SKANDAL DAN PENYELEWENGAN LIM GUAN ENG TERUS TERDEDAH SATU PERSATU

Monday 21 March 2016

Perhatikan bagaimana Lim Guan Eng melakukan pembohongan dengan berkata, dia langsung tidak tahu bahawa tanah yang sepatutnya dimajukan untuk PPRT tetapi telah dijual kepada syarikat kroni. Juga baca tentang kebodohan alasannya mengapa dia membatalkan projek PPRT itu untuk digantikan dengan klinik pergigian dan hotel mewah.

Satu perkara yang paling menarik tentang kebodohan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng dan kronisme yang diamalkannya apabila memberikan alasan terbangang dalam isu menolak tawaran tunai RM22 juta sebaliknya menerima RM11.5 juta daripada KLIDC yang mempunyai kaitan dengan Phang Li Koon menyebabkan Kerajaan Negeri kehilangan hasil sebanyak RM11 juta.

Lucunya alasan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang pada sidang akhbar Jumaat mendakwa konon tanah di Taman Manggis tidak sesuai dibangunkan PPR kerana keluasannya kurang 0.8 hektar adalah satu pembohongan.

Ia didedahkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta mendakwa alasan bodoh Guan Eng itu turut dimaklumkan oleh pegawainya di kementerian tersebut.

Pada sidang media tanpa sesi soal jawab wartawan di Komtar, Guan Eng mencetuskan persoalan apabila dakwa tanah berkenaan terpaksa dijual kepada pihak swasta untuk projek mewah sekali gus tidak dibangunkan PPR.

Sebaliknya Abdul Rahman menjelaskan, fasa pertama PPR itu memang telah siap dibina serta diduduki dan pembinaan seterusnya hanya melibatkan sebuah lagi blok tambahan kepada bangunan flat yang sedia ada.

“Kalau dicampur fasa awal dan fasa kedua, jumlah keseluruhan keluasan tanah (kawasan PPR) itu melebihi dua ekar, lebih daripada memenuhi syarat projek PPR, cuma belum sempat buat fasa dua selepas siap fasa pertama.

“Justeru apabila fasa dua memasukkan pelan pembangunan yang sama, perunding yang sama, ia hanya perlu bina satu blok tambahan lagi, malah tidak tertakluk pun kepada peraturan minimum mesti berkeluasan dua ekar.

“Baki tanah yang ada sekarang dan dijadikan kawasan lapang tersebut sebenarnya adalah sebahagian daripada tanah asal yang memang luas serta sudah tentu bahagian yang tinggal itu kurang daripada dua ekar.

“Tetapi, jika pihak kementerian saya mahu membina flat PPR di sana, ia masih boleh dilakukan kerana hanya membabitkan satu lagi blok baharu sahaja,” tegas Abdul Rahman pada satu sidang akhbar di Pulau Pinang.

Agensi berita tempatan Bernama melaporkan beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian berkelompok mesyuarat cawangan parti dalam UMNO Bahagian Batu Kawan di Daerah Seberang Perai Tengah.

Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO malah berkata, Guan Eng tidak patut memberi alasan yang beliau konon tidak tahu-menahu bahawa tanah strategik berkenaan sudah lama diperuntukkan khas untuk PPR.

Ini kerana perkara itu ada direkodkan dalam hansard atau dokumen rasmi kenyataan ucapan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2012 lalu yang malah ia disebut sendiri oleh Guan Eng.

“Saya ada bukti… dalam hansard itu sudah jelas tercatat, apabila beliau menjawab soalan wakil rakyat dalam sidang DUN, tanah itu adalah untuk PPR,” kata Abdul Rahman yang kesal dengan kenyataan putar belit Guan Eng.

Pemimpin DAP tersebut dalam sidang akhbar pada 18 Mac bagi menjelaskan isu banglo murah miliknya, berkata pihak kerajaan negeri langsung tidak tahu bahawa tanah Taman Manggis itu ialah untuk projek rumah kos rendah.

Sebaliknya kata Guan Eng, tanah tersebut kononnya bagi dimajukan untuk menggalakkan pelancongan perubatan, kerajaan negeri memutuskan untuk menawarkan tanah itu kepada sebuah hospital pakar.

0 comments:

Post a Comment

SKANDAL DAN PENYELEWENGAN LIM GUAN ENG TERUS TERDEDAH SATU PERSATU

Monday 21 March 2016 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks