Alasan Guan Eng Paling Win... Rumah Lama dan Tidak Ada Kolam Renang, Bolehkan Dia Beli Banglo Separuh Harga

Thursday 17 March 2016


Sudah dua hari, apabila nama dan pendedahan tentang penyelewengannya dibuat, Lim Guan Eng tidak berani langsung masuk Parlimen dan menjawab semua tuduhan ke atasnya. Sebaliknya mengarahkan Ahli-Ahli Parlimen DAP yang diketahui merupakan konco-konconya seperti Anthony Loke dan Teresa Kok untuk mengganggu ucapan Ahli-Ahli Parlimen BN yang membuat pendedahan ke atas dirinya.

Hari ini, pendedahan tentang pembelian sebuah rumah banglo di kawasan utama di bahagian pulau dan kaitan dengan penjual rumah tersebut dengan sebuah syarikat yang memajukan hartanah anugerah Kerajaan Negeri Pulau di Jalan Zainal Abidin.

Seperti juga semalam apabila pendedahan tentang pembohongan Lim Guan Eng membabitkan harga rumah mampu milik RM400,000 yang katanya telah digazetkan oleh Kerajaan Persekutuan, padahal harga tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, gangguan daripada Ahli-Ahli Parlimen DAP dilihat sebagai cubaan menutup pendedahan tersebut,

Anak Lim Kit Siang yang cukup terkenal sebagai kaki bohong dan seringkali menyalahkan orang lain, nampaknya mengulangi tabiat lamanya. Sekali lagi dia menuduh Barisan Nasional sengaja menjadikan dia sebagai mangsa serangan.

Lim Guan Eng telah dituduh bersama-sama dengan bukti yang dia telah membeli sebidang tanah seluas 10,150 kaki persegi dengan sebuah rumah banglo di atasnya. Sebahagian besar daripada rumah yang didakwa oleh Lim Guan Eng berusia lebih 30 tahun itu, telah diubahsuai secara menyeluruh. Sekaligus menimbulkan persoalan bagaimanakah tanah seluas itu hanya berharga RM275 kaki persegi di sebuah kawasan utama di Pulau Pinang, sedangkan rumah Semi-D berhampiran dengan keluasan tanah yang lebih kecil pula, dinilai berharga lebih RM4 juta?

Paling kelakar ialah apabila Lim Guan Eng menyatakan rumah tersebut berharga murah kerana rumah itu tidak mempunyai kolam renang. Malah untuk menguatkan hujahnya, dikatakan pula rumah tersebut sudah berusia tua, jadi, murahlah harganya.

HAHAHAHAHA...

Katanya, rumah di Jalan Pinhorn itu hanyalah sebuah lot banglo biasa yang sudah berusia 30 tahun.


"Ia bukanlah sebuah mansion dan tidak mempunyai kolam renang," katanya. "Saya akan memberikan jawapan tentang perkara ini dalam sidang akhbar esok."

Sidang akhbar di mana hanya dia yang bercakap tetapi tidak berani menjanjikan penjelasan di Dewan Rakyat di mana perkara ini dibangkitkan.

Sebelum itu, menerusi Twitter, Lim menulis, "Lebih banyak pembohongan untuk mengenakan saya oleh BN. Beli rumah berusia 40 tahun menerusi subsale bukannya menerusi pemaju. Akan jawab esok. ("More lies by UMNO 2 equate me with BN. Bought 40yr old house through subsale not thro developer will reply 2mrw.")

Ahli Parlimen BN dari Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya mendakwa di Dewan Rakyat hari ini yang Lim Guan Eng telah membeli rumah yang sebelumnya dia menyewa pada harga luar biasa rendah.

Shabudin berkata, rumah yang terletak di George Town itu berharga RM2.5 juta pada tahun 2008 dan telah menjalani ubahsuai menyeluruh tetapi dijual kepada Lim Guan Eng pada tahun lepas hanya pada harga RM2.8 juta.

Menurut Shabudin, ia adalah sesuatu yang aneh, memandangkan harga hartanah di kawasan tersebut jauh lebih tinggi berbanding rumah Lim Guan Eng.

3 comments:

  1. Dia yang corrupt, nak salahkan BN lagi.
    Bekas MB Selangor dijatuhkan penjara 12 bulan sebab benda serupa, Lim Guan Eng macam mana?
    Kes DAP dengan ROS pun, apa cerita?

    ReplyDelete
  2. Inilah berkat doa makcik pakcik kakak abang yang rumahnya diroboh,tanahnya dirampas,gerai untuk mencari rezeki keluarga diroboh....ingatlah doa orang teraniaya tiada hijab dengan Allah...terus berdoa semoga nasib kamu akan terbela dan guang eng akan terduduk tersungkur...ingat orang Islam senjatanya adalah doa

    ReplyDelete
  3. tongkang lge beli murah sewaktu ada sale. masa tu diskaun gila babi.

    ReplyDelete

Alasan Guan Eng Paling Win... Rumah Lama dan Tidak Ada Kolam Renang, Bolehkan Dia Beli Banglo Separuh Harga

Thursday 17 March 2016 ·


Sudah dua hari, apabila nama dan pendedahan tentang penyelewengannya dibuat, Lim Guan Eng tidak berani langsung masuk Parlimen dan menjawab semua tuduhan ke atasnya. Sebaliknya mengarahkan Ahli-Ahli Parlimen DAP yang diketahui merupakan konco-konconya seperti Anthony Loke dan Teresa Kok untuk mengganggu ucapan Ahli-Ahli Parlimen BN yang membuat pendedahan ke atas dirinya.

Hari ini, pendedahan tentang pembelian sebuah rumah banglo di kawasan utama di bahagian pulau dan kaitan dengan penjual rumah tersebut dengan sebuah syarikat yang memajukan hartanah anugerah Kerajaan Negeri Pulau di Jalan Zainal Abidin.

Seperti juga semalam apabila pendedahan tentang pembohongan Lim Guan Eng membabitkan harga rumah mampu milik RM400,000 yang katanya telah digazetkan oleh Kerajaan Persekutuan, padahal harga tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, gangguan daripada Ahli-Ahli Parlimen DAP dilihat sebagai cubaan menutup pendedahan tersebut,

Anak Lim Kit Siang yang cukup terkenal sebagai kaki bohong dan seringkali menyalahkan orang lain, nampaknya mengulangi tabiat lamanya. Sekali lagi dia menuduh Barisan Nasional sengaja menjadikan dia sebagai mangsa serangan.

Lim Guan Eng telah dituduh bersama-sama dengan bukti yang dia telah membeli sebidang tanah seluas 10,150 kaki persegi dengan sebuah rumah banglo di atasnya. Sebahagian besar daripada rumah yang didakwa oleh Lim Guan Eng berusia lebih 30 tahun itu, telah diubahsuai secara menyeluruh. Sekaligus menimbulkan persoalan bagaimanakah tanah seluas itu hanya berharga RM275 kaki persegi di sebuah kawasan utama di Pulau Pinang, sedangkan rumah Semi-D berhampiran dengan keluasan tanah yang lebih kecil pula, dinilai berharga lebih RM4 juta?

Paling kelakar ialah apabila Lim Guan Eng menyatakan rumah tersebut berharga murah kerana rumah itu tidak mempunyai kolam renang. Malah untuk menguatkan hujahnya, dikatakan pula rumah tersebut sudah berusia tua, jadi, murahlah harganya.

HAHAHAHAHA...

Katanya, rumah di Jalan Pinhorn itu hanyalah sebuah lot banglo biasa yang sudah berusia 30 tahun.


"Ia bukanlah sebuah mansion dan tidak mempunyai kolam renang," katanya. "Saya akan memberikan jawapan tentang perkara ini dalam sidang akhbar esok."

Sidang akhbar di mana hanya dia yang bercakap tetapi tidak berani menjanjikan penjelasan di Dewan Rakyat di mana perkara ini dibangkitkan.

Sebelum itu, menerusi Twitter, Lim menulis, "Lebih banyak pembohongan untuk mengenakan saya oleh BN. Beli rumah berusia 40 tahun menerusi subsale bukannya menerusi pemaju. Akan jawab esok. ("More lies by UMNO 2 equate me with BN. Bought 40yr old house through subsale not thro developer will reply 2mrw.")

Ahli Parlimen BN dari Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya mendakwa di Dewan Rakyat hari ini yang Lim Guan Eng telah membeli rumah yang sebelumnya dia menyewa pada harga luar biasa rendah.

Shabudin berkata, rumah yang terletak di George Town itu berharga RM2.5 juta pada tahun 2008 dan telah menjalani ubahsuai menyeluruh tetapi dijual kepada Lim Guan Eng pada tahun lepas hanya pada harga RM2.8 juta.

Menurut Shabudin, ia adalah sesuatu yang aneh, memandangkan harga hartanah di kawasan tersebut jauh lebih tinggi berbanding rumah Lim Guan Eng.

3 comments:

Anonymous said...
17 March 2016 at 21:15  

Dia yang corrupt, nak salahkan BN lagi.
Bekas MB Selangor dijatuhkan penjara 12 bulan sebab benda serupa, Lim Guan Eng macam mana?
Kes DAP dengan ROS pun, apa cerita?

Anonymous said...
18 March 2016 at 06:30  

Inilah berkat doa makcik pakcik kakak abang yang rumahnya diroboh,tanahnya dirampas,gerai untuk mencari rezeki keluarga diroboh....ingatlah doa orang teraniaya tiada hijab dengan Allah...terus berdoa semoga nasib kamu akan terbela dan guang eng akan terduduk tersungkur...ingat orang Islam senjatanya adalah doa

Anonymous said...
19 March 2016 at 00:21  

tongkang lge beli murah sewaktu ada sale. masa tu diskaun gila babi.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks