NURUL IZZAH KATA DIA DISIASAT KERANA PERKARA REMEH, TAPI PERBUATAN REMEH YANG DIA BUAT, BOLEH PULA?

Tuesday 8 March 2016

PETALING JAYA, 7 Mac ― Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar disiasat polis selepas mengedar semula lakaran Datuk Seri Najib Razak sebagai “badut bertaring” di Instagram.

Peguam ahli parlimen itu Michelle Yesudas menyatakan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim disoal berkaitan imej pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza, yang memberikan keterangan polis minggu lepas.

Pada 31 Januari lalu, di beberapa media sosial, Fahmi melukis imej muka perdana menteri dalam hitam putih kecuali bibirnya dan hidungnya berwarna merah ala badut.

Foto Najib yang berkaca mata dicat “seperti bertaring” dengan tulisan: “Dalam negara yang penuh dengan korupsi, kita semua penghasut.”

Ditemui di luar ibu pejabat polis di sini, Nurul Izzah menyifatkan siasatan itu “perkara remeh”, sambil menggesa pihak berkuasa tidak menghabiskan masa meneruskan siasatan kes itu.

“Tindakan terhadap kami, saya percaya hanya untuk menakutkan, [untuk] menapis sendiri khususnya dalam keadaan kedudukan Najib dalam Umno,” katanya.

Michelle menjelaskan anak guamnya tidak menjawab sebarang soalan ketika diminta memberikan keterangan.

Pasukan polis daripada ibu pejabat persekutuan Bukit Aman menyiasat Nurul Izzah mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Seksyen 504 menyentuh kesalahan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamaman, sementara Seksyen 504 pula berkaitan penyalahgunaan kemudahan rangkaian Internet.

0 comments:

Post a Comment

NURUL IZZAH KATA DIA DISIASAT KERANA PERKARA REMEH, TAPI PERBUATAN REMEH YANG DIA BUAT, BOLEH PULA?

Tuesday 8 March 2016 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks