PANAS! GUAN ENG DAH BERKIRA-KIRA NAK LARI KE HAINAN, CHINA ATAS ALASAN LAWATAN RASMI!!!!

Monday 21 March 2016

Hawa dan suhu begitu panas, malah cubaan untuk mengugut, tunjuk samseng bahkan menipu tegak-tegak, semuanya dah tak jalan. Satu-satunya cara dan seperti diduga, Lim Guan Eng memilih untuk melarikan diri ke luar negara, khususnya China sedangkan ini adalah minggu penggulungan Parlimen.

Kesempatan yang ada, tidak diambil oleh Lim Guan Eng untuk menjawab semua tuduhan di Parlimen memandangkan itulah tempat pertama isu ini ditimbulkan. Mengapa? Takut terkangkang diserbu pihak lawan dengan bukti-bukti yang mematikan cakap-cakap retoriknya?

Atau semasa dia sibuk menyalak dan menyalahkan UMNO, ada Ahli Parlimen UMNO yang duk taram lama dah dengan dia, membalas balik dan dia akan dimalukan di hadapan Ahli-Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAN yang menganggapnya sebagai MAHADEWA yang tidak pernah bersalah. 

Menurut salah seorang Setiausaha Politiknya daripada sekian ramai SETPOL Guan Eng yang lain, Wong Hon Wai, Lim Guan Eng perlu membuat lawatan rasmi ke Hainan, pada minggu ini.

"Saya akan menemani Ketua Menteri untuk lawatan secara rasmi ke Hainan minggu ini. Ketua Menteri hanya boleh memberikan keterangan beramaknya, sekiranya perlu, pada minggu hadapan," katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Wong berkata, Lim Guan Eng telah menggesa SPRM agar mempercepatkan siasatan ke atas pembelian banglonya pada tahun 2015 bagi membuktikan pentadbirannya adalah bersih.

"Ketua Menteri akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan SPRM dan telah meminta agar siasatan dipercepatkan untuk membuktikan, tuduhan rasuah adalah palsu dan tidak berasas. Tuduhan ini merupakan sebahagian daripada serangan politik dan pembunuhan karakter," katanya. 

Sementara itu, sebuah NGO telah mendesak agar Lim Guan Eng bercuti sekarang dan pergi ke SPRM untuk disiasat secara sukarela memandangkan isu pembelian banglo di bawah harga pasaran merupakan satu kesalahan bagi penjawat awam. 

Pengerusi G-Pem, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata, Guan Eng boleh kembali memegang jawatan Ketua Menteri sebaik-baik sahaja dia bersih daripada tuduhan tersebut.

"Penting bagi Guan Eng untuk bercuti memandakan kontroversi banglonya melibatkan kepentingan awam dan ketelusan siasatan. Guan Eng perlu mengambil cuti bagi mengelakkan sebarang conflict of interest," kata Rizuad sambil berharap SPRM akan menyiasat kes tersebut seberapa segera dan seperinci mungkin. 

0 comments:

Post a Comment

PANAS! GUAN ENG DAH BERKIRA-KIRA NAK LARI KE HAINAN, CHINA ATAS ALASAN LAWATAN RASMI!!!!

Monday 21 March 2016 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks