11 Anggota PPS Yang Ditahan Mempunyai Pelbagai Rekod Jenayah Termasuklah Kongsi Gelap Dan Cubaan Membunuh

Tuesday 2 September 2014

Barangkali Lim Guan Eng berpegang kepada prinsip, untuk memerangi jenayah, maka tiada yang lebih layak berbanding penjenayah itu sendiri. Disebabkan itulah, berkali-kali Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP mengulangi kenyataan yang PDRM tidak efektif, tidak berjaya memerangi jenayah di Pulau Pinang dan ditakuti oleh penjenayah.

Atas alasan itulah, PPS ditubuhkan dan disokong serta dibiayai dengan menyelewengkan wang rakyat Pulau Pinang.

Daripada 156 orang anggota PPS dan dua orang pemimpin DAP yang ditahan, 11 orang daripada mereka yang direman mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuklah jenayah samun, cubaan membunuh dan dada selain kesalahan kastam dan mempunyai kaitan langsung dengan kongsi gelap.

Lim Guan Eng bertegas menyatakan bahawa PPS adalah sebuah pertubuhan yang sah di bawah kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sekaligus secara tidak langsung, Lim Guan Eng telah mengisytiharkan perang ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong memandangkan isu keselamatan merupakan isu Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak berhak menubuhkan sebarang militia atau separa militia seperti PPS.

Justifikasi yang cuba dibuat oleh DAP terhadap Askar Timbalan Setia Johor menunjukkan mereka langsung tidak tahu apa-apa tentang sejarah penubuhan negara ini. Pada masa yang sama, mereka langsung tidak faham bagaimana Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia boleh terbentuk.

Apatah lagi, pasukan PPS itu sendiri, tidak mempunyai sebarang integriti keselamatan memandangkan tiada sebarang prosedur keselamatan atau ujian saringan serta lain-lain pra syarat sepertimana yang dikenakan kepada anggota-anggota beruniform lain, dijalankan.

Sebaliknya DAP sekadar melihat, penjenayah yang banyak menyumbang kepada kewangan DAP, diberikan perlindungan daripada dikenakan tindakan undang-undang dan pada masa yang sama, memerangi PDRM dengan menggunakan helah-helah politik serta kefasihan pengamal undang-undang yang berpihak kepada mereka.

0 comments:

Post a Comment

11 Anggota PPS Yang Ditahan Mempunyai Pelbagai Rekod Jenayah Termasuklah Kongsi Gelap Dan Cubaan Membunuh

Tuesday 2 September 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks