Pesawat MAS MH132 Auckland-Kuala Lumpur Telah Dilencongkan Laluan, Mujur Juruterbang Cepat Sedar

Sunday 27 December 2015


Sebuah pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terbang dari Auckland, New Zealand telah bergerak ke laluan di selatan walaupun juruterbang menghalakan pesawat itu ke laluan utara semasa penerbangan Hari Krismas.

The MalayMail melaporkan, juruterbang pesawat MH132 itu menyedari pesawat Airbus A330 itu mengikut laluan lain tidak lama selepas berlepas dan segera menghubungi pengawal udara Auckland Oceanic.

Siasatan mendapati laluan ke selatan tersebut telah dikunci untuk penerbangan-penerbangan dalam New Zealand dan Pasifik Selatan dan secara tidak sengaja telah mengunci penerbangan MAS itu.

Pihak berkuasa penerbangan New Zealand dilaporkan sedang bekerjasama dengan MAS untuk mengenalpasti bagaimana laluan penerbangan tersebut telah dilog kepada pesawat berkenaan.

MAS teah kehilangan dua pesawat dalam tragedi udara pada tahun 2014.

"Kami mempunyai pasukan penyiasat dalaman yang sedang menyiasatnya," kata jurucakap pihak berkuasa penerbangan New Zealand.

"Pelan penerbangan tersebut adalah menuju ke Kuala Lumpurr tetapi menerusi laluan yang sedikit berbeza berbanding yang dijangka oleh juruterbang."

Peter Clark, Ketua Regulator Penerbangan New Zealand berkata, juruterbang MAS itu telah menyedari kesilapan yang berlaku dan membetulkannya, walaupun menurutnya, beberapa penerbangan ke utara biasanya menggunakan laluan selatan untuk mengelakkan angin.

Cuaca bagaimanapun, bukanlah faktor dalam kes ini. Bagaimanapun menurut Clark, mereka sedang berusaha mengenalpasti kesilapan yang membuatkan pesawat itu terbang ke arah bertentangan berbanding laluan sepatutnya.

"Juruterbang telah melakukan tugas yang cemerlang apabila menyedari keadaan itu, mempersoalkannya dan tidak semata-mata mengikut secara membuta tuli dan akhirnya hilang di Lautan Selatan," kata Clark lagi.

MAS tidak memberikan sebarang komen berhubung berita ini.

Syarikat Penerbangan Malaysia telah berhadapan dengan dua tragedi besar pada tahun 2014 iaitu kehilangan MH370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada bulan Mac dan MH17 yang telah ditembak jatuh ketika melakukan penerbangan dari Amsterdam ke Malaysia. Seramai 557 orang terbunuh dalam kedua-dua tragedi.


1 comment:

  1. Alhamdulillah....siapakah gerangan juruterbang yang bijak dan peka itu...semoga juruterbang itu kita anggap sebagai wira...kerana telah menyelamatkan keadaan...

    ReplyDelete

Pesawat MAS MH132 Auckland-Kuala Lumpur Telah Dilencongkan Laluan, Mujur Juruterbang Cepat Sedar

Sunday 27 December 2015 ·


Sebuah pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terbang dari Auckland, New Zealand telah bergerak ke laluan di selatan walaupun juruterbang menghalakan pesawat itu ke laluan utara semasa penerbangan Hari Krismas.

The MalayMail melaporkan, juruterbang pesawat MH132 itu menyedari pesawat Airbus A330 itu mengikut laluan lain tidak lama selepas berlepas dan segera menghubungi pengawal udara Auckland Oceanic.

Siasatan mendapati laluan ke selatan tersebut telah dikunci untuk penerbangan-penerbangan dalam New Zealand dan Pasifik Selatan dan secara tidak sengaja telah mengunci penerbangan MAS itu.

Pihak berkuasa penerbangan New Zealand dilaporkan sedang bekerjasama dengan MAS untuk mengenalpasti bagaimana laluan penerbangan tersebut telah dilog kepada pesawat berkenaan.

MAS teah kehilangan dua pesawat dalam tragedi udara pada tahun 2014.

"Kami mempunyai pasukan penyiasat dalaman yang sedang menyiasatnya," kata jurucakap pihak berkuasa penerbangan New Zealand.

"Pelan penerbangan tersebut adalah menuju ke Kuala Lumpurr tetapi menerusi laluan yang sedikit berbeza berbanding yang dijangka oleh juruterbang."

Peter Clark, Ketua Regulator Penerbangan New Zealand berkata, juruterbang MAS itu telah menyedari kesilapan yang berlaku dan membetulkannya, walaupun menurutnya, beberapa penerbangan ke utara biasanya menggunakan laluan selatan untuk mengelakkan angin.

Cuaca bagaimanapun, bukanlah faktor dalam kes ini. Bagaimanapun menurut Clark, mereka sedang berusaha mengenalpasti kesilapan yang membuatkan pesawat itu terbang ke arah bertentangan berbanding laluan sepatutnya.

"Juruterbang telah melakukan tugas yang cemerlang apabila menyedari keadaan itu, mempersoalkannya dan tidak semata-mata mengikut secara membuta tuli dan akhirnya hilang di Lautan Selatan," kata Clark lagi.

MAS tidak memberikan sebarang komen berhubung berita ini.

Syarikat Penerbangan Malaysia telah berhadapan dengan dua tragedi besar pada tahun 2014 iaitu kehilangan MH370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada bulan Mac dan MH17 yang telah ditembak jatuh ketika melakukan penerbangan dari Amsterdam ke Malaysia. Seramai 557 orang terbunuh dalam kedua-dua tragedi.


1 comments:

Anonymous said...
29 December 2015 at 11:46  

Alhamdulillah....siapakah gerangan juruterbang yang bijak dan peka itu...semoga juruterbang itu kita anggap sebagai wira...kerana telah menyelamatkan keadaan...

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks