AZMIN ALI Bakal Naikkan Kadar Tarif Air Selangor Walaupun Air Selangor Telah 'Dirakyatkan'!

Wednesday 26 November 2014

Kerajaan negeri Selangor membayangkan kemungkinan tarif air di negeri itu dinaikkan namun pada kadar yang tidak membebankan rakyat.

Menteri Besar Azmin Ali memberitahu dewan negeri hari ini, bahawa kerajaan negeri masih dalam proses penelitian mengenai kesan yang akan ditanggung oleh rakyat sekiranya tarif air ini dinaikkan.

“Ketika ini kerajaan negeri sedang meneliti implikasi ke atas rakyat sekiranya tarif dinaikkan dalam tempoh terdekat. Kerajaan negeri sedang membincangkan dengan pihak air Selangor untuk mengkaji pendirian kerajaan negeri bagi membela dan menjamin hak pengguna dan rakyat di Selangor,” katanya ketika menjawab pertanyaan mulut ADUN Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Pelarasan tarif air itu adalah inisiatif kerajaan negeri dan bukannya permohonan terdahulu syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ujar Azmin.

SYABAS sebelum ini berkali-kali menghantar permohonan untuk menaikkan tarif air, namun ditolak bekas Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air Selangor, Khalid sendiri memaklumkan kerajaan negeri memikirkan keperluan semakan tarif air serta kuantumnya kepada pengguna, ujar Azmin.

Berdasarkan MoU antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor itu, tarif air di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya perlu dinaikkan berikutan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) dan sistem agihannya.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTha) sebelum ini memberitahu kerajaan Selangor melalui anak syarikat miliknya yang akan menetapkan keperluan bagi sebarang semakan tarif air.

Azmin kemudiaanya berkata tindakan membuat semakan semula itu diambil bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

“Dalam pada masa yang sama kerajaan negeri akan memastikan bahawa air Selangor dapat memberikan perkhidmatan bekalan air yang cekap, efisien,” katanya.

Februari lalu, kerajaan Selangor dan Putrajaya menandatangani MoU untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi, iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Syabas, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).

Daripada empat syarikat itu, hanya Splash yang masih tidak bersetuju dengan pengambilalihan berkenaan – Antarapos

1 comment:

AZMIN ALI Bakal Naikkan Kadar Tarif Air Selangor Walaupun Air Selangor Telah 'Dirakyatkan'!

Wednesday 26 November 2014 ·

1 comments:

Anonymous said...
26 November 2014 at 21:48  

min ais krim naik jugak ke?

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks