KILANG PAPAN HARAM di Bendang Pok Yong Milik Calon PAS?

Wednesday 17 September 2014


Sebaik-baik sahaja Wan Rosdi dinamakan sebagai calon PAS untuk PRK DUN Pengkalan Kubor, maka terkeluarlah pertanyaan yang selama ini tidak dijawab oleh sesiapa pun, terutama dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan.

Persoalan tersebut adalah tentang sebuah kilang kayu yang memproses balak secara haram yang terletak di Kampung Bendang Pok Yong yang merupakan tempat tinggal Wan Rosdi, calon PAS.

Sudah lama kilang berkenaan wujud dan beroperasi. Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang tahu siapakah sebenarnya pemilik kilang berkenaan walaupun terdapat khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa pemilik kilang haram itu adalah Wan Rosdi terutama sekali yang membabitkan jawatan dan kedudukannya dalam Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat dari tahun 1997-2007.

Wan Rosdi merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan pada masa yang sama dia juga merupakan seorang kontraktor binaan.



Kewujudan kilang haram seperti itu sepatutnya dibanteras oleh pihak berkuasa terutama sekali Majlis Daerah Tumpat. Namun memandangkan kewujudannya seolah-olah dipandang sebelah mata, maka sudah pastilah pemiliknya mempunyai hubungan yang amat kuat dengan Majlis Daerah Tumpat, mahupun dengan Kerajaan Negeri serta Perkayuan Kelantan. Tambahan pula ia terletak di Kampung Bendang Pok Yong dan hanya 2 kilometer sahaja jaraknya dari rumah Wan Rosdi!

Siapa lagi yang lebih tepat untuk menepati ciri-ciri berkenan selain daripada Wan Rosdi Wan Ibrahim?

Tiada sebarang papan tanda atau pun nama syarikat berdaftar. Tiada juga operasi pemeriksaan oleh Jabatan Hutan mahupun Majlis Daerah Tumpat ke kawasan kilang. Tiada juga sebarang operasi meskipun kayu-kayu balak diletakkan di tepi jalan berhampiran kilang berkenaan.

Justeru, benarkah kilang berkenaan dimiliki oleh Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagaimana yang diperkatakan oleh orang ramai atau sebenarnya Wan Rosdi memang ada saham dalam kilang tersebut?

4 comments:

  1. Buat aduan kat SPRM habis cerita ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPRM cawangan Kelantan penuh dgn puak PAS la bro.

      Delete
  2. PDRM Pengkalan Kubor pun penuh dgn puak PAS assobiyah terus jadi buta & pekak ka? ATAU ada dapat komisen bulanan supaya tutup mulut?

    ReplyDelete
  3. Jangan kata apa apa . Semua ada dalam tu. Bila ada matalamat maka halallah cara. No haram. No krooni. No rasuah . Semuanya no no no no.......no.

    ReplyDelete

KILANG PAPAN HARAM di Bendang Pok Yong Milik Calon PAS?

Wednesday 17 September 2014 ·


Sebaik-baik sahaja Wan Rosdi dinamakan sebagai calon PAS untuk PRK DUN Pengkalan Kubor, maka terkeluarlah pertanyaan yang selama ini tidak dijawab oleh sesiapa pun, terutama dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan.

Persoalan tersebut adalah tentang sebuah kilang kayu yang memproses balak secara haram yang terletak di Kampung Bendang Pok Yong yang merupakan tempat tinggal Wan Rosdi, calon PAS.

Sudah lama kilang berkenaan wujud dan beroperasi. Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang tahu siapakah sebenarnya pemilik kilang berkenaan walaupun terdapat khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa pemilik kilang haram itu adalah Wan Rosdi terutama sekali yang membabitkan jawatan dan kedudukannya dalam Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat dari tahun 1997-2007.

Wan Rosdi merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan pada masa yang sama dia juga merupakan seorang kontraktor binaan.



Kewujudan kilang haram seperti itu sepatutnya dibanteras oleh pihak berkuasa terutama sekali Majlis Daerah Tumpat. Namun memandangkan kewujudannya seolah-olah dipandang sebelah mata, maka sudah pastilah pemiliknya mempunyai hubungan yang amat kuat dengan Majlis Daerah Tumpat, mahupun dengan Kerajaan Negeri serta Perkayuan Kelantan. Tambahan pula ia terletak di Kampung Bendang Pok Yong dan hanya 2 kilometer sahaja jaraknya dari rumah Wan Rosdi!

Siapa lagi yang lebih tepat untuk menepati ciri-ciri berkenan selain daripada Wan Rosdi Wan Ibrahim?

Tiada sebarang papan tanda atau pun nama syarikat berdaftar. Tiada juga operasi pemeriksaan oleh Jabatan Hutan mahupun Majlis Daerah Tumpat ke kawasan kilang. Tiada juga sebarang operasi meskipun kayu-kayu balak diletakkan di tepi jalan berhampiran kilang berkenaan.

Justeru, benarkah kilang berkenaan dimiliki oleh Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagaimana yang diperkatakan oleh orang ramai atau sebenarnya Wan Rosdi memang ada saham dalam kilang tersebut?

4 comments:

Anonymous said...
17 September 2014 at 08:30  

Buat aduan kat SPRM habis cerita ....

Anonymous said...
17 September 2014 at 08:50  

PDRM Pengkalan Kubor pun penuh dgn puak PAS assobiyah terus jadi buta & pekak ka? ATAU ada dapat komisen bulanan supaya tutup mulut?

Anonymous said...
17 September 2014 at 08:52  

SPRM cawangan Kelantan penuh dgn puak PAS la bro.

Anonymous said...
17 September 2014 at 14:41  

Jangan kata apa apa . Semua ada dalam tu. Bila ada matalamat maka halallah cara. No haram. No krooni. No rasuah . Semuanya no no no no.......no.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks