Didakwa 33 Pertuduhan Subahat Rasuah RM30.3 Juta, EXCO JOHOR Dihadapkan Ke Mahkamah

Wednesday 19 April 2017

Exco kerajaan negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap 33 pertuduhan bersubahat dengan perunding hartanah membabitkan nilai suapan berjumlah RM30.3 juta antara 13 November 2013 hingga 19 Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Abd Latif Bandi@Nor Sebandi, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Turut tidak mengaku salah perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, yang juga berdepan 33 pertuduhan rasuah membabitkan nilai sama.

Berdasarkan kertas pertuduhan Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir Shariffuddin Abd Raub menerima satu suapan daripada beberapa individu membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM30.3 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor itu didakwa melalui badan awam mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah kluster dan lot Bumiputera kepada pembeli dan pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor.

Bagi perbuatan itu, Abd Latif didakwa mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibacakan bersama seksyen 16(a)(b) dan Seksyen 24 yang peruntukan hukuman tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan.

Amir pula didakwa secara rasuah menerima wang terbabit sebagai upah untuk dirinya dan Abdul Latif melalui cek daripada beberapa bank kerana melakukan transaksi untuk mendapatkan kelulusan berkenaan

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaraya SPRM, Datuk Masri Mohd Daud dan Amir Nasruddin.

Abd Latif diwakili oleh barisan lapan peguam diketuai Datuk Hasnal Rezua Merican manakala Amir Shariffuddin oleh Azrul Z Stork.

Mahkamah kemudian membenarkan menetapkan kedua-dua diikat jamin RM2 juta seorang dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan.

Hakim menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes.

0 comments:

Post a Comment

Didakwa 33 Pertuduhan Subahat Rasuah RM30.3 Juta, EXCO JOHOR Dihadapkan Ke Mahkamah

Wednesday 19 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks