Kalau Masih Juga Tidak Faham, Tak Tahulah... Bekas Ahli UMNO Tidak Ada Hak Untuk Failkan Saman Ke Atas Presiden dan Setiausaha Kerja

Tuesday 15 December 2015

Bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk memfailkan saman terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja, Datuk Ab Rauf Yusoh berhubung isu derma RM2.6 bilion, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Ab Rauf, berkata Anina bukan seorang pegawai awam Umno dan oleh itu tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

"Plaintif bukan pegawai awam Umno yang telah diisytiharkan (sedemikian) dan didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan oleh itu tidak kompeten untuk memulakan tindakan ini terhadap defendan," hujah Mohd Hafarizam dalam permohonan Najib dan Ab Rauf untuk membatalkan saman Anina.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anina fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi]

Beliau juga berhujah, Anina tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk mengekalkan saman itu kerana keahliannya dalam Umno telah gugur apabila memfailkan saman mengikut Perkara 20.7 Perlembagaan parti.

Sambil merujuk kepada keputusan hakim Mahkamah Tinggi minggu lepas, dalam satu lagi saman oleh Anina, bahawa keputusan untuk menggugurkan keahlian Anina dalam Umno adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah mengikut Seksyen 18C Akta sama, Mohd Hafarizam berkata mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman yang difailkan oleh Anina berkaitan hal ehwal parti.

"Saman ini juga tidak menyatakan sebarang sebab munasabah untuk tindakan terhadap defendan, dan oleh itu ia mendedahkan defendan kepada skandal, bersifat remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah yang harus dibatalkan oleh mahkamah ini," kata Mohd Hafarizam ketika berhujah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Anina pula berhujah bahawa anak guamnya telah memfailkan tindakan derivatif terhadap defendan atas nama Umno, untuk dan bagi pihak Umno dan ahli-ahlinya, seperti dibenarkan di bawah undang-undang.

"Justeru, walaupun jika keahliannya dalam Umno telah ditamatkan, ia tidak menghalang tindakan yang telahpun difailkan oleh Anina. Saman ini adalah khusus untuk menangani salah laku defendan pertama, seperti dinyatakan dalam pernyataan tuntutan.

"Pada peringkat ini, adalah jelas bahawa ini bukan kes biasa dan jelas untuk terus dibatalkan," kata beliau.

Mahkamah menetapkan 31 Disember untuk keputusan terhadap permohonan Najib dan Ab Rauf.

Pada 28 Ogos, Anina memfailkan saman terhadap Najib dan Ab Rauf, antara lain, bagi menuntut sebahagian daripada derma RM2.6 bilion (AS$650 juta) yang dikatakan dimasukkan oleh presiden parti ke dalam akaun peribadinya di Singapura. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Kalau Masih Juga Tidak Faham, Tak Tahulah... Bekas Ahli UMNO Tidak Ada Hak Untuk Failkan Saman Ke Atas Presiden dan Setiausaha Kerja

Tuesday 15 December 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks