MENGEJUTKAN! Rafizi Ramli Marah Apabila Difitnah Anjur PARTI BOGEL

Thursday 17 November 2016

Tidak pula disangka, orang yang kuat menfitnah dan berusaha menjahanamkan apa-apa sahaja ekonomi dan perniagaan berasaskan Melayu-Bumiputera dan Islam, boleh pula marah apabila dia terkena ulah fitnah.

Rafizi Ramli merupakan orang yang sedang melakukan fitnah apabila menyebarkan cerita kononnya, dia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana mendedahkan skandal LTAT dengan 1MDB padahal dia dihukum di bawah OSA kerana memiliki dan menjajakan dokumen tersebut kepada awam. Manakala perbicaraan membabitkan fitnahnya ke atas LTAT belum lagi bermula, sekaligus hukuman untuk fitnah itu juga belum lagi dijatuhkan.

Hari ini, Rafizi merungut dan cuba menggambarkan kononnya pihak musuh berusaha merosakkan namanya dengan menggunakan nombor telefonnya untuk diletakkan di dalam poster parti bogel.

Rafizi berkata, dia telah dihubung oleh seorang pegawai polis dari IPD Shah Alam yang sedang menyiasat satu sebaran iklan mengenai penganjuran parti seks bogel. Dia turut mendapat salinan iklan berkenaan.

Dan menurutnya, itu bukanlah kali pertama nombor telefonnya disalahgunakan bagi tujuan menyebarkan maklumat palsu mengenai perkhidmatan seks atau pelacuran.

Poster berkenaan yang dihiasi gambar wanita seksi dengan tajuk, 'Wanna Get Wet & Wild?' menyatakan cara itu akan diadakan di sebuah tempat di Kuala Lumpur dan akan berlangsung dari jam 12 tengah malam sehingga pagi. Selain itu, turut dipaparkan lima nombor telefon dengan nama yang tertera adalah Amber, Maria, Rifa, Izzy dan Mandy.

Sepatutnya orang yang menjadikan fitnah sebagai cara hidupnya seperti Rafizi Ramli tidak perlu merungut atau bising-bising apabila fitnah menimpanya. Malah, dia patut meraikan fitnah tersebut dan menganggapnya sebagai satu kebebasan bersuara, sama seperti alasan yang digunakannya setiap kali dia melakukan fitnah dan bertujuan menghasut.

Nombor Telefon Saya Digunakan Sebagai Penganjur Parti Seks Bogel

Saya baru dihubungi oleh pegawai polis dari IPD Shah Alam yang ingin menyiasat satu sebaran iklan mengenai penganjuran parti seks bogel.

Saya baru mendapat salinan iklan tersebut yang disertakan bersama.

Ini bukan kali pertama nombor telefon saya disalahgunakan bagi sebaran maklumat berhubung perkhidmatan seks atau pelacuran.

Saya telah menjelaskan kepada pihak IPD Shah Alam.

Saya memohon supaya mereka yang berhajat untuk menyertai parti sebegini, jika mereka membaca berita ini, dari berhenti menelefon atau menghantar whatsapp kepada saya.

Satu-satunya parti buih bogel yang saya pernah terlibat ialah apabila saya memandikan anak kecil saya yang berumur 3 tahun.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan

1 comment:

  1. Kaki fitnah takutkan fitnah. Apa barang Rapussy? Orang tu bergurau jer la.

    ReplyDelete

MENGEJUTKAN! Rafizi Ramli Marah Apabila Difitnah Anjur PARTI BOGEL

Thursday 17 November 2016 ·

1 comments:

Anonymous said...
18 November 2016 at 09:44  

Kaki fitnah takutkan fitnah. Apa barang Rapussy? Orang tu bergurau jer la.

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks