NAIB PENGERUSI PASMA KELANTAN DAN CALON PASMA DUN CHEMPAKA DIGULINGKAN PAS CAWANGAN KEPALA JAMBATAN

Wednesday 4 March 2015

Selepas pendedahan dibuat yang Naib Pengerusi PASMA Kelantan yang juga merupakan konco utama Husam Musa dan masih berkonfrontasi dengan Nik Amar dan Ahmad Yaakob kerana dibuang kerja dari sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Kolej Islam Antarabangsa Sultan Yahya Petra (KIAS), Che Ibrahim Mohamed segera tampil dan menafikan yang dia akan menjadi calon PASMA di DUN Chempaka.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat tempatan, Che Ibrahim Mohamed dengan dibiayai oleh Husam Musa giat berkempen dan melobi untuk menendang keluar Nik Abduh serta golongan yang pro-ulama dalam PAS di Kelantan. Dengan menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Che Ibrahim cuba menghalalkan PASMA walaupun pada masa yang sama, Nik Abduh, anak lelaki Allahyarham Nik Abdul Aziz melabelkan golongan PASMA sebagai BARUA.

Ahli-ahli PAS Cawangan Kepala Jambatan melihat Che Ibrahim yang merupakan Ketua Cawangan tersebut sebagai anasir yang cukup merbahaya bagi perjuangan PAS. Ketiadaan Che Ibrahim yang berada di 'luar negeri' kononnya, telah diambil kesempatan dengan mengadakan mesyuarat.


Sekaligus mengenepikan Che Ibrahim selaku Ketua Cawangan. Mesyuarat yang diadakan di Masjid Nesuha, Pasir Pekan Hulu pada 28 Februari lalu turut melibatkan AJK PAS Cawangan Kepala Jambatan, selain pengesahan minit mesyuarat dan sebagainya.

Ini merupakan tindakan tegas pertama melibatkan PAS-PASMA. Che Ibrahim Mohamed, di sebalik penafiannya akan menjadi calon DUN Chempaka mewakili PASMA, sedang melobi bagi merealisasikan keinginannya menyandang Kerusi DUN yang telah dimenangi oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Kerusi DUN Chempaka merupakan kerusi yang cukup sinonim bagi tujuan simbol kemenangan ke atas PAS. PASMA sememangnya amat mengidamkan kerusi tersebut. Kematian Nik Abdul Aziz telah membuka peluang itu kepada mereka.

PASMA dalam usaha berselindung, cuba menuduh UMNO bakal menaja calon BEBAS dari kalangan PAS untuk menentang calon PAS dalam PRK DUN Chempaka walaupun UMNO telah membuat keputusan tidak akan terlibat dalam PRK tersebut.

1 comment:

  1. Inilah barua2 Husam anak didik Anwarinas apa saja kerja haramjadah mereka buat dituduh UMNO.

    Rakyat dah tahu. Jika nak kenal puak2 PASMA ini senang saja. Mereka akan berselindung di belakang nama UMNO.

    ReplyDelete

NAIB PENGERUSI PASMA KELANTAN DAN CALON PASMA DUN CHEMPAKA DIGULINGKAN PAS CAWANGAN KEPALA JAMBATAN

Wednesday 4 March 2015 ·

Selepas pendedahan dibuat yang Naib Pengerusi PASMA Kelantan yang juga merupakan konco utama Husam Musa dan masih berkonfrontasi dengan Nik Amar dan Ahmad Yaakob kerana dibuang kerja dari sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Kolej Islam Antarabangsa Sultan Yahya Petra (KIAS), Che Ibrahim Mohamed segera tampil dan menafikan yang dia akan menjadi calon PASMA di DUN Chempaka.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat tempatan, Che Ibrahim Mohamed dengan dibiayai oleh Husam Musa giat berkempen dan melobi untuk menendang keluar Nik Abduh serta golongan yang pro-ulama dalam PAS di Kelantan. Dengan menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Che Ibrahim cuba menghalalkan PASMA walaupun pada masa yang sama, Nik Abduh, anak lelaki Allahyarham Nik Abdul Aziz melabelkan golongan PASMA sebagai BARUA.

Ahli-ahli PAS Cawangan Kepala Jambatan melihat Che Ibrahim yang merupakan Ketua Cawangan tersebut sebagai anasir yang cukup merbahaya bagi perjuangan PAS. Ketiadaan Che Ibrahim yang berada di 'luar negeri' kononnya, telah diambil kesempatan dengan mengadakan mesyuarat.


Sekaligus mengenepikan Che Ibrahim selaku Ketua Cawangan. Mesyuarat yang diadakan di Masjid Nesuha, Pasir Pekan Hulu pada 28 Februari lalu turut melibatkan AJK PAS Cawangan Kepala Jambatan, selain pengesahan minit mesyuarat dan sebagainya.

Ini merupakan tindakan tegas pertama melibatkan PAS-PASMA. Che Ibrahim Mohamed, di sebalik penafiannya akan menjadi calon DUN Chempaka mewakili PASMA, sedang melobi bagi merealisasikan keinginannya menyandang Kerusi DUN yang telah dimenangi oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Kerusi DUN Chempaka merupakan kerusi yang cukup sinonim bagi tujuan simbol kemenangan ke atas PAS. PASMA sememangnya amat mengidamkan kerusi tersebut. Kematian Nik Abdul Aziz telah membuka peluang itu kepada mereka.

PASMA dalam usaha berselindung, cuba menuduh UMNO bakal menaja calon BEBAS dari kalangan PAS untuk menentang calon PAS dalam PRK DUN Chempaka walaupun UMNO telah membuat keputusan tidak akan terlibat dalam PRK tersebut.

1 comments:

Anonymous said...
4 March 2015 at 23:43  

Inilah barua2 Husam anak didik Anwarinas apa saja kerja haramjadah mereka buat dituduh UMNO.

Rakyat dah tahu. Jika nak kenal puak2 PASMA ini senang saja. Mereka akan berselindung di belakang nama UMNO.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks