TUAN IBRAHIM TUAN MAN Perkecilkan Usaha Kerjasama UMNO-PAS, NIK ABDUH Pula Alu-Alukan Dan Kata SEDIA BANTU UMNO

Monday 14 December 2015


Umno bukanlah satu-satunya anasir yang merosakkan negara, malah selain dari parti itu, masih terdapat banyak anasir lain yang merosakkan negara, kata Pemuda Pas.

Menurut Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, menerusi kerjasama antara Pas dan Umno, partinya boleh membantu Umno untuk menghapuskan anasir yang boleh merosakkan masa depan negara.

"Saya tak kata Umno itu bukan anasir. ‎Tetapi selain Umno, masih banyak lagi anasir lain. Kita tahu Umno adalah parti memerintah kerajaan, kita boleh bantu Umno hapuskan anasir yang boleh rosakkan negara," katanya menerusi sidang media di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kerjasama itu merupakan kerjasama politik.

‎Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh Pas hanyalah demi kepentingan menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi rakyat.

"Bergabung atau kerjasama politik sehingga membentuk sebuah pakatan seperti Pakatan Rakyat adalah tidak benar sama sekali.

"Pas akan kekal sebagai pembangkang dan Umno sebagai kerajaan. Hari ini Umno berkuasa, kita tolong Umno untuk bawa Islam dalam masyarakat. Kalau esok Pas diberi mandat untuk ambil alih kerajaan, kita akan bawa Islam itu sendiri ke dalam masyarakat," katanya lagi. (SUMBER)


1 comment:

  1. Jangan mimpilah PAS....kau nak laksanakan hudud pun UMNO yang sokong ..ni kau nak bertanding sorang sorang.....berlagak sombong nampak....kau ingat kat Malaysia ni semua orang Islam je ke....Dap dah tendang kau ..Ahli yang knq reject dah buat parti baru ..takat PKR ..mreka tu talam dua muka.....so. Siapa yang tinggal nak bantu kamu buat hudud kalau tak UMNO....kami orang UMNO tak pernah tolok hudud..tapi tolonglah ....kalau kita bansa Melayu dan beragama Islam tak kuat tak ada kuasa dalam parlimen macam mana nak buat hudud.itu pun tak faham ke....sebab tu kita perlu ada kerjasama....bila dah kuat agama lain bangsa lain tak boleh buat apa dah....kena duduk diam2. Contohnya Brunei dan Arab Saudi.ada faham.....

    ReplyDelete

TUAN IBRAHIM TUAN MAN Perkecilkan Usaha Kerjasama UMNO-PAS, NIK ABDUH Pula Alu-Alukan Dan Kata SEDIA BANTU UMNO

Monday 14 December 2015 ·


Umno bukanlah satu-satunya anasir yang merosakkan negara, malah selain dari parti itu, masih terdapat banyak anasir lain yang merosakkan negara, kata Pemuda Pas.

Menurut Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, menerusi kerjasama antara Pas dan Umno, partinya boleh membantu Umno untuk menghapuskan anasir yang boleh merosakkan masa depan negara.

"Saya tak kata Umno itu bukan anasir. ‎Tetapi selain Umno, masih banyak lagi anasir lain. Kita tahu Umno adalah parti memerintah kerajaan, kita boleh bantu Umno hapuskan anasir yang boleh rosakkan negara," katanya menerusi sidang media di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kerjasama itu merupakan kerjasama politik.

‎Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh Pas hanyalah demi kepentingan menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi rakyat.

"Bergabung atau kerjasama politik sehingga membentuk sebuah pakatan seperti Pakatan Rakyat adalah tidak benar sama sekali.

"Pas akan kekal sebagai pembangkang dan Umno sebagai kerajaan. Hari ini Umno berkuasa, kita tolong Umno untuk bawa Islam dalam masyarakat. Kalau esok Pas diberi mandat untuk ambil alih kerajaan, kita akan bawa Islam itu sendiri ke dalam masyarakat," katanya lagi. (SUMBER)


1 comments:

Anonymous said...
15 December 2015 at 11:59  

Jangan mimpilah PAS....kau nak laksanakan hudud pun UMNO yang sokong ..ni kau nak bertanding sorang sorang.....berlagak sombong nampak....kau ingat kat Malaysia ni semua orang Islam je ke....Dap dah tendang kau ..Ahli yang knq reject dah buat parti baru ..takat PKR ..mreka tu talam dua muka.....so. Siapa yang tinggal nak bantu kamu buat hudud kalau tak UMNO....kami orang UMNO tak pernah tolok hudud..tapi tolonglah ....kalau kita bansa Melayu dan beragama Islam tak kuat tak ada kuasa dalam parlimen macam mana nak buat hudud.itu pun tak faham ke....sebab tu kita perlu ada kerjasama....bila dah kuat agama lain bangsa lain tak boleh buat apa dah....kena duduk diam2. Contohnya Brunei dan Arab Saudi.ada faham.....

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks