Selepas Mukhriz Dipecat Dari UMNO, Gerakan Tunggingkan Ahmad Bashah dan UMNO-BN Kedah Giat Dijalankan di Kedah Selatan dan Dalam Pentadbiran Negeri Sendiri

Sunday 26 June 2016



Mukhriz Mahathir telah selamat ditalkinkan dan ditahlilkan apabila dia dihalau keluar dari UMNO, walaupun bukan sehelai sepinggang atau harta-harta yang diperolehi ketika bersama-sama UMNO tidak dirampas atau disita. Bersama-samanya adalah bekas Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin yang memilih untuk taat setia kepada Dr. Mahathir berbanding kepada ketua yang telah melantiknya.

Kedua-duanya telah dikenakan tindakan tatatertib dan dipecat dari parti serta semua jawatan dalam UMNO yang disandang.

Bagi Muhyiddin Yassin, kerugian yang ditanggungnya dari segi kerjaya politik memang besar kerana setelah lama berada di dalam UMNO, mengharungi pelbagai gelombang dan badai, termasuklah ketika Dr. Mahathir berhadapan dengan bahaya penggulingan besar-besaran oleh rakyat Malaysia pada tahun 1998.

Namun bagi Mukhriz Mahathir yang kerjaya politiknya hanya bermula setelah bapanya bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2003, kerugian yang ditanggung tidaklah sebesar mana. Namun walaupun tidak besar, tetapi banyak peluang yang telah dicipta menerusi para penyokong dan pengkagum bapanya.

Ketika Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan dari Menteri Besar Kedah, berlaku sedikit pertentangan di dalam 'kabinet' Kerajaan Negeri Kedah. Beberapa orang Exco secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada Mukhriz dan menentang Ahmad Bashah Hanipah. Konflik berlangsung selama hampir dua minggu, sebelum akhirnya dilihat selesai apabila kesemua Exco yang dilantik oleh Mukhriz, dikekalkan jawatan masing-masing.

Kedah, walaupun kelihatan tenang di permukaan, tetapi konco-konco dan para penyokong Mukhriz serta Dr. Mahathir giat menjalankan tugas-tugas mengumpulkan penyokong. Sungai Petani dijadikan sebagai markas utama termasuklah oleh Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kedah. Gelagat serta komen-komen menghasut bernada kebencian terhadap Ahmad Bashah dan UMNO-Kedah serta BN Malaysia secara keseluruhannya, boleh diperhatikan dan dikesan dengan mudah di Facebook terutamanya.

Biarpun secara lahiriahnya, gerakan ini tidaklah sehebat mana pun, malahan sambutan daripada rakyat Kedah cukup daif dan miskin, namun Kedah yang dirampas daripada PAS pada tahun 2013, boleh bertukar menjadi medan perang pada PRU akan datang.

Ini adalah kerana, Menteri Besar Kedah yang baru discaj Hospital Pulau Pinang, masih terus mengekalkan saki-baki konco serta pengikut Mukhriz di dalam Kerajaan Negeri sama ada sebagai Exco mahupun sebagai petugas.

Ironinya, di sebalik peluang yang diberikan oleh Ahmad Bashah untuk mereka menumpukan perhatian kepada tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas, kesempatan itulah digunakan untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Kedah di bawah Ahmad Bashah, Ahmad Bashah dan UMNO serta Najib Abdul Razak. Mereka melihat Ahmad Bashah sebagai sasaran mudah kerana sangkaan mereka, Ahmad Bashah lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Apatah lagi, Kedah dirampas oleh UMNO-BN dari PAS pada tahun 2013 dengan hanya 6 kerusi majoriti (BN 21, PAS 9, DAP 2, PKR 4)

Pada PRU-13, UMNO-BN Kedah berjaya merampas semula kerusi-kerusi DUN penting seperti, Bandar Baru, Kulim, Tanjong Dawai, Pantai Merdeka, Kupang dan Ayer Hitam, Kunci kepada kemenangan UMNO-BN pada PRU-13 lalu adalah kerusi-kerusi DUN Kedah Selatan.

Fakta ini diketahui secara lengkap oleh Mukhriz Mahathir dan konco-konconya. Itulah sebabnya, apabila Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, perkara pertama yang dilakukan oleh Mukhriz adalah cuba menimbulkan gelombang di Sungai Petani yang terletak di Kedah Selatan. Gerakan yang disokong kuat oleh GKCM Kedah serta beberapa pemimpin PERKASA Kedah, turut berpusat di Sungai Petani.

Kini Mukhriz Mahathir telah dilucutkan keahliannya dari UMNO. Sekaligus menjadi pemangkin dan pencetus kepada semangat yang bukan sahaja untuk menggulingkan Ahmad Bashah tetapi juga memastikan UMNO-BN kalah di Kedah pada PRU akan datang.

Beberapa kerusi DUN di Kedah Selatan sememangnya amat rapuh. Terdapat banyak faktor termasuklah ADUN-ADUN UMNO di kerusi-kerusi tersebut yang masih mengekalkan tahap kerja cara lama walaupun di kalangan mereka, ada yang kalah teruk pada PRU-12 di kerusi tersebut, sebelum menang kembali dengan majoriti nipis pada PRU-13.

Ahmad Bashah bukan sahaja berhadapan dengan pengkhianatan daripada mereka yang bekerja dalam pentadbiran Kerajaan Negerinya, tetapi juga dari kalangan ADUN-ADUN UMNO-BN Kedah yang melihat ini peluang terbaik mereka untuk mencetuskan masalah dan menunjukkan kuasa selain menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Mukhriz dan Dr. Mahathir.

Dengan tempoh tidak sampai 18 bulan, Ahmad Bashah perlu melakukan sesuatu yang lebih drastik termasuklah mengenalpasti calon-calon anak tempatan selain menapis dan menyingkirkan konco-konco Mukhriz daripada pasukannya di Kedah. Pada masa yang sama, Ahmad Bashah juga perlu mempergiatkan lagi jentera UMNO-BN Kedah yang sudah mula bergerak selepas Mukhriz disingkirkan dari jawatan Menteri Besar tetapi masih dilihat terlalu perlahan.

Ketika tohmahan, fitnah dan adu domba dijalankan oleh pasukan Mukhriz di seluruh Kedah, terutama sekali di kawasan Kedah Selatan, di dalam pentadbiran negeri juga, kerja-kerja jahat itu juga berjalan lancar terutama sepanjang Ahmad Bashah dimasukkan ke hospital.

Kesemua mereka ini perlu dikenalpasti dengan seberapa segera yang mungkin. Ahmad Bashah mungkin telah pun mengetahui siapa mereka namun ketiadaan tindakan segera, akan menyebabkan mereka naik lemak kerana berasakan mereka boleh terus bersembunyi di dalam selimut munafik.


4 comments:

  1. Yang dipecat bukan kerana mereka melanggar peraturan tatatertib UMNO.Mereka tak suka tengok cara Najib mengurus kas 1MDB.Itu saja sebab dan puncanya.Mereka tak menentang UMNO.
    Terus..kenapa tidak diambil tindakan disiplin keatas Najib yg nyata sekali menjatuhkan maruah UMNO?
    Maruah UMNO sedang di ambang "pariah" sebab Najib tak selesai isu 1MDB.
    Siapa yg membawa masalah kpd UMNO? Muhyiddin tidak memberi masalah kpd partinya.Mukris pun begitu.Yang bawa masalah ialah Najib.
    Fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  2. well..semua rakyat malaysia tahu, kedah dapat kepada BN sebab najib janji kalau kedah bn dapat..mukhriz jadi mb..ayahanda tun pun turun support..

    kau tak perlu pesongkan fakta dgn auta kau..bila muhkriz di turunkan tanpa sebab dan alasan, orang semua marah kan najib..

    mintak kau baca orang sekarang..

    PRK KK dan SB tempih hari bukan kayu pengukur kekuatan umno dan bn..
    PRK tidak mengubah apa2..tapi umno desperado nakkan kerusi tu dan menabur duit dan janji utk menang..

    rakyat pangkah la bn sebab apa yg di janjikan..

    tapi pru14..kau rasa rakyat akan pangkah umno?

    aku pangkah umno since 1995 di shah alam.
    2013 aku masih pangkah umno sebab ikut tun dan perkasa..walau aku tak setuju zul nordin jadi calon..

    tapi not this time..pru14 aku akan ikut tun..tunggu jelah ye

    ReplyDelete
  3. Yang pelik kebsnyakkan ex PM datang dari utara Kedah Lama.... yg lagi pelik PM yg dilantik olrh UMNO 2 dari ex PM tsb pernah hilang kuasa memerintah dalam negeri kelahiran ex PM tsb.... lain kali UMNO jangan lantik OM akan datang dari Utara terutamanya dari Kedah Lama.... nrgrti kelahiran ex PM tsb direject pas tu nak oerintah Malaysia.... cukup cukup la lantik PM dari Utara terutama Kedah Lama.... semua haprakkk. ... elok ssgt PM in making boboi berambus awal dari UMNO..... fakta sejarah ex PM dari utara dah tunjukkan brtapa halraknya ber PM kan dari Utara....

    ReplyDelete
  4. Kepala perompak negara mesti didakwabukan dibiarkan..

    ReplyDelete

Selepas Mukhriz Dipecat Dari UMNO, Gerakan Tunggingkan Ahmad Bashah dan UMNO-BN Kedah Giat Dijalankan di Kedah Selatan dan Dalam Pentadbiran Negeri Sendiri

Sunday 26 June 2016 ·



Mukhriz Mahathir telah selamat ditalkinkan dan ditahlilkan apabila dia dihalau keluar dari UMNO, walaupun bukan sehelai sepinggang atau harta-harta yang diperolehi ketika bersama-sama UMNO tidak dirampas atau disita. Bersama-samanya adalah bekas Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin yang memilih untuk taat setia kepada Dr. Mahathir berbanding kepada ketua yang telah melantiknya.

Kedua-duanya telah dikenakan tindakan tatatertib dan dipecat dari parti serta semua jawatan dalam UMNO yang disandang.

Bagi Muhyiddin Yassin, kerugian yang ditanggungnya dari segi kerjaya politik memang besar kerana setelah lama berada di dalam UMNO, mengharungi pelbagai gelombang dan badai, termasuklah ketika Dr. Mahathir berhadapan dengan bahaya penggulingan besar-besaran oleh rakyat Malaysia pada tahun 1998.

Namun bagi Mukhriz Mahathir yang kerjaya politiknya hanya bermula setelah bapanya bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2003, kerugian yang ditanggung tidaklah sebesar mana. Namun walaupun tidak besar, tetapi banyak peluang yang telah dicipta menerusi para penyokong dan pengkagum bapanya.

Ketika Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan dari Menteri Besar Kedah, berlaku sedikit pertentangan di dalam 'kabinet' Kerajaan Negeri Kedah. Beberapa orang Exco secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada Mukhriz dan menentang Ahmad Bashah Hanipah. Konflik berlangsung selama hampir dua minggu, sebelum akhirnya dilihat selesai apabila kesemua Exco yang dilantik oleh Mukhriz, dikekalkan jawatan masing-masing.

Kedah, walaupun kelihatan tenang di permukaan, tetapi konco-konco dan para penyokong Mukhriz serta Dr. Mahathir giat menjalankan tugas-tugas mengumpulkan penyokong. Sungai Petani dijadikan sebagai markas utama termasuklah oleh Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kedah. Gelagat serta komen-komen menghasut bernada kebencian terhadap Ahmad Bashah dan UMNO-Kedah serta BN Malaysia secara keseluruhannya, boleh diperhatikan dan dikesan dengan mudah di Facebook terutamanya.

Biarpun secara lahiriahnya, gerakan ini tidaklah sehebat mana pun, malahan sambutan daripada rakyat Kedah cukup daif dan miskin, namun Kedah yang dirampas daripada PAS pada tahun 2013, boleh bertukar menjadi medan perang pada PRU akan datang.

Ini adalah kerana, Menteri Besar Kedah yang baru discaj Hospital Pulau Pinang, masih terus mengekalkan saki-baki konco serta pengikut Mukhriz di dalam Kerajaan Negeri sama ada sebagai Exco mahupun sebagai petugas.

Ironinya, di sebalik peluang yang diberikan oleh Ahmad Bashah untuk mereka menumpukan perhatian kepada tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas, kesempatan itulah digunakan untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Kedah di bawah Ahmad Bashah, Ahmad Bashah dan UMNO serta Najib Abdul Razak. Mereka melihat Ahmad Bashah sebagai sasaran mudah kerana sangkaan mereka, Ahmad Bashah lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Apatah lagi, Kedah dirampas oleh UMNO-BN dari PAS pada tahun 2013 dengan hanya 6 kerusi majoriti (BN 21, PAS 9, DAP 2, PKR 4)

Pada PRU-13, UMNO-BN Kedah berjaya merampas semula kerusi-kerusi DUN penting seperti, Bandar Baru, Kulim, Tanjong Dawai, Pantai Merdeka, Kupang dan Ayer Hitam, Kunci kepada kemenangan UMNO-BN pada PRU-13 lalu adalah kerusi-kerusi DUN Kedah Selatan.

Fakta ini diketahui secara lengkap oleh Mukhriz Mahathir dan konco-konconya. Itulah sebabnya, apabila Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, perkara pertama yang dilakukan oleh Mukhriz adalah cuba menimbulkan gelombang di Sungai Petani yang terletak di Kedah Selatan. Gerakan yang disokong kuat oleh GKCM Kedah serta beberapa pemimpin PERKASA Kedah, turut berpusat di Sungai Petani.

Kini Mukhriz Mahathir telah dilucutkan keahliannya dari UMNO. Sekaligus menjadi pemangkin dan pencetus kepada semangat yang bukan sahaja untuk menggulingkan Ahmad Bashah tetapi juga memastikan UMNO-BN kalah di Kedah pada PRU akan datang.

Beberapa kerusi DUN di Kedah Selatan sememangnya amat rapuh. Terdapat banyak faktor termasuklah ADUN-ADUN UMNO di kerusi-kerusi tersebut yang masih mengekalkan tahap kerja cara lama walaupun di kalangan mereka, ada yang kalah teruk pada PRU-12 di kerusi tersebut, sebelum menang kembali dengan majoriti nipis pada PRU-13.

Ahmad Bashah bukan sahaja berhadapan dengan pengkhianatan daripada mereka yang bekerja dalam pentadbiran Kerajaan Negerinya, tetapi juga dari kalangan ADUN-ADUN UMNO-BN Kedah yang melihat ini peluang terbaik mereka untuk mencetuskan masalah dan menunjukkan kuasa selain menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Mukhriz dan Dr. Mahathir.

Dengan tempoh tidak sampai 18 bulan, Ahmad Bashah perlu melakukan sesuatu yang lebih drastik termasuklah mengenalpasti calon-calon anak tempatan selain menapis dan menyingkirkan konco-konco Mukhriz daripada pasukannya di Kedah. Pada masa yang sama, Ahmad Bashah juga perlu mempergiatkan lagi jentera UMNO-BN Kedah yang sudah mula bergerak selepas Mukhriz disingkirkan dari jawatan Menteri Besar tetapi masih dilihat terlalu perlahan.

Ketika tohmahan, fitnah dan adu domba dijalankan oleh pasukan Mukhriz di seluruh Kedah, terutama sekali di kawasan Kedah Selatan, di dalam pentadbiran negeri juga, kerja-kerja jahat itu juga berjalan lancar terutama sepanjang Ahmad Bashah dimasukkan ke hospital.

Kesemua mereka ini perlu dikenalpasti dengan seberapa segera yang mungkin. Ahmad Bashah mungkin telah pun mengetahui siapa mereka namun ketiadaan tindakan segera, akan menyebabkan mereka naik lemak kerana berasakan mereka boleh terus bersembunyi di dalam selimut munafik.


4 comments:

Anonymous said...
26 June 2016 at 10:51  

Yang dipecat bukan kerana mereka melanggar peraturan tatatertib UMNO.Mereka tak suka tengok cara Najib mengurus kas 1MDB.Itu saja sebab dan puncanya.Mereka tak menentang UMNO.
Terus..kenapa tidak diambil tindakan disiplin keatas Najib yg nyata sekali menjatuhkan maruah UMNO?
Maruah UMNO sedang di ambang "pariah" sebab Najib tak selesai isu 1MDB.
Siapa yg membawa masalah kpd UMNO? Muhyiddin tidak memberi masalah kpd partinya.Mukris pun begitu.Yang bawa masalah ialah Najib.
Fikirlah sendiri.

Anonymous said...
26 June 2016 at 12:44  

well..semua rakyat malaysia tahu, kedah dapat kepada BN sebab najib janji kalau kedah bn dapat..mukhriz jadi mb..ayahanda tun pun turun support..

kau tak perlu pesongkan fakta dgn auta kau..bila muhkriz di turunkan tanpa sebab dan alasan, orang semua marah kan najib..

mintak kau baca orang sekarang..

PRK KK dan SB tempih hari bukan kayu pengukur kekuatan umno dan bn..
PRK tidak mengubah apa2..tapi umno desperado nakkan kerusi tu dan menabur duit dan janji utk menang..

rakyat pangkah la bn sebab apa yg di janjikan..

tapi pru14..kau rasa rakyat akan pangkah umno?

aku pangkah umno since 1995 di shah alam.
2013 aku masih pangkah umno sebab ikut tun dan perkasa..walau aku tak setuju zul nordin jadi calon..

tapi not this time..pru14 aku akan ikut tun..tunggu jelah ye

Anonymous said...
26 June 2016 at 19:20  

Yang pelik kebsnyakkan ex PM datang dari utara Kedah Lama.... yg lagi pelik PM yg dilantik olrh UMNO 2 dari ex PM tsb pernah hilang kuasa memerintah dalam negeri kelahiran ex PM tsb.... lain kali UMNO jangan lantik OM akan datang dari Utara terutamanya dari Kedah Lama.... nrgrti kelahiran ex PM tsb direject pas tu nak oerintah Malaysia.... cukup cukup la lantik PM dari Utara terutama Kedah Lama.... semua haprakkk. ... elok ssgt PM in making boboi berambus awal dari UMNO..... fakta sejarah ex PM dari utara dah tunjukkan brtapa halraknya ber PM kan dari Utara....

Anonymous said...
9 November 2016 at 18:23  

Kepala perompak negara mesti didakwabukan dibiarkan..

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks