Akhirnya Tun Mahathir Jadi Penasihat Kehormat DAP, Bergandingan Dengan Lim Kit Siang

Monday 11 April 2016



Pepatah Melayu ada mengatakan, 'PASANG LUKAH DI PERGENTINGAN'...

Begitulah nampaknya yang sedang dilakukan DAP dan Lim Guan Eng khususnya.

DAP telah berjaya memecahbelahkan PAS. Walaupun perpecahan PAS sedang diperbaiki oleh kepimpinan parti tersebut menerusi penyusunan taktikal dan teknikal dalaman, namun ancaman perpecahan masih lagi wujud, khususnya di Kelantan dan di Pusat sendiri apabila beberapa orang pemimpin PAS pro-DAP seperti Husam Musa dan Mahfuz Omar masih terus berada di dalam PAS walaupun tindak tanduk mereka seringkali melanggar arahan Presiden PAS.

Selepas kejayaan tersebut, DAP dan Lim Guan Eng kembali menumpukan perhatian kepada UMNO yang merupakan pengancam dan penghalang utama mereka untuk menguasai negara ini. DAP kelihatan berjaya dengan pelbagai isu tohmahan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri secara peribadi dan 1MDB. Isu RM2.6 bilion telah dipergunakan secara optimum walaupun pada masa yang sama, DAP langsung tidak menjawab tentang bantuan kewangan daripada Zionis Israel berjumlah RM1.2 bilion.

Namun skandal tanah Taman Manggis yang mempunyai kaitan rapat dengan skandal pembelian banglo dan hartanah oleh Lim Guan Eng, telah menyebabkan kejayaan DAP terencat. Daripada posisi menyerang, DAP terpaksa mengundur seketika dan kembali merancang taktikal yang lebih berkesan, bukan sahaja untuk menangani masalah skandal banglo yang membelenggu Lim Guan Eng, tetapi juga untuk terus melemahkan UMNO yang masih tidak bergerak secara agresif untuk memusnahkan pengaruh DAP yang terus berkembang dan melebar biarpun Lim Guan Eng dilanda masalah.


Tun Dr. Mahathir merupakan peluang keemasan yang ditunggu-tunggu oleh DAP. Kalau sebelum ini, Allahyarham Nik Abdul Aziz telah dipergunakan dengan sewenang-wenangnya sehinggakan PAS dilihat sebagai biro Melayu-Islam untuk DAP, namun pada penghujung hayat Allahyarham Nik Abdul Aziz, keadaan sudah mula bertukar.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir untuk menggulingkan Najib Abdul Razak sekaligus menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional menjadi pembangkang di negara ini buat kali pertama, benar-benar menarik minat DAP. Pun begitu, DAP tidak boleh sama sekali menunjukkan mereka amat teruja dengan faktor Tun Dr. Mahathir.

'Keahlian Bersekutu' Tun Dr. Mahathir di dalam DAP bermula apabila bekas pemimpin nombor satu Malaysia itu duduk sebaris dengan Lim Kit Siang dalam Deklarasi Mahathir-Kit Siang beberapa minggu lepas.


Laporan PAC tentang 1MDB dan RM2.6 bilion benar-benar telah memalukan Tun Dr. Mahathir walaupun pada masa yang sama, Tony Pua cuba membantunya. Ketiadaan bukti dan sebaliknya sekadar teori demi teori untuk memperkukuhkan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.

Dasar berbaik-baik yang ditunjukkan oleh DAP terutama sekali Lim Guan Eng kepada Dr. Mahathir, terutama menerusi pemberian anugerah, merupakan satu pemangkin kepada usaha-usaha terbaru dan terdesak DAP serta Lim Guan Eng sendiri untuk keluar daripada kepompong masalah yang sedang dihadapi sekarang ini.

Walaupun Mahathir menyatakan bahawa dia hanya mahu menjatuhkan Najib Abdul Razak daripada jawatan Perdana Menteri, tetapi nampaknya dalam keadaan sekarang, Mahathir sebenarnya sedang membantu DAP untuk berkuasa. Ini adalah kerana DAP tidak mungkin akan bersimpati dengan UMNO dan menjatuhkan Najib hanyalah alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka kerana mereka tahu, menjatuhkan Najib adalah dengan menjatuhkan UMNO.


Memandangkan Mahathir sudah terlalu terdesak sehingga meminta dan menjemput kedatangan kuasa-kuasa asing untuk mengalahkan Najib Abdul Razak, tidak mustahil sekiranya Lim Guan Eng dan DAP menawarkan tempat yang sangat istimewa untuk mantan Perdana Menteri itu. Terutama sekali apabila DAP berasakan pengaruh Mahathir di kalangan Melayu-Bumiputera masih kuat dan Mahathir sendiri sedang mengacah-ngacah tindakan undang-undang khususnya SOSMA dan Akta Hasutan dikenakan ke atasnya bagi meraih simpati yang lebih besar dan menaikkan sentimen kemarahan di kalangan orang ramai yang masih tidak dapat membaca ke mana hala tuju perjuangan Mahathir pada penghujung hayatnya itu.

Apa yang pasti ialah, DAP sedang meraih laba yang sangat besar. Lim Guan Eng juga pasti sedang berusaha menjadikan batang tubuh Mahathir sebagai pelindungnya daripada tindakan undang-undang kerana salahguna kuasa dan rasuah.


3 comments:

  1. sedih dengan perkembangan Tun M yang dulunya beriya iya memaki hamun kuasa luar yang nak mai ke Malaysia, bahkan sekarang dialu-alukan pula demi cita-cita politik beliau.. ternyata beliau sebelum ini sekadar meludah ke langit.. aduhai

    ReplyDelete
  2. Bravo....bravo, buat si tua sial tak sedar diri...
    Si haramjadah gila babi

    ReplyDelete
  3. Politik adalah politik. Bagi yg faham tidak akan terkejut langsung. Tetapi bagi yg tak faham akan ¥£&$#?♧¿>☆☆☆. Begitulah adanya.

    ReplyDelete

Akhirnya Tun Mahathir Jadi Penasihat Kehormat DAP, Bergandingan Dengan Lim Kit Siang

Monday 11 April 2016 ·



Pepatah Melayu ada mengatakan, 'PASANG LUKAH DI PERGENTINGAN'...

Begitulah nampaknya yang sedang dilakukan DAP dan Lim Guan Eng khususnya.

DAP telah berjaya memecahbelahkan PAS. Walaupun perpecahan PAS sedang diperbaiki oleh kepimpinan parti tersebut menerusi penyusunan taktikal dan teknikal dalaman, namun ancaman perpecahan masih lagi wujud, khususnya di Kelantan dan di Pusat sendiri apabila beberapa orang pemimpin PAS pro-DAP seperti Husam Musa dan Mahfuz Omar masih terus berada di dalam PAS walaupun tindak tanduk mereka seringkali melanggar arahan Presiden PAS.

Selepas kejayaan tersebut, DAP dan Lim Guan Eng kembali menumpukan perhatian kepada UMNO yang merupakan pengancam dan penghalang utama mereka untuk menguasai negara ini. DAP kelihatan berjaya dengan pelbagai isu tohmahan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri secara peribadi dan 1MDB. Isu RM2.6 bilion telah dipergunakan secara optimum walaupun pada masa yang sama, DAP langsung tidak menjawab tentang bantuan kewangan daripada Zionis Israel berjumlah RM1.2 bilion.

Namun skandal tanah Taman Manggis yang mempunyai kaitan rapat dengan skandal pembelian banglo dan hartanah oleh Lim Guan Eng, telah menyebabkan kejayaan DAP terencat. Daripada posisi menyerang, DAP terpaksa mengundur seketika dan kembali merancang taktikal yang lebih berkesan, bukan sahaja untuk menangani masalah skandal banglo yang membelenggu Lim Guan Eng, tetapi juga untuk terus melemahkan UMNO yang masih tidak bergerak secara agresif untuk memusnahkan pengaruh DAP yang terus berkembang dan melebar biarpun Lim Guan Eng dilanda masalah.


Tun Dr. Mahathir merupakan peluang keemasan yang ditunggu-tunggu oleh DAP. Kalau sebelum ini, Allahyarham Nik Abdul Aziz telah dipergunakan dengan sewenang-wenangnya sehinggakan PAS dilihat sebagai biro Melayu-Islam untuk DAP, namun pada penghujung hayat Allahyarham Nik Abdul Aziz, keadaan sudah mula bertukar.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir untuk menggulingkan Najib Abdul Razak sekaligus menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional menjadi pembangkang di negara ini buat kali pertama, benar-benar menarik minat DAP. Pun begitu, DAP tidak boleh sama sekali menunjukkan mereka amat teruja dengan faktor Tun Dr. Mahathir.

'Keahlian Bersekutu' Tun Dr. Mahathir di dalam DAP bermula apabila bekas pemimpin nombor satu Malaysia itu duduk sebaris dengan Lim Kit Siang dalam Deklarasi Mahathir-Kit Siang beberapa minggu lepas.


Laporan PAC tentang 1MDB dan RM2.6 bilion benar-benar telah memalukan Tun Dr. Mahathir walaupun pada masa yang sama, Tony Pua cuba membantunya. Ketiadaan bukti dan sebaliknya sekadar teori demi teori untuk memperkukuhkan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.

Dasar berbaik-baik yang ditunjukkan oleh DAP terutama sekali Lim Guan Eng kepada Dr. Mahathir, terutama menerusi pemberian anugerah, merupakan satu pemangkin kepada usaha-usaha terbaru dan terdesak DAP serta Lim Guan Eng sendiri untuk keluar daripada kepompong masalah yang sedang dihadapi sekarang ini.

Walaupun Mahathir menyatakan bahawa dia hanya mahu menjatuhkan Najib Abdul Razak daripada jawatan Perdana Menteri, tetapi nampaknya dalam keadaan sekarang, Mahathir sebenarnya sedang membantu DAP untuk berkuasa. Ini adalah kerana DAP tidak mungkin akan bersimpati dengan UMNO dan menjatuhkan Najib hanyalah alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka kerana mereka tahu, menjatuhkan Najib adalah dengan menjatuhkan UMNO.


Memandangkan Mahathir sudah terlalu terdesak sehingga meminta dan menjemput kedatangan kuasa-kuasa asing untuk mengalahkan Najib Abdul Razak, tidak mustahil sekiranya Lim Guan Eng dan DAP menawarkan tempat yang sangat istimewa untuk mantan Perdana Menteri itu. Terutama sekali apabila DAP berasakan pengaruh Mahathir di kalangan Melayu-Bumiputera masih kuat dan Mahathir sendiri sedang mengacah-ngacah tindakan undang-undang khususnya SOSMA dan Akta Hasutan dikenakan ke atasnya bagi meraih simpati yang lebih besar dan menaikkan sentimen kemarahan di kalangan orang ramai yang masih tidak dapat membaca ke mana hala tuju perjuangan Mahathir pada penghujung hayatnya itu.

Apa yang pasti ialah, DAP sedang meraih laba yang sangat besar. Lim Guan Eng juga pasti sedang berusaha menjadikan batang tubuh Mahathir sebagai pelindungnya daripada tindakan undang-undang kerana salahguna kuasa dan rasuah.


3 comments:

Anonymous said...
11 April 2016 at 07:09  

sedih dengan perkembangan Tun M yang dulunya beriya iya memaki hamun kuasa luar yang nak mai ke Malaysia, bahkan sekarang dialu-alukan pula demi cita-cita politik beliau.. ternyata beliau sebelum ini sekadar meludah ke langit.. aduhai

Anonymous said...
11 April 2016 at 07:17  

Bravo....bravo, buat si tua sial tak sedar diri...
Si haramjadah gila babi

Mr Good. said...
12 April 2016 at 00:31  

Politik adalah politik. Bagi yg faham tidak akan terkejut langsung. Tetapi bagi yg tak faham akan ¥£&$#?♧¿>☆☆☆. Begitulah adanya.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks