Kalau BRIM Itu Rasuah, Kenapa DAP Begitu Beria-ia Bantu Para Penyokong Mereka Dapatkan BRIM?

Tuesday 15 December 2015

DAP dan PKR seringkali menggambarkan usaha Kerajaan di bawah Najib Abdul Razak memberikan kemudahan tunai jangka pendek kepada rakyat menerusi skim BRIM sebagai satu rasuah agar rakyat terus memangkah dan mengundi UMNO-BN pada PRU akan datang.

Walaupun mereka tidak dapat membuktikan teori yang mereka popularkan, namun rata-rata para penyokong mereka sependapat bahawa BRIM adalah sesuatu yang menjijikkan, sesuatu yang sangat kotor, malah BRIM langsung tidak selayaknya berada dalam masyarakat.

Sekali imbas, mereka yang selama ini memberikan gambaran kononnya mereka amat anti dengan rasuah, sentiasa mendesak tentang keperluan integriti tahap tinggi, kejujuran luar biasa, bahkan tidak sewenang-wenangnya menggunakan 'wang rakyat' untuk dibazirkan seperti BRIM, akan mendidik  masyarakat penyokong mereka agar membenci, menjauhi dan menentang BRIM.

Tetapi seperti biasalah...

Apabila mereka menyatakan bahawa mereka sangat anti rasuah, banyak melabelkan petugas-petugas awam yang majoritinya Melayu-Bumiputera sebagai penerima rasuah, malahan menggunakan pelbagai taktik dan kaedah untuk membuktikan tuduhan mereka, sepatutnya mereka menjauhi BRIM, malah tidak berebut-rebut untuk mendapatkan bantuan kewangan jangka pendek yang diperuntukkan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat tanpa sebarang syarat dan pra-syarat termasuklah mengundi UMNO-BN pada PRU akan datang.

Rupa-rupanya asal saja wang, mereka terus melupakan prinsip yang dipegang. Malah, Ahli-Ahli Parlimen dan para pemimpin DAP terus melupakan tentang 'perjuangan anti-rasuah' mereka apabila mengajak para penyokong mereka beramai-ramai mengisi borang BRIM, malah turut membantu memudahkan para penyokong mereka mendapatkan wang tersebut.

Cakap tidak serupa bikin!!!

Dari awal telah disebutkan bahawa BRIM bukannya rasuah atau sogokan kepada rakyat Malaysia untuk mengundi UMNO-BN tetapi DAP tetap berkeras menyatakan ia adalah wang sogokan.

Tetapi terbukti, mereka juga yang paling awal, paling terkinja-kinja, paling efektif dan paling menonjol untuk mendapatkan wang yang mereka labelkan sebagai wang rasuah.

0 comments:

Post a Comment

Kalau BRIM Itu Rasuah, Kenapa DAP Begitu Beria-ia Bantu Para Penyokong Mereka Dapatkan BRIM?

Tuesday 15 December 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks