Nurul Izzah Dilarang dan Dihalau Keluar Dari Sarawak... Salahkan Pegawai Imigresen dan Kata, Mereka Telah Mencabul Kuasa

Sunday 6 December 2015



Bagaikan mahu mencabar undang-undang yang telah termaktub, Nurul Izzah ke Sarawak dan berpura-pura tidak tahu tentang larangan yang dikenakan ke atasnya membabitkan Imigresen.

SUARA.TV melaporkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah dihalang daripada memasuki Sarawak hari ini. Dia telah ditahan oleh pegawai Imigresen ketika berada di kaunter kawalan pasport sebaik-baik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 4:00 petang tadi dengan penerbangan Air Asia. 

Nurul Izzah dalam reaksinya berkata, tindakan pegawai-pegawai Imigresen yang telah memberikan notis larangan ke atasnya memasuki Sarawak adalah satu pencabulan kuasa. 

Xavier Jeyakumar yang ada bersama-samanya dalam penerbangan itu memberitahu, para pegawai Imigresen memaklumkan Nurul Izzah bahawa larangan kemasukannya datangnya dari Pejabat Ketua Menteri.

Beberapa minggu lepas, Nurul Izzah telah membangkitkan kemarahan di seluruh negara, terutama sekali keluarga anggota-anggota keselamatan yang telah terkorban dalam serangan militan-militan Kiram Sulu apabila dia bergambar dengan jurucakap kumpulan militan tersebut, Jacel Kiram di Manila. 

Seorang anak Sarawak yang merupakan Ketua Cawangan Khas Daerah Polis Daerah Semporna, Mendiang Michael ak Padel telah dibunuh secara kejam oleh militan Kiram ketika kejadian serangan pada Mac 2013.


Senarai penuh adalah seperti berikut: 

    
    Lahad Datu :

1. Sjn Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak
2. ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Kem Ulu Kinta, Perak


Semporna :

1. Supt Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman
2. L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
3. Sjn Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
4. Kpl Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
5. ASP Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna
6. Sjn Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah.

DUN Sabah pada minggu lepas secara sebulat suara (47-0) telah mengharamkan Nurul Izzah dan Tian Chua daripada menjejakkan kaki ke Sabah.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa Nurul Izzah, yang merupakan Anggota Parlimen Lembah Pantai, boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan.


Walaupun Nurul Izzah telah memohon maaf, tindakan beliau dianggap serius kerana telah bertemu musuh negara yang bertanggungjawab terhadap pencerobohan di Lahad Datu, kata Khalid, sambil menambah kata bahawa pemimpin PKR itu akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Susulan daripada itu sidang Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu memutuskan untuk mengemukakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen setelah usul itu yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dipersetujui untuk dibahaskan.

Daripada 222 ahli Parlimen, 105 mengundi bersetuju dan 77 ahli pembangkang mengundi tidak bersetuju.

Nurul Izzah dirujuk ke jawatankuasa berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat (27 (3) dan 80.

2 comments:

  1. Ďulu puàk ni jugak yang cucuk supaya sabah dan serawak supaya guna hak istimewa mereka.
    Tapi la ni depa jugak yang marah bila sabah dan serawak guna hak mereka.

    ReplyDelete
  2. Lepas ni kita tuinggu negeri lain pula halang si anak puaka masuki negeri mereka

    ReplyDelete

Nurul Izzah Dilarang dan Dihalau Keluar Dari Sarawak... Salahkan Pegawai Imigresen dan Kata, Mereka Telah Mencabul Kuasa

Sunday 6 December 2015 ·



Bagaikan mahu mencabar undang-undang yang telah termaktub, Nurul Izzah ke Sarawak dan berpura-pura tidak tahu tentang larangan yang dikenakan ke atasnya membabitkan Imigresen.

SUARA.TV melaporkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah dihalang daripada memasuki Sarawak hari ini. Dia telah ditahan oleh pegawai Imigresen ketika berada di kaunter kawalan pasport sebaik-baik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 4:00 petang tadi dengan penerbangan Air Asia. 

Nurul Izzah dalam reaksinya berkata, tindakan pegawai-pegawai Imigresen yang telah memberikan notis larangan ke atasnya memasuki Sarawak adalah satu pencabulan kuasa. 

Xavier Jeyakumar yang ada bersama-samanya dalam penerbangan itu memberitahu, para pegawai Imigresen memaklumkan Nurul Izzah bahawa larangan kemasukannya datangnya dari Pejabat Ketua Menteri.

Beberapa minggu lepas, Nurul Izzah telah membangkitkan kemarahan di seluruh negara, terutama sekali keluarga anggota-anggota keselamatan yang telah terkorban dalam serangan militan-militan Kiram Sulu apabila dia bergambar dengan jurucakap kumpulan militan tersebut, Jacel Kiram di Manila. 

Seorang anak Sarawak yang merupakan Ketua Cawangan Khas Daerah Polis Daerah Semporna, Mendiang Michael ak Padel telah dibunuh secara kejam oleh militan Kiram ketika kejadian serangan pada Mac 2013.


Senarai penuh adalah seperti berikut: 

    
    Lahad Datu :

1. Sjn Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak
2. ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Kem Ulu Kinta, Perak


Semporna :

1. Supt Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman
2. L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
3. Sjn Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
4. Kpl Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
5. ASP Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna
6. Sjn Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah.

DUN Sabah pada minggu lepas secara sebulat suara (47-0) telah mengharamkan Nurul Izzah dan Tian Chua daripada menjejakkan kaki ke Sabah.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa Nurul Izzah, yang merupakan Anggota Parlimen Lembah Pantai, boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan.


Walaupun Nurul Izzah telah memohon maaf, tindakan beliau dianggap serius kerana telah bertemu musuh negara yang bertanggungjawab terhadap pencerobohan di Lahad Datu, kata Khalid, sambil menambah kata bahawa pemimpin PKR itu akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Susulan daripada itu sidang Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu memutuskan untuk mengemukakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen setelah usul itu yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dipersetujui untuk dibahaskan.

Daripada 222 ahli Parlimen, 105 mengundi bersetuju dan 77 ahli pembangkang mengundi tidak bersetuju.

Nurul Izzah dirujuk ke jawatankuasa berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat (27 (3) dan 80.

2 comments:

Anonymous said...
6 December 2015 at 19:01  

Ďulu puàk ni jugak yang cucuk supaya sabah dan serawak supaya guna hak istimewa mereka.
Tapi la ni depa jugak yang marah bila sabah dan serawak guna hak mereka.

ha mat said...
6 December 2015 at 22:35  

Lepas ni kita tuinggu negeri lain pula halang si anak puaka masuki negeri mereka

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks