Daripada Nak Ambil Kredit Dalam ISU PPS, Lebih Baik ZAHID HAMIDI Berikan Perhatian Kepada Gerakan Keluarkan Sabah-Sarawak

Tuesday 2 September 2014

Ketika Lim Guan Eng bercakap angkuh dan mencabar Ketua Polis Negara, malah ketika Huan Chen Guan serta warga Facebook memperkatakan tentang PPS, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi langsung tidak bersuara. Dia seperti tidak tahu apa-apa. Tetapi setelah PDRM mula mengambil tindakan ke atas anggota-anggota PPS, barulah dia turut sama menyibuk memberikan pendapat dan pandangan selain ancaman dan ugutan.

Lebih menarik lagi ialah, Zahid turut memberikan amaran bahawa KDN mungkin akan mengambil tindakan yang serupa ke atas Unit Amal PAS.

Anehnya, ketika anggota-anggota Unit Amal PAS merempuh polis dan membantu anarki ketika demonstrasi Bersih, tiada sebarang tindakan undang-undang mahupun ulasan yang dibuat oleh menteri yang berkaitan. Barangkali kerana Menteri KDNnya orang lain, maka tiadalah suara daripada Zahid.

Tetapi dalam isu Lahad Datu-Semporna yang diserang oleh lanun-lanun Sulu upahan pihak-pihak tertentu di Malaysia, Zahid juga tidak banyak mulut. Walaupun garang sewaktu Pemilihan Agung UMNO, tetapi dalam hal menjalankan tugasnya, Zahid dilihat sangat lembut, jauh lebih lembut berbanding Hishamuddin Hussein Onn yang amat dibenci oleh DAP. Ditambah pula dengan beberapa isu kompromi melibatkan Zahid dengan Lim Guan Eng dan portal-portal pro-DAP, sekaligus memperlihatkan sokongan kepada Zahid Hamidi turun mendadak.

Sebenarnya, berbanding mengeluarkan ulasan popular seperti dalam isu PPS, lebih baik Zahid Hamidi mula memberikan tumpuan kepada gerakan yang jauh lebih merbahaya di Sabah dan Sarawak. Gerakan tersebut mula kelihatan pada penghujung portfolio Hishamuddin Hussein Onn sebagai Menteri Dalam Negeri tetapi sangat makmur dan maju pada zaman Zahid memegang jawatan berkenaan.

Setakat ini, tiada sebarang usaha daripada pihak KDN dan menterinya untuk menangani masalah hasutan dan subversif yang turut melibatkan DAP dan PKR di kedua-dua negeri tersebut. Tindakan terhadap para pemimpin STAR termasuklah yang kuat menghina Islam dan Bumiputera Islam seperti David Orok, yang secara terus-terang menentang Malaysia seperti Jeffery Kitingan langsung tidak diambil tindakan.

Sedangkan seperti yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara, isu keselamatan adalah isu dan di bawah kuasa Pusat.

Pelbagai pendedahan telah dibuat oleh rakyat Sabah dan Sarawak tentang kumpulan tersebut, tetapi reaksi daripada Menteri Dalam Negeri langsung tidak diperolehi.

Justeru, daripada Zahid sibukkan tentang Unit Amal dan Jabatan Amal PAS, lebih baik dia mula kisahkan tentang Sabah dan dan Sarawak. Tiada gunanya dia menyibuk dengan isu yang boleh ditangani oleh PDRM, tetapi buat-buat buta, dan pekak badak terhadap isu yang lebih besar dan lebih mengancam keselamatan serta kestabilan negara di Sabah dan Sarawak.

Lebih baik Zahid Hamidi sembunyikan KASIH SAYANGNYA YANG AMAT KETARA terhadap Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim itu, sebaliknya memberikan tumpuan kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya!

7 comments:

  1. Tafsiran dan penilaian saudara tak berapa tepat. Persepsi masyarakat tidak sama dengan komen saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy rasa tafsiran blogger adalh tepat..
      anon 11.32, sy rasa lebih baik anda fikir dan kaji semula dgn teliti..
      sy fikir bhwa persepsi masyrakat adlh tdk sama dgn komen saudara..

      Delete

    2. TEPAT SEKALI PERIBAHASA MELAYU. RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI.
      GEDI BANGAT PAHAT KUEI.
      TAHNIAH TS KHALID.

      Delete

    3. Itulah sebenarnya tafdiran masyarakat. Blogger tepat. Tak payah nafi lah.

      Delete
  2. Jika sabh dan Sarawak keluar Malaysia, ahjibgor boleh jadi ketua pembangkang..Rosmah boleh balik kpg tanam kacang...Tumpuan pd negeri pembangkang, yg x akan dapat pun sebab bukan org x suka umno tpi tak suka muka yg sama yg jadi virus..

    ReplyDelete
    Replies


    1. LU PUNYA PENDAPAT SAMA MCM ANWAR AL JUBURI KETUA PENIPU.
      LU PUN KAKI MAEN BELAKANG ? SENANG CAKAP KAKI JUBOR JSNTAN ? JGN MARAH. TANYA SAJA.

      Delete
  3. Atas kesedaran atau atas imbuhan artikel ini ditulis? Berbau hangit umpama menyimpan dendam peribadi kepada Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beterus terang sahaja dgn beliau jika ada masalah peribadi, tak perlu menghina seakan rupa....ZZ

    ReplyDelete

Daripada Nak Ambil Kredit Dalam ISU PPS, Lebih Baik ZAHID HAMIDI Berikan Perhatian Kepada Gerakan Keluarkan Sabah-Sarawak

Tuesday 2 September 2014 ·

Ketika Lim Guan Eng bercakap angkuh dan mencabar Ketua Polis Negara, malah ketika Huan Chen Guan serta warga Facebook memperkatakan tentang PPS, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi langsung tidak bersuara. Dia seperti tidak tahu apa-apa. Tetapi setelah PDRM mula mengambil tindakan ke atas anggota-anggota PPS, barulah dia turut sama menyibuk memberikan pendapat dan pandangan selain ancaman dan ugutan.

Lebih menarik lagi ialah, Zahid turut memberikan amaran bahawa KDN mungkin akan mengambil tindakan yang serupa ke atas Unit Amal PAS.

Anehnya, ketika anggota-anggota Unit Amal PAS merempuh polis dan membantu anarki ketika demonstrasi Bersih, tiada sebarang tindakan undang-undang mahupun ulasan yang dibuat oleh menteri yang berkaitan. Barangkali kerana Menteri KDNnya orang lain, maka tiadalah suara daripada Zahid.

Tetapi dalam isu Lahad Datu-Semporna yang diserang oleh lanun-lanun Sulu upahan pihak-pihak tertentu di Malaysia, Zahid juga tidak banyak mulut. Walaupun garang sewaktu Pemilihan Agung UMNO, tetapi dalam hal menjalankan tugasnya, Zahid dilihat sangat lembut, jauh lebih lembut berbanding Hishamuddin Hussein Onn yang amat dibenci oleh DAP. Ditambah pula dengan beberapa isu kompromi melibatkan Zahid dengan Lim Guan Eng dan portal-portal pro-DAP, sekaligus memperlihatkan sokongan kepada Zahid Hamidi turun mendadak.

Sebenarnya, berbanding mengeluarkan ulasan popular seperti dalam isu PPS, lebih baik Zahid Hamidi mula memberikan tumpuan kepada gerakan yang jauh lebih merbahaya di Sabah dan Sarawak. Gerakan tersebut mula kelihatan pada penghujung portfolio Hishamuddin Hussein Onn sebagai Menteri Dalam Negeri tetapi sangat makmur dan maju pada zaman Zahid memegang jawatan berkenaan.

Setakat ini, tiada sebarang usaha daripada pihak KDN dan menterinya untuk menangani masalah hasutan dan subversif yang turut melibatkan DAP dan PKR di kedua-dua negeri tersebut. Tindakan terhadap para pemimpin STAR termasuklah yang kuat menghina Islam dan Bumiputera Islam seperti David Orok, yang secara terus-terang menentang Malaysia seperti Jeffery Kitingan langsung tidak diambil tindakan.

Sedangkan seperti yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara, isu keselamatan adalah isu dan di bawah kuasa Pusat.

Pelbagai pendedahan telah dibuat oleh rakyat Sabah dan Sarawak tentang kumpulan tersebut, tetapi reaksi daripada Menteri Dalam Negeri langsung tidak diperolehi.

Justeru, daripada Zahid sibukkan tentang Unit Amal dan Jabatan Amal PAS, lebih baik dia mula kisahkan tentang Sabah dan dan Sarawak. Tiada gunanya dia menyibuk dengan isu yang boleh ditangani oleh PDRM, tetapi buat-buat buta, dan pekak badak terhadap isu yang lebih besar dan lebih mengancam keselamatan serta kestabilan negara di Sabah dan Sarawak.

Lebih baik Zahid Hamidi sembunyikan KASIH SAYANGNYA YANG AMAT KETARA terhadap Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim itu, sebaliknya memberikan tumpuan kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya!

7 comments:

Anonymous said...
2 September 2014 at 11:32  

Tafsiran dan penilaian saudara tak berapa tepat. Persepsi masyarakat tidak sama dengan komen saudara.

Anonymous said...
2 September 2014 at 12:21  

Sy rasa tafsiran blogger adalh tepat..
anon 11.32, sy rasa lebih baik anda fikir dan kaji semula dgn teliti..
sy fikir bhwa persepsi masyrakat adlh tdk sama dgn komen saudara..

Anonymous said...
2 September 2014 at 13:15  

Jika sabh dan Sarawak keluar Malaysia, ahjibgor boleh jadi ketua pembangkang..Rosmah boleh balik kpg tanam kacang...Tumpuan pd negeri pembangkang, yg x akan dapat pun sebab bukan org x suka umno tpi tak suka muka yg sama yg jadi virus..

Anonymous said...
2 September 2014 at 14:48  



LU PUNYA PENDAPAT SAMA MCM ANWAR AL JUBURI KETUA PENIPU.
LU PUN KAKI MAEN BELAKANG ? SENANG CAKAP KAKI JUBOR JSNTAN ? JGN MARAH. TANYA SAJA.

Anonymous said...
2 September 2014 at 14:52  


TEPAT SEKALI PERIBAHASA MELAYU. RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI.
GEDI BANGAT PAHAT KUEI.
TAHNIAH TS KHALID.

Anonymous said...
2 September 2014 at 14:55  


Itulah sebenarnya tafdiran masyarakat. Blogger tepat. Tak payah nafi lah.

Anonymous said...
2 September 2014 at 15:50  

Atas kesedaran atau atas imbuhan artikel ini ditulis? Berbau hangit umpama menyimpan dendam peribadi kepada Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beterus terang sahaja dgn beliau jika ada masalah peribadi, tak perlu menghina seakan rupa....ZZ

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks