HISHAMUDDIN TAK GENTAR ATAU TAKUT DENGAN ANCAMAN CULIK-BUNUH KUMPULAN MILITAN DAESH!

Tuesday 8 March 2016

Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussein berkata, dia tidak takut atau gentar dengan cubaan kumpulan militan Daesh yang dilaporkan cuba menculiknya pada tahun lepas. 

Bagaimanapun, menurutnya, ancaman yang dibuat oleh kumpulan militan tersebut tidak boleh dipandang ringan. 

"Saya tidak takut, (mereka bukan mahu menculik saya sebagai individu, tetapi jawatan (Menteri Pertahanan) yang saya sandang. Walau apa pun, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan Perdana Menteri Najib Razak serta lain-lain anggota Kabinet," katanya kepada para wartawan selepas melakukan lawatan di Kawasan Perumahan Keluarga Angkatan Tentera di pangkalan TLDM hari ini. 

Hishamuddin memberi reaksi kepada pendedahan Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat bahawa pasukan keselamatan negara telah berjaya menyekat dan menghalang serta menghapuskan beberapa cubaan oleh kumpulan militan Daesh untuk menculik pemimpin-pemimpin negara, termasuklah Perdana Menteri.

Menurut Zahid, selain Perdana Menteri, dia sendiri dan Hishamuddin turut menjadi sasaran.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, selain daripada plot menculik mereka, kumpulan tersebut merancanga untuk menyerang tempat-tempat ibadah dan tempat-tempat awam, merompak senjata api daripada kem-kem tentera tersebut melakukan rompakan untuk membiayai aktiviti mereka. 

Hishamuddin memberi jaminan bahawa semua kem-kem tentera, terutama sekali yang mempunyai gudang-gudang senjata api, akan dikatakan lebih rapi bagi mengelakkan dicerobohi oleh elemen-elemen militan.   

Menurutnya, Kementerian Pertahanan juga bekerja rapat dengan pasukan keselamatan daripada beberapa buah negara, terutama sekali dalam perkongsian maklumat perisikan, bagi memastikan keselamatan di negara masing-masing. 

– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

HISHAMUDDIN TAK GENTAR ATAU TAKUT DENGAN ANCAMAN CULIK-BUNUH KUMPULAN MILITAN DAESH!

Tuesday 8 March 2016 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks