PAS Tak Mahu Bantah Jualan Arak Di Bandar Baru Bangi Ke?

Thursday 6 November 2014


Salah satu undang-undang kecil di Malaysia ialah, sebarang permohonan penjualan arak, perlu diuwar-uwarkan dan diisytiharkan terlebih dahulu oleh si penjualnya. Tak kiralah sama ada pemilik premis kecil mahupun gedung perniagaan harian besar. Apabila wujud bantahan, maka pihak PBT tidak akan memberikan permit jualan arak kepada si pemohon.

Itu undang-undang yang telah diamalkan di negara ini semenjak dari zaman merdeka lagi sehinggalah sekarang.

Walaupun membenarkan penjualan arak, tetapi Kerajaan juga membenarkan rakyat membuat bantahan dan bantahan tersebut akan menyebabkan permohonan untuk penjualan, dibatalkan.

Bandar Baru Bangi, sama fungsinya dengan Bandaraya Shah Alam sewaktu diwujudkan dan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional suatu ketika dahulu. Majoriti penduduk di Bandar Baru Bangi dan Bandaraya Shah Alam adalah Melayu.

Cuma kebelakangan ini, terutama selepas Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri, kawasan yang sepatutnya menjadi rezab bandar dan komuniti Melayu, sudah mula dicemari pelbagai elemen-elemen maksiat termasuklah judi, pelacuran, rumah urut, mahupun jualan arak.

Suatu ketika, bekas Exco Selangor, Ronnie Liu mengamuk sakan apabila JAIS merampas arak-arak yang dijual di kedai-kedai serbaneka 24 jam di Shah Alam. Pihak berkuasa agama Islam, akhirnya terpaksa mengalah kepada Ronnie Liu dan sindiran serta tuntutan DAP serta PKR.

Hari ini, arak boleh ditemui dan boleh diminum secara bebas di seluruh Shah Alam!

Di Bandar Baru Bangi juga, keadaan sudah mula berubah. Masyarakat dan penduduk Bandar Baru Bangi yang sangat tegar menyokong Pakatan Rakyat, khususnya PAS dan PKR, akan menerima apa-apa sahaja suapan DAP termasuklah arak, pelacuran, perjudian dan rumah urut. Justeru itulah, masyarakat Bandar Baru Bangi tidak membantah langsung kewujudan tempat-tempat dan premis-premis maksiat yang dilesenkan oleh Majlis Perbandaran Kajang yang ahli-ahli Majlisnya terdiri daripada kalangan DAP yang mempunyai kuasa luar biasa besarnya.

Iklan permohonan jualan arak sebagaimana yang dipaparkan di atas, hanyalah satu retorik semata-mata. Yang pasti,ia diiklankan untuk mengikut undang-undang. Realitinya, masyarakat Melayu Bandar Baru Bangi tidak menolak pun dan tidak marah pun dengan jualan arak di kawasan mereka.

Syabas Melayu Bandar Baru Bangi yang sentiasa perasan, mereka adalah masyarakat akademik yang bijak!

4 comments:

  1. nanti kita bolih enjoy...pergi minum2...sambil karaoke...lepas tu cari pelacur. tak payah pergi jauh sampai ke kl...kat bangi pun dah ade. itu untungnya pr memerintah. semua ade. bn ape ade....

    ReplyDelete
  2. nak tanya Pas parti Islam ke?...saya tak mau seribu cuma nak satu je bukti pas parti Islam...!!!

    ReplyDelete
  3. Wah hebat bangi pun dah ada banyak tempat yam seng....apa boleh buat lebai PAS dah pajak "anu dalam botol"...tarak pakai punya...takut punya olang....dia berani guling-guling dengan orang UMNO je....kalau dengan rakan pakatan terperesok dalam kerandut.

    ReplyDelete
  4. Lepas minum dgn main, masuk pas, konpom masuk sorga

    ReplyDelete

PAS Tak Mahu Bantah Jualan Arak Di Bandar Baru Bangi Ke?

Thursday 6 November 2014 ·


Salah satu undang-undang kecil di Malaysia ialah, sebarang permohonan penjualan arak, perlu diuwar-uwarkan dan diisytiharkan terlebih dahulu oleh si penjualnya. Tak kiralah sama ada pemilik premis kecil mahupun gedung perniagaan harian besar. Apabila wujud bantahan, maka pihak PBT tidak akan memberikan permit jualan arak kepada si pemohon.

Itu undang-undang yang telah diamalkan di negara ini semenjak dari zaman merdeka lagi sehinggalah sekarang.

Walaupun membenarkan penjualan arak, tetapi Kerajaan juga membenarkan rakyat membuat bantahan dan bantahan tersebut akan menyebabkan permohonan untuk penjualan, dibatalkan.

Bandar Baru Bangi, sama fungsinya dengan Bandaraya Shah Alam sewaktu diwujudkan dan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional suatu ketika dahulu. Majoriti penduduk di Bandar Baru Bangi dan Bandaraya Shah Alam adalah Melayu.

Cuma kebelakangan ini, terutama selepas Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri, kawasan yang sepatutnya menjadi rezab bandar dan komuniti Melayu, sudah mula dicemari pelbagai elemen-elemen maksiat termasuklah judi, pelacuran, rumah urut, mahupun jualan arak.

Suatu ketika, bekas Exco Selangor, Ronnie Liu mengamuk sakan apabila JAIS merampas arak-arak yang dijual di kedai-kedai serbaneka 24 jam di Shah Alam. Pihak berkuasa agama Islam, akhirnya terpaksa mengalah kepada Ronnie Liu dan sindiran serta tuntutan DAP serta PKR.

Hari ini, arak boleh ditemui dan boleh diminum secara bebas di seluruh Shah Alam!

Di Bandar Baru Bangi juga, keadaan sudah mula berubah. Masyarakat dan penduduk Bandar Baru Bangi yang sangat tegar menyokong Pakatan Rakyat, khususnya PAS dan PKR, akan menerima apa-apa sahaja suapan DAP termasuklah arak, pelacuran, perjudian dan rumah urut. Justeru itulah, masyarakat Bandar Baru Bangi tidak membantah langsung kewujudan tempat-tempat dan premis-premis maksiat yang dilesenkan oleh Majlis Perbandaran Kajang yang ahli-ahli Majlisnya terdiri daripada kalangan DAP yang mempunyai kuasa luar biasa besarnya.

Iklan permohonan jualan arak sebagaimana yang dipaparkan di atas, hanyalah satu retorik semata-mata. Yang pasti,ia diiklankan untuk mengikut undang-undang. Realitinya, masyarakat Melayu Bandar Baru Bangi tidak menolak pun dan tidak marah pun dengan jualan arak di kawasan mereka.

Syabas Melayu Bandar Baru Bangi yang sentiasa perasan, mereka adalah masyarakat akademik yang bijak!

4 comments:

Anonymous said...
6 November 2014 at 14:42  

nanti kita bolih enjoy...pergi minum2...sambil karaoke...lepas tu cari pelacur. tak payah pergi jauh sampai ke kl...kat bangi pun dah ade. itu untungnya pr memerintah. semua ade. bn ape ade....

Anonymous said...
6 November 2014 at 15:19  

nak tanya Pas parti Islam ke?...saya tak mau seribu cuma nak satu je bukti pas parti Islam...!!!

Anonymous said...
6 November 2014 at 17:47  

Wah hebat bangi pun dah ada banyak tempat yam seng....apa boleh buat lebai PAS dah pajak "anu dalam botol"...tarak pakai punya...takut punya olang....dia berani guling-guling dengan orang UMNO je....kalau dengan rakan pakatan terperesok dalam kerandut.

Anonymous said...
6 November 2014 at 19:23  

Lepas minum dgn main, masuk pas, konpom masuk sorga

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks