KTMB 'Perbetulkan' Kadar Tambang Baru Yang Juga Menekan Golongan Berpendapatan Rendah dan Para Pelajar

Saturday 12 December 2015

Selepas kecoh dengan kekeliruan tambang berkadar baru yang dikenakan oleh KTMB, akhirnya pihak pengurusan KTMB 'memperbetulkan' kekeliruan tersebut.

Pada 9 Disember lalu, KTMB mengumumkan kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas akan dikenakan tambang dewasa, tetapi turut mengumumkan bahawa skim harga yang mengelirukan antara kanak-kanak dan yang berusia 2 sehingga 6 tahun.

Para pengguna terus memberikan reaksi negatif berhubung dengan harga tambang baru itu. Hasilnya, KTMB memperbetulkan struktur kadar tambang tersebut bagi menawarkan sistem tambang yang lebih adil kepada para pelajar sekolah, sama ada sekolah rendah, menengah sehinggalah pelajar tingkatan enam.

Ridhwan Arshad, Ketua Komunikasi Korporat KTMB menerangkan,

"Bagi yang berusia 2 tahun ke bawah, tiada tambang yang dikenakan. Kanak-kanak sekolah yang berusia antara 7 sehingga 12 tahun dan 13 sehingga 18 tahun yang memakai pakaian seragam sekolah, akan mendapat diskaun, dari Isnin sehingga Jumaat pada kadar 50%".

"Tapi sekiranya pada hujung minggu dan mereka mempunyai kelas tambahan, mereka hanya perlu mengenakan lencana sekolah atau apa-apa sahaja yang menunjukkan mereka ke sekolah untuk mendapatkan potongan 50%."

"Kategori ketiga adalah kolej dan universiti swasta tempatan. Mereka perlu menunjukkan kad matrik mereka untuk mendapatkan 50% dan warga tua juga akan memperolehi 50% serta OKU," kata Ridhwan.

"Keutamaan kami adalah pelajar-pelajar sekolah dan keputusan lembaga mutakhir adalah turut memperluaskanya kepada kolej-kolej swasta dan awam yang lain. Bagi para pengguna Touch&Go, mereka berhak mendapat potongan 25%, manakala para pemegang pas bulanan pula berhak memperolehi potongan sebanyak 33%," katanya lagi.

Selepas pengumuman kenaikan tambang KTMB itu, masyarakat awam melahirkan kegusaran dan tidak puas hati sambil menggesa agar kadar yang lebih rendah dikenakan kepada kanak-kanak sambil menegaskan bahawa kadar tambang baru amat membebankan golongan berpendapatan rendah.

KTMB bagaimanapun mempertahankan kenaikan tambang tersebut sambil mendakwa, kenaikan daripada 11 sen sekilometer kepada 15 sen sekilometer lebih rendah berbanding 20 sen sekilometer yang sepatutnya dikenakan oleh KTMB kepada para pengguna selepas kerajaan hanya membenarkan kenaikan sebanyak 4 sen.

Kenaikan tambang pengangkutan awam yang diuruskan oleh KTMB dan Prasarana menjadi topik hangat di kalangan Senator semasa perdebatan di Dewan Negara Khamis lepas.

Senator Datuk Seri Abdul Halim Abdul Samad berkata, kenaikan harga tambang tersebut tidak dilakukan pada masa yang sesuai, malahan telah menambahkan lagi beban kepada rakyat memandangkan ia diimplementasi secara mengejut.

Turut berkongsi pandangan pandangannya adalah Senator Khairiah Mohamed yang memberitahu, kenaikan tambang telah memusnahkan harapan sebahagian besar rakyat, terutama sekali golongan berpendapatan rendah dan para pelajar yang sudah pun terbeban dengan kenaikan kos-kos yang lain.

"Sebagai contoh, tambang untuk Komuter KTM dari Stesen UKM ke KL Sentral telah meningkat menjadi RM120 sebulan dan para penumpang yang biasanya menggunakan perkhidmatan komuter amat terjejas dan kecewa dengan kenaikan melampau itu."

Justeru, dia menyeru kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kenaikan kos menerusi penurunan harga, menstabilkan nilai Ringgit dan mengkaji semula kenaikan tol yang turut memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah. (SUMBER)

1 comment:

  1. Buat la sesuatu..cukup 4x seminggu dpt tiket sekali free naik, dpt free tol.

    Takkan susah sangat..

    Nk untung pun kenapa beli gerabak banyak markup..

    ReplyDelete

KTMB 'Perbetulkan' Kadar Tambang Baru Yang Juga Menekan Golongan Berpendapatan Rendah dan Para Pelajar

Saturday 12 December 2015 ·

1 comments:

Anonymous said...
12 December 2015 at 17:41  

Buat la sesuatu..cukup 4x seminggu dpt tiket sekali free naik, dpt free tol.

Takkan susah sangat..

Nk untung pun kenapa beli gerabak banyak markup..

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks