Mmg ramai yg dahagakan islam yg sbnr. Bkn islam yg dh dicemari dgn sifat hasad dengki, mencaci, memfitnah, buruk sangka. Mmg btl....sejak2 PAS menyertai PR... bnyk tindak tanduk yg agak pelik diambil PAS...yg kadang2 tidak menyebelahi islam langsung. Bila ditanya knp buat tindakan cmtu...akan dijwb PAS sbg strategi. Apala bodo punya PAS. Islam skrg ni...dh makin dihina...DAP bermaharajalela dlm selangor.....PAS masih terpaksa buat2 bodo. Ye la...ini mungkin hasil dri parasit anwar dlm PAS. PAS perlu amik langkah berani dan tegas...x boleh lembik2 lagi....utk pulihkn imej PAS dimata org islam. Imej dimata kafir, x perlu dibaiki lgi. Baiki imej dan kepercayaan org islam terhdp kredibiliti PAS ....baru pikir utk baiki imej dimata bkn islam. Yg parasit...perlu diambil tindakan.....yg kurang cerdik dikalangan pemimpin tinggi PAS..perlu diturunkn. Sbb kdg2 yg kurang cerdik ni akan kuarkn kenyataan2 lawak.....buat org gelak je. Minta serius. Ni bkn politik main2....tpi smpi ke tahap menguruskn negara. Utk itu....tiada tempat utk badut2 dlm PAS.

    ReplyDelete
  7. sama je pas atau pkr....bila tak sehaluan dgn kepimpinan tertinggi terus je buang....2x5 je...apa jadi dgn bekas pesuruhjaya pas selangor dr hassan ali dulu? semua kerana tamak kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul..pas dan pkr sama saja ..jangan sekali percaya .. duit..burit dan kuasa saja yang mereka mahu..

      Delete
  8. Benarlah Islam itu agama mendidik, membawa ke jalan yang benar, kalau PAS bersendirian lebih baik dari sekarang dan dasar perjuangan menegakkan agama, syariat dan hukum Allah tak ada yang pertikai lagi. Umat Islam perlu bersatu supaya kekuatan ummah digeruni. Bimbinglah dan pimpinlah ke jalan yang benar In shaa Allah Islam pasti menang. Bergabunglah demi Islam/Melayu nescaya kekuatan Islam pasti datang

    ReplyDelete
  9. Betul komen diatas. Dasar perjuangan pas sekarang dah jauh terkeluar dari ajaran Islam. Beberapa pemimpin pula dilihat berucap macam orang kurang akal - sokong perjuangan orang kafir walau bercangah dengan Islam - sanjung pemimpin kafir macam imam sendiri- sekutu yang berdosa besar dilantik jadi penasihat (ayat al Quraan di sanggah) - matalamat meninggikan syiar Islam ditukar kepada menawan putrajaya- sanggup Islam dihina didepan mata tak mau membela- demi kuasa ada pemimpin sanggup diperkuda, sanggup menelan penghinaan rakan yang memusuhi diri- pastinya pas sudah hilang jatidiri.......hilang asas perjuangan..... Islam diketepikan....harta dan pangkat dunia menjadi buruan.

    ReplyDelete
  10. Majlis Syura PAS pun tahu DAP beriya2 sokong PKR untuk pecat TSKI atas sebab beberapa kes Agama. TSKL tidak ambil tindakkan keatas MAIS . TSKI batalkan projek ternakkan babi di Sepang.
    Jika pemimpin dan ahli PAS buat U-turn dan sokong DAP/PKR untuk menyingkarkan TSKI pada mesyuarat PAS 17/8/2014 ini , maka sah la PAS telah tinggalkan perjuangan Islam.Rakyat Melayu-Islam di Selangor dan Malaysia semua sudah nampak perkara ini.PAS perlu sokong TSKI atau kuburkan sahaja perjuangan Islam.

    ReplyDelete
  11. Kalaulah PAS itu diibaratkan sebagai makanan
    Makanan itu pula adalah satu-satunya makanan yg paling diidamkan
    Walau pun dalam keadaan yg terlalu lapar
    Sesunguhnya saya tidak akan menjamahnya
    Kerana apa?
    Makanan yg baik itu telah pun dicemari oleh org2 yg pengotor
    Makanya bersihkanlah semula makanan itu supaya ianya boleh dimakan oleh mereka2 yg memang ingin memakannya.
    AR.

    ReplyDelete

MAJLIS SYURA PAS Putuskan PAS Keluar Dari Pakatan Rakyat

Sunday 10 August 2014 ·

Majlis Syura PAS nampaknya menambahkan lagi kemarahan Anwar Ibrahim dan PKR selepas membuat keputusan yang PAS bersedia untuk keluar Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS sedang bersiap-sedia untuk meninggalkan Pakatan Rakyat kerana perbezaan pendapat dan pendirian dalam pemecatan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim oleh partinya, PKR.

Satu lagi parti dalam Pakatan Rakyat adalah DAP yang kuat menyokong tindakan PKR.

Ahmad Yaakob yang mewakili Majlis Syura PAS berkata, ini bukanlah perkara yang baru dan menggemparkan memandangkan PAS pernah meninggakan Barisan Nasional dan bersekutu dengan Semangat 46 yang kini telah dimansuhkan demi mencapai perjuangan parti.

"Sekiranya kami (PAS) perlu berjuang bersendirian, kami akan menerimanya. ni adalah sejarah PAS yang telah dinyatakan Tok Guru (Nik Aziz). Perjuangan PAS bukannya sesuatu yang mudah. Majlis Syura PAS (badan tertinggi membuat dasar parti) telah membuat keputusan (melibatkan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar). Ia adalah melibatkan peruntukan perlembagan," katanya.

Pada hari Jumaat lalu, Nk Aziz dan timbalannya, Dr. Haron Din telah mengadakan kenyataan bersama. Kedua-duanya berkata, Majlis Syura memutuskan bahawa Khalid Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar selagi mana dia tidak mengkhianati kepercayaan rakyat.

Ahmad Yaakob yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata, dia mahu melihat isu tersebut diselesaikan dengan baik dan menafikan krisis berkenaan akan menyebabkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

"Ini akan membantu mematangkan lagi kita dalam politik dan saya mengharapkan semua orang tenang dan mencari penyelesaian terbaik. Sekiranya DUN Selangor dibubarkan, ia juga akan mendatangkan masalah yang lebih besar."

Ketika ditanya, apakah Khalid Ibrahim yang sekarang ini tidak berparti akan menyertai PAS, menurut Ahmad Yaakob, terpulang kepada Khalid sendiri sama ada akan menyertai PAS atau sebaliknya. 

14 comments:

Anonymous said...
10 August 2014 at 21:59  

Bersama Pakatan sekarang pun Pas tidak mendapat apa-apa keuntungan kerana Pas hanya kekal memerentah Kelantan.Kalau ada pun kelebihan hanya kepada puak Anwarinas,yg berpeluang menjadi MP melalui Pas,sedangkan ketaatan puak Anwarinas ialah kepada Anwar bukan kepada Presiden Pas.Geng Anwarinas semuanya menjadi MP,tidak ada yg menjadi ADUN,jadi kita tahu benar apa dasar yg akan mereka sokong sekiranya PR menawan Putrajaya.Mustahil sekali mereka akan menyokong Hudud atau dasar Islamik yg mahu di ketengahkan oleh Pas.Pas perlu kembali kepangkal jalan,tolak PR,tolak Anwar tolak PKR dan tolak DAP dan kembali kepada perjuangan tulin Pas iaitu Islam.

Anonymous said...
10 August 2014 at 22:05  

pas adalah sabuah parti berlandaskan islam kalau pas bergerak sendiri tiada halangan lagi untuk menguatkan lagi islam itu sendiri dan sokongan akan kembali pada pas tinggalkan saja pkr,dap yg tak bawa apa apa keuntungan langsung pada pas hanya membuat kerja sia sia saja bersama pkr dan dap dan menambah dosa kering saja selama ini.

Anonymous said...
10 August 2014 at 22:18  

Kelemahan ANWAR melantik BINI Sendiri jadi ADUN..untuk jadi MB

Dalam kerajaan SELANGOR Presiden PKR (Bini DIA) kena REPORT dgn Anak Buah??

Jika AZMIN calon alternative., Bini dia kena report dn azmin.

Bila dalam PKR pulak,, Azmin & Khalid report balik dgn Azizah..

Kenapa dari dulu tak lantik TERUS Azmin? tak prlu langkah KAJANG..

Ini lah KELEMAHAN DSAI yang merosakkan PKR.

seolah2 MENUMBUK MUKA SENDIRI.

Lebih sukar dibayangkan jika dibanding dngan Cerita Keluarga 69- arahan Allayarham Tan Sri P. Ramlee

Unknown said...
10 August 2014 at 22:26  

tak payah fikir teruk2 lah dlm masaalah MB ni...niat si Jub,,,1 aje..kuasa hanya utk keluarga 69 dia..yg lain biak piiiiiiii rahhhhhh...apa ? ADA AKU KISAH????

Anonymous said...
10 August 2014 at 22:43  

Rakyat negara ini khusunya orang Melayu sangat dahagakan Islam yg sebenar sekarang ini(lihat sajalah para artis sebagai contoh) ,tapi langkah Pas bersama dalam Pakatan dan mengeluarkan banyak kenyataan yg bercanggah dgn asas perjuangan Islam Pas terdahulu mengelirukan mereka.Kalau Pas kembali seperti dahulu,pengaruh Pas memang semakin meningkat.Pas tak perlu memusuhi Umno tapi adalah lebih baik cuba memberi nasihat dan'mendidik' Umno demi ugama ,bangsa dan negara.Jangan berkira dalam mendidik dan menasihat keran Allah tetap memberi ganjarannya,berbeda dgn kalau bersingkokol dgn penentang Islam seperti DAP dan pengamal fahaman liberal dan Pluralisma seperi al Jubori tentulah dosa padahnya.

reymond grey said...
10 August 2014 at 23:37  

ini bencana kena sumpah oleh Saiful depan Kaabah hidup anwar aljuburi bercelaru kacau bilau. bahana meliwat.

Anonymous said...
11 August 2014 at 00:26  

Setuju sgt2 dgn komen diatas. Setuju 200%. Mmg ramai yg dahagakan islam yg sbnr. Bkn islam yg dh dicemari dgn sifat hasad dengki, mencaci, memfitnah, buruk sangka. Mmg btl....sejak2 PAS menyertai PR... bnyk tindak tanduk yg agak pelik diambil PAS...yg kadang2 tidak menyebelahi islam langsung. Bila ditanya knp buat tindakan cmtu...akan dijwb PAS sbg strategi. Apala bodo punya PAS. Islam skrg ni...dh makin dihina...DAP bermaharajalela dlm selangor.....PAS masih terpaksa buat2 bodo. Ye la...ini mungkin hasil dri parasit anwar dlm PAS. PAS perlu amik langkah berani dan tegas...x boleh lembik2 lagi....utk pulihkn imej PAS dimata org islam. Imej dimata kafir, x perlu dibaiki lgi. Baiki imej dan kepercayaan org islam terhdp kredibiliti PAS ....baru pikir utk baiki imej dimata bkn islam. Yg parasit...perlu diambil tindakan.....yg kurang cerdik dikalangan pemimpin tinggi PAS..perlu diturunkn. Sbb kdg2 yg kurang cerdik ni akan kuarkn kenyataan2 lawak.....buat org gelak je. Minta serius. Ni bkn politik main2....tpi smpi ke tahap menguruskn negara. Utk itu....tiada tempat utk badut2 dlm PAS.

Anonymous said...
11 August 2014 at 03:06  

sama je pas atau pkr....bila tak sehaluan dgn kepimpinan tertinggi terus je buang....2x5 je...apa jadi dgn bekas pesuruhjaya pas selangor dr hassan ali dulu? semua kerana tamak kuasa.

Anonymous said...
11 August 2014 at 03:41  

bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus itulah pas sekarang.. pas sekarang bukan pas dulu lagi.. ahli pas sekarang ramai yang ularmak bukan ulama yang yang perlu dihormati lagi.. ulama dalam pas dah pupus ditelan zaman ...

Anonymous said...
11 August 2014 at 03:49  

memang betul..pas dan pkr sama saja ..jangan sekali percaya .. duit..burit dan kuasa saja yang mereka mahu..

Anonymous said...
11 August 2014 at 06:07  

Benarlah Islam itu agama mendidik, membawa ke jalan yang benar, kalau PAS bersendirian lebih baik dari sekarang dan dasar perjuangan menegakkan agama, syariat dan hukum Allah tak ada yang pertikai lagi. Umat Islam perlu bersatu supaya kekuatan ummah digeruni. Bimbinglah dan pimpinlah ke jalan yang benar In shaa Allah Islam pasti menang. Bergabunglah demi Islam/Melayu nescaya kekuatan Islam pasti datang

Anonymous said...
11 August 2014 at 15:26  

Betul komen diatas. Dasar perjuangan pas sekarang dah jauh terkeluar dari ajaran Islam. Beberapa pemimpin pula dilihat berucap macam orang kurang akal - sokong perjuangan orang kafir walau bercangah dengan Islam - sanjung pemimpin kafir macam imam sendiri- sekutu yang berdosa besar dilantik jadi penasihat (ayat al Quraan di sanggah) - matalamat meninggikan syiar Islam ditukar kepada menawan putrajaya- sanggup Islam dihina didepan mata tak mau membela- demi kuasa ada pemimpin sanggup diperkuda, sanggup menelan penghinaan rakan yang memusuhi diri- pastinya pas sudah hilang jatidiri.......hilang asas perjuangan..... Islam diketepikan....harta dan pangkat dunia menjadi buruan.

Anonymous said...
11 August 2014 at 18:06  

Majlis Syura PAS pun tahu DAP beriya2 sokong PKR untuk pecat TSKI atas sebab beberapa kes Agama. TSKL tidak ambil tindakkan keatas MAIS . TSKI batalkan projek ternakkan babi di Sepang.
Jika pemimpin dan ahli PAS buat U-turn dan sokong DAP/PKR untuk menyingkarkan TSKI pada mesyuarat PAS 17/8/2014 ini , maka sah la PAS telah tinggalkan perjuangan Islam.Rakyat Melayu-Islam di Selangor dan Malaysia semua sudah nampak perkara ini.PAS perlu sokong TSKI atau kuburkan sahaja perjuangan Islam.

Anonymous said...
15 August 2014 at 17:53  

Kalaulah PAS itu diibaratkan sebagai makanan
Makanan itu pula adalah satu-satunya makanan yg paling diidamkan
Walau pun dalam keadaan yg terlalu lapar
Sesunguhnya saya tidak akan menjamahnya
Kerana apa?
Makanan yg baik itu telah pun dicemari oleh org2 yg pengotor
Makanya bersihkanlah semula makanan itu supaya ianya boleh dimakan oleh mereka2 yg memang ingin memakannya.
AR.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks