Kenapa Meroyan Sangat Zuraidah? Jamal Dedahkan 'Anak Ikan' Kaya Terlebih Ke?

Tuesday 15 November 2016



Bagi mereka yang tinggal di Ampang, nama Zuraidah Kamaruddin bukanlah asing. Tidak sahaja sebagai Ahli Parlimen, tetapi juga keserakahannya mengaut pelbagai projek termasuklah projek potong rumput, membuatkan dia cukup terkenal di kalangan penduduk Ampang.

Agak bernasib baik, Zuraidah Kamaruddin yang dikatakan berasal daripada seorang penjual buah di tepi jalan, masih terselamat daripada siasatan SPRM, walaupun cerita-cerita tentangnya begitu banyak.

Namun, apabila ada pihak membuat pendedahan tentang Ketua AMK Ampang, Adam Rosly, 28, yang memiliki hartanah dan beberapa buah kenderaan mewah, walaupun tidak mempunyai kerjaya tetap, Zuraidah Kamaruddin dilaporkan menggelabah dan meroyan.

Sudah tentulah dia mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk melindungi dirinya iaitu kejadian Ketua Gerakan Merah, Jamal Mohd Yunos yang tinggal di Ampang, tetapi menjadi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar 'ditumbuk' di Ampang Point.

Zuraidah Kamaruddin 'mengarahkan' Ketua Polis Negara mengambil tindakan ke atas Jamal kerana ancaman 'cincang' dan 'tumpah darah'. Malah Zuraidah menyifatkan Jamal sebagai binatang buas yang perlu dikurung.

Hakikatnya, siasatan bukan sahaja perlu dibuat ke atas Jamal Mohd Yunos, tetapi juga ke atas Zuraidah Kamaruddin terutama dengan pendedahan terbaharu membabitkan Adam Rosly yang dikatakan merupakan salah seorang proksi utamanya.

Walaupun Zuraidah ketika cuba membersihkan nama Adam Rosly menyatakan, sumber kekayaan Adam Rosly adalah daripada keluarganya, tetapi persoalan yang ditimbulkan tentang Adam Rosly yang tinggal di PPRT sebelum itu, tidak dijawab oleh Zuraidah.


1 comment:

  1. Nenek lampir dan..anak ikan adam rosly.. Mereka boleh bohong satu dunia tapi mereka tak boleh tipu Allah

    ReplyDelete

Kenapa Meroyan Sangat Zuraidah? Jamal Dedahkan 'Anak Ikan' Kaya Terlebih Ke?

Tuesday 15 November 2016 ·



Bagi mereka yang tinggal di Ampang, nama Zuraidah Kamaruddin bukanlah asing. Tidak sahaja sebagai Ahli Parlimen, tetapi juga keserakahannya mengaut pelbagai projek termasuklah projek potong rumput, membuatkan dia cukup terkenal di kalangan penduduk Ampang.

Agak bernasib baik, Zuraidah Kamaruddin yang dikatakan berasal daripada seorang penjual buah di tepi jalan, masih terselamat daripada siasatan SPRM, walaupun cerita-cerita tentangnya begitu banyak.

Namun, apabila ada pihak membuat pendedahan tentang Ketua AMK Ampang, Adam Rosly, 28, yang memiliki hartanah dan beberapa buah kenderaan mewah, walaupun tidak mempunyai kerjaya tetap, Zuraidah Kamaruddin dilaporkan menggelabah dan meroyan.

Sudah tentulah dia mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk melindungi dirinya iaitu kejadian Ketua Gerakan Merah, Jamal Mohd Yunos yang tinggal di Ampang, tetapi menjadi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar 'ditumbuk' di Ampang Point.

Zuraidah Kamaruddin 'mengarahkan' Ketua Polis Negara mengambil tindakan ke atas Jamal kerana ancaman 'cincang' dan 'tumpah darah'. Malah Zuraidah menyifatkan Jamal sebagai binatang buas yang perlu dikurung.

Hakikatnya, siasatan bukan sahaja perlu dibuat ke atas Jamal Mohd Yunos, tetapi juga ke atas Zuraidah Kamaruddin terutama dengan pendedahan terbaharu membabitkan Adam Rosly yang dikatakan merupakan salah seorang proksi utamanya.

Walaupun Zuraidah ketika cuba membersihkan nama Adam Rosly menyatakan, sumber kekayaan Adam Rosly adalah daripada keluarganya, tetapi persoalan yang ditimbulkan tentang Adam Rosly yang tinggal di PPRT sebelum itu, tidak dijawab oleh Zuraidah.


1 comments:

Anonymous said...
15 November 2016 at 21:12  

Nenek lampir dan..anak ikan adam rosly.. Mereka boleh bohong satu dunia tapi mereka tak boleh tipu Allah

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks