Demonstrasi Halau PAS Keluar Dari Pakatan Rakyat, Gagal dan Memalukan

Tuesday 30 September 2014


Walaupun beberapa orang pemimpin PKR cuba mempublisitikan acara yang dijalankan di hadapan Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, namun ternyata publisiti serta promosi yang dibuat, gagal menarik perhatian orang ramai.

Daripada sekurang-kurangnya 300 orang yang hadir dan melaung-laungkan PAS keluar dari Pakatan, yang muncul hanyalah 7 orang bercampur blogger, wartawan dan orang awam yang lalu lalang termasuklah pelacur-pelacur kelas kambing dari hotel-hotel ayam di sekitar Ibu Pejabat PAS itu, menjadikan jumlah keseluruhan yang hadir, tidak sampai 30 orang.

Ramai yang melihat tindakan PKR menerusi LENSA ini sebenarnya hanyalah salah satu daripada drama yang cuba dicetuskan oleh Anwar Ibrahim menjelang 'tempoh rehatnya' di Penjara Sungai Buloh kian hampir. Anwar cuba mencetuskan gelombang kacau bilau apabila melakukan serangan ke atas PAS selain turut mempertikaikan Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar Selangor yang akhirnya melepaskan jawatan kepada Azmin Ali.

Bagaimanapun, berbeza dari tahun 1998, gelombang yang diwujudkan kali ini tidak menjadi. Bahkan tidak langsung mendapat sambutan. Lebih-lebih lagi apabila banyak perbuatan dan rancangan jahatnya didedahkan menerusi media-media sosial berbanding pada tahun 1998 apabila media-media sosial dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan pro-Anwar.

Lakonan kali ini nampak lebih hebat apabila Anwar Ibrahim menjadi antagonis yang memecah belahkan PAS sebelum kemudiannya dia muncul sebagai penyelamat parti sekongkol PKR dalam Pakatan Rakyat itu. Tindakan ini perlu dilaksanakan dengan sebaik-baik mungkin kerana hanya PAS  yang boleh menggerakkan orang ramai untuk demonstrasi besar-besaran di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagaimana yang pernah dibuktikan oleh PAS dalam demonstrasi-demonstrasi lalu.

Dengan kekalahan demi kekalahan serta masalah demi masalah terutama yang melanda PKR dan DAP, PAS merupakan medium terbaik buat Anwar Ibrahim untuk membuktikan yang dia adalah seorang penyelamat dan wira besar.

Bagaimanapun, lakonan di hadapan Ibu Pejabat PAS hari ini, tidak menjadi. Muka-muka yang sama dalam demonstrasi membebaskan Rejimen Anarki dihantar untuk membebaskan PAS dari Pakatan Rakyat dalam dua demonstrasi berasingan dan berturut-turut.

Kedua-dua demonstrasi itu sekadar berstatus flash-mob dan digelakkan oleh orang ramai!

Kaedah demonstrasi berbayar seperti yang berlaku di Indonesia, ternyata telah gagal.





2 comments:

  1. Ahli-ahli dan penyokong PAS,
    sedarlah, kamu bukannya dijanjika syurga (yang hanya Allah sahaja yang menentukan) tetapi kamu sedang dibimbing ke neraka dunia dan ahkirat oleh pemimpin-pemimpin kamu yang berkepentingan duaniawi tanpa memikirkan kerosakan kepada agama Allah dan negara bangsa!
    Tinggalkanlah menyokong Pas dan jadikan diri-diri kamu orang-orang yang lebih berguna di dunia ini. Insya-Allah kamu akan menang di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  2. Selama ini Anwar boleh berdiri dengan megah atas pentas kerana sokongan ribuan AHLUL PAS Anwar gagal.tanpa PAS. Sudah terbukti Anwar telah memecah belahkan PAS jadi PAS tunggu apa lagi.

    ReplyDelete

Demonstrasi Halau PAS Keluar Dari Pakatan Rakyat, Gagal dan Memalukan

Tuesday 30 September 2014 ·


Walaupun beberapa orang pemimpin PKR cuba mempublisitikan acara yang dijalankan di hadapan Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, namun ternyata publisiti serta promosi yang dibuat, gagal menarik perhatian orang ramai.

Daripada sekurang-kurangnya 300 orang yang hadir dan melaung-laungkan PAS keluar dari Pakatan, yang muncul hanyalah 7 orang bercampur blogger, wartawan dan orang awam yang lalu lalang termasuklah pelacur-pelacur kelas kambing dari hotel-hotel ayam di sekitar Ibu Pejabat PAS itu, menjadikan jumlah keseluruhan yang hadir, tidak sampai 30 orang.

Ramai yang melihat tindakan PKR menerusi LENSA ini sebenarnya hanyalah salah satu daripada drama yang cuba dicetuskan oleh Anwar Ibrahim menjelang 'tempoh rehatnya' di Penjara Sungai Buloh kian hampir. Anwar cuba mencetuskan gelombang kacau bilau apabila melakukan serangan ke atas PAS selain turut mempertikaikan Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar Selangor yang akhirnya melepaskan jawatan kepada Azmin Ali.

Bagaimanapun, berbeza dari tahun 1998, gelombang yang diwujudkan kali ini tidak menjadi. Bahkan tidak langsung mendapat sambutan. Lebih-lebih lagi apabila banyak perbuatan dan rancangan jahatnya didedahkan menerusi media-media sosial berbanding pada tahun 1998 apabila media-media sosial dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan pro-Anwar.

Lakonan kali ini nampak lebih hebat apabila Anwar Ibrahim menjadi antagonis yang memecah belahkan PAS sebelum kemudiannya dia muncul sebagai penyelamat parti sekongkol PKR dalam Pakatan Rakyat itu. Tindakan ini perlu dilaksanakan dengan sebaik-baik mungkin kerana hanya PAS  yang boleh menggerakkan orang ramai untuk demonstrasi besar-besaran di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagaimana yang pernah dibuktikan oleh PAS dalam demonstrasi-demonstrasi lalu.

Dengan kekalahan demi kekalahan serta masalah demi masalah terutama yang melanda PKR dan DAP, PAS merupakan medium terbaik buat Anwar Ibrahim untuk membuktikan yang dia adalah seorang penyelamat dan wira besar.

Bagaimanapun, lakonan di hadapan Ibu Pejabat PAS hari ini, tidak menjadi. Muka-muka yang sama dalam demonstrasi membebaskan Rejimen Anarki dihantar untuk membebaskan PAS dari Pakatan Rakyat dalam dua demonstrasi berasingan dan berturut-turut.

Kedua-dua demonstrasi itu sekadar berstatus flash-mob dan digelakkan oleh orang ramai!

Kaedah demonstrasi berbayar seperti yang berlaku di Indonesia, ternyata telah gagal.





2 comments:

Anonymous said...
30 September 2014 at 15:28  

Ahli-ahli dan penyokong PAS,
sedarlah, kamu bukannya dijanjika syurga (yang hanya Allah sahaja yang menentukan) tetapi kamu sedang dibimbing ke neraka dunia dan ahkirat oleh pemimpin-pemimpin kamu yang berkepentingan duaniawi tanpa memikirkan kerosakan kepada agama Allah dan negara bangsa!
Tinggalkanlah menyokong Pas dan jadikan diri-diri kamu orang-orang yang lebih berguna di dunia ini. Insya-Allah kamu akan menang di akhirat nanti.

Anonymous said...
30 September 2014 at 15:55  

Selama ini Anwar boleh berdiri dengan megah atas pentas kerana sokongan ribuan AHLUL PAS Anwar gagal.tanpa PAS. Sudah terbukti Anwar telah memecah belahkan PAS jadi PAS tunggu apa lagi.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks