Bilik Gerakan PAS PDM Simpangan DITUTUP!

Tuesday 16 September 2014

Pembohongan PAS... Tanah Merah dan Pengkalan Kubor jauh dan bukan satu kawasan!
 
Bilik Gerakan PAS di PDM Simpangan yang terletak di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor telah ditutup oleh ahli-ahlinya. Walaupun tidak menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional, namun kebanyakan daripada mereka dilihat condong kepada calon Barisan Nasional memandangkan Haji Mat Razi berasal dari kampung tersebut.

Bilik Gerakan PAS PDM Simpangan yang baru bagaimanapun, telah dibuka oleh PAS Kawasan Tanah Merah (Kawasan Angkat) berhadapan dengan SK Kg. Simpangan.

Daripada maklumat yang diterima, bilik gerakan berkenaan ditutup kerana ketua dan ahli-ahlinya segan dengan calon BN yang berasal dari PDM itu. Walau bagaimanapun, sokongan yang diberikan adalah secara terselindung dan dianggarkan melebihi 50% ahli PAS kawasan berkenaan telah berikrar untuk mengundi calon BN.

Ketua PAS Cawangan Simpangan yang juga tuan rumah rumah bilik gerakan berkenaan dilaporkan telah berjumpa calon BNdan menyuarakan hasrat untuk menyokong calon BN secara senyap. Walau bagaimanapun, dia terpaksa membenarkan rumahnay digunakan oleh PAS Kawasan Tanah Merah (Kawasan Angkat) sebagai menghormati hubungan dalam parti.

Adik kepada calon BN, Zulkifli bin Mat Ail juga telah menyatakan seramai 7 pemimpin PAS setempat serta para pengikut mereka di PDM berkenaan akan menyokong dan mengundi secara senyap kepada calon BN.

Adalah dipercayai, ketujuh-tujuh pemimpin PAS setempat itu merupakan saudara mara calon BN. Dijangka lebih 50% pengundi di PDM Simpangan yang menyokong Pakatan Rakyat pada PRU-13 lalu akan mengundi calon BN.

0 comments:

Post a Comment

Bilik Gerakan PAS PDM Simpangan DITUTUP!

Tuesday 16 September 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks