Melayu Yang Jadi Ketua Publisiti DAP Johor Berang Kerana PAS Lebih Utamakan PERPADUAN SESAMA UMAT ISLAM

Tuesday 11 April 2017

Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali melenting apabila Naib Presiden PAS, Idris Ahmad meluahkan hasrat PAS untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU akan datang. Antara kerusi-kerusi yang akan ditandingi itu, termasuklah juga kerusi-kerusi yang ditandingi DAP, PKR dan PAN.

Menurut Syeikh Omar, seandainya hasrat itu direalisasikan, PAS akan memberikan kemenangan mudah kepada Barisan Nasional.

Sekaligus PAS telah menyimpang daripada agenda perjuangan menentang rasuah, salahguna kuasa dan membela rakyat.

Lebih penting lagi, menurut Syeikh Omar, PAS telah melupakan perjuangan penting itu semata-mata kerana mengutamakan PERPADUAN SESAMA UMAT ISLAM.

Perubahan sikap dan gaya pucuk pimpinan PAS amat ketara selepas DAP menzahirkan penentangan terbuka ke atas cita-cita PAS untuk memartabatkan undang-undang Islam. Sehinggakan RUU355 yang bertujuan untuk memperkasakan Undang-Undang Takzir dan Mahkamah Syariah Malaysia juga telah disalahertikan sebagai Undang-Undang Hudud.

Kejayaan pembentangan RUU355 yang diberikan laluan oleh Kerajaan pada hari terakhir persidangan, telah menyebabkan DAP serta kelompok Melayu Liberal tidak senang duduk. Pelbagai tohmahan dan kecaman terbuka terhadap PAS, termasuklah kempen-kempen dan propaganda yang bersifat subversif dibuat menerusi media-media sosial oleh konco-konco DAP.

RUU355 disifatkan sebagai cubaan Kerajaan UMNO-BN untuk melarikan isu 1MDB. Bagaimanapun, pada masa yang sama, di pihak UMNO-BN, penentangan keras DAP terhadap RUU355, adalah cubaan untuk menyelamatkan air muka dan mengalihkan isu Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan prosiding mahkamah selain beberapa skandal kewangan dan tanah yang membabitkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah didedahkan oleh pelbagai pihak.

0 comments:

Post a Comment

Melayu Yang Jadi Ketua Publisiti DAP Johor Berang Kerana PAS Lebih Utamakan PERPADUAN SESAMA UMAT ISLAM

Tuesday 11 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks