MAHATHIR KELUAR UMNO DAN PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK BARU BERTERASKAN MAHATHIR!!

Monday 29 February 2016


Berita tentang keluarnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir langsung tidak menggemparkan, walaupun ada sebilangan 400 orang Ketua-Ketua Cawangan khabarnya akan turut keluar UMNO mengikuti jejak Mahathir.

Kalau melihat kepada berita yang sedang digembar-gemburkan oleh pro-Tun, ternyata negara sedang dalam keadaan huru-hara kerana tindakan Tun Dr. Mahathir keluar UMNO. Bagaimanapun, realitinya, tiada sesiapa pun yang hairan dengan tingkah laku serta gelagat politik Tun Dr. Mahathir yang masih berasakan Malaysia adalah haknya dan semua orang perlu mengikut kehendaknya.

Pengumuman sebelum jam 5:00 petang tadi ternyata langsung tidak disambut sepertimana yang diingini oleh puak-puak pro-Tun. Namun sesuatu yang lebih 'menarik' telah disahkan oleh pihak-pihak tertentu dari dalam kelompok puak pro-Tun sendiri.

SEBUAH PARTI BARU AKAN DITUBUHKAN sebagai medium untuk melawan UMNO.

Pertemuan beberapa orang pemimpin pembangkang beberapa jam sebelum Tun Dr. Mahathir membuat pengumuman keluar dari UMNO mengesahkan khabar-khabar angin sebelum ini yang Tun Dr. Mahathir akan mencipta sebuah parti politik baru untuk melawan UMNO dan menggulingkan Najib Abdul Razak.

Kalau mengikut sejarah, Tun Mahathir pernah beberapa kali bercakap di pentas PAS malahan DAP ketika dia berada di luar UMNO pada zaman Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi. Bagaimanapun, Tun Mahathir tidak pernah keluar dari UMNO untuk menyertai parti lain terutama selepas apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putraja Al-Haj, Tun Hussein Onn dan beberapa ramai pemimpin UMNO yang jauh lebih berpengaruh pada tahun 1988 yang menyaksikan UMNO lama diharamkan dan UMNO Baru ditubuhkan bagi memberi kuasa penuh kepada Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden parti itu.

Netizen sudah pun memperkatakan tentang penubuhan parti baru oleh Tun Dr. Mahathir dengan menarik penyertaan anggota-anggotanya yang masih setia kepadanya, termasuklah Muhyiddin Yassin dan anaknya, Mukhriz Mahathir, walaupun terdapat berita yang mengatakan, mereka tidak akan keluar dari UMNO.

Sebelum ini ada laporan yang mengatakan, ada pertemuan antara Tun Dr. Mahathir dengan para pemimpin pembangkang bagi mewujudkan sebuah unit pembangkang yang akan menggulingkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN pada PRU akan datang. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak disahkan walaupun beberapa gambar pertemuan antara para pemimpin tersebut dengan Mahathir mula dipaparkan dan didedahkan.

Mampukah Tun Dr. Mahathir menggembelengkan kesemua para pemimpin pembangkang dalam satu barisan demi menjatuhkan Najib Abdul Razak dan menyelamatkan taukeh-taukeh kroni yang kehilangan banyak kepentingan semenjak Najib mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Anwar Ibrahim pernah melakukannya... GAGAL!

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang banyak jasa kepada negara ini juga.... GAGAL!

Mahathir Mohamed yang seringkali digambarkan sebagai tidak pernah gagal... SETAKAT INI masih gagal!!!


3 comments:

  1. Mahathir buat2 lupa. Inilah orang yg memaki hamun dia semasa jadi PM. Yang lain tu pacat, tunggu peluang hisap darah. Bila kenyang menyorok bawah daun kering.

    ReplyDelete
  2. Tindakan Tun Mahathir tepat.Cuma jgn diperlekehkan.Jgn dilihat dgn mata yg negatif perkembangan ini.Tun mampu menggerakkan jenteranya utk melemahkan kekuatan UMNO.Jgn kata Tun tak ada sokongan.Kita nanti saja perkembangan seterusnya.

    ReplyDelete
  3. Tun bersama talibarut ajaran syiah dan pluralism agama.....perjuangan bersama talibarut pluràlist dan syiah akan ditentang habis2an

    ReplyDelete

MAHATHIR KELUAR UMNO DAN PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK BARU BERTERASKAN MAHATHIR!!

Monday 29 February 2016 ·


Berita tentang keluarnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir langsung tidak menggemparkan, walaupun ada sebilangan 400 orang Ketua-Ketua Cawangan khabarnya akan turut keluar UMNO mengikuti jejak Mahathir.

Kalau melihat kepada berita yang sedang digembar-gemburkan oleh pro-Tun, ternyata negara sedang dalam keadaan huru-hara kerana tindakan Tun Dr. Mahathir keluar UMNO. Bagaimanapun, realitinya, tiada sesiapa pun yang hairan dengan tingkah laku serta gelagat politik Tun Dr. Mahathir yang masih berasakan Malaysia adalah haknya dan semua orang perlu mengikut kehendaknya.

Pengumuman sebelum jam 5:00 petang tadi ternyata langsung tidak disambut sepertimana yang diingini oleh puak-puak pro-Tun. Namun sesuatu yang lebih 'menarik' telah disahkan oleh pihak-pihak tertentu dari dalam kelompok puak pro-Tun sendiri.

SEBUAH PARTI BARU AKAN DITUBUHKAN sebagai medium untuk melawan UMNO.

Pertemuan beberapa orang pemimpin pembangkang beberapa jam sebelum Tun Dr. Mahathir membuat pengumuman keluar dari UMNO mengesahkan khabar-khabar angin sebelum ini yang Tun Dr. Mahathir akan mencipta sebuah parti politik baru untuk melawan UMNO dan menggulingkan Najib Abdul Razak.

Kalau mengikut sejarah, Tun Mahathir pernah beberapa kali bercakap di pentas PAS malahan DAP ketika dia berada di luar UMNO pada zaman Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi. Bagaimanapun, Tun Mahathir tidak pernah keluar dari UMNO untuk menyertai parti lain terutama selepas apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putraja Al-Haj, Tun Hussein Onn dan beberapa ramai pemimpin UMNO yang jauh lebih berpengaruh pada tahun 1988 yang menyaksikan UMNO lama diharamkan dan UMNO Baru ditubuhkan bagi memberi kuasa penuh kepada Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden parti itu.

Netizen sudah pun memperkatakan tentang penubuhan parti baru oleh Tun Dr. Mahathir dengan menarik penyertaan anggota-anggotanya yang masih setia kepadanya, termasuklah Muhyiddin Yassin dan anaknya, Mukhriz Mahathir, walaupun terdapat berita yang mengatakan, mereka tidak akan keluar dari UMNO.

Sebelum ini ada laporan yang mengatakan, ada pertemuan antara Tun Dr. Mahathir dengan para pemimpin pembangkang bagi mewujudkan sebuah unit pembangkang yang akan menggulingkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN pada PRU akan datang. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak disahkan walaupun beberapa gambar pertemuan antara para pemimpin tersebut dengan Mahathir mula dipaparkan dan didedahkan.

Mampukah Tun Dr. Mahathir menggembelengkan kesemua para pemimpin pembangkang dalam satu barisan demi menjatuhkan Najib Abdul Razak dan menyelamatkan taukeh-taukeh kroni yang kehilangan banyak kepentingan semenjak Najib mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Anwar Ibrahim pernah melakukannya... GAGAL!

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang banyak jasa kepada negara ini juga.... GAGAL!

Mahathir Mohamed yang seringkali digambarkan sebagai tidak pernah gagal... SETAKAT INI masih gagal!!!


3 comments:

Anonymous said...
1 March 2016 at 07:55  

Mahathir buat2 lupa. Inilah orang yg memaki hamun dia semasa jadi PM. Yang lain tu pacat, tunggu peluang hisap darah. Bila kenyang menyorok bawah daun kering.

Anonymous said...
1 March 2016 at 08:34  

Tindakan Tun Mahathir tepat.Cuma jgn diperlekehkan.Jgn dilihat dgn mata yg negatif perkembangan ini.Tun mampu menggerakkan jenteranya utk melemahkan kekuatan UMNO.Jgn kata Tun tak ada sokongan.Kita nanti saja perkembangan seterusnya.

Anonymous said...
1 March 2016 at 11:24  

Tun bersama talibarut ajaran syiah dan pluralism agama.....perjuangan bersama talibarut pluràlist dan syiah akan ditentang habis2an

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks