Peringatan Tentang Dua Wanita Yang Menyamar Jururawat, Merompak Rumah Mangsa Yang Dipilih Rawak

Tuesday 11 April 2017

Dua kejadian jenayah telah berlaku di kawasan Ayer Hitam dan Yong Peng melibatkan dua orang wanita yang menyamar sebagai jururawat. Dalam kejadian tersebut, mereka telah mencuri dan memperdayakan mangsa apabila mereka yang berpakaian jururawat mengaku datang dari Jabatan Kesihatan Batu Pahat.

Kedua-dua orang wanita yang dipercayai berbangsa Melayu dan berkulit cerah itu, mempunyai ketinggian lebih kurang 160 sentimeter. Salah seorang daripada mereka bercermin mata. Manakala seorang lagi sedang hamil. Mereka mengenakan uniform jururawat berwarna merah jambu dan putih. Kedua-duanya juga menaiki kereta Perodua Axia berwarna perak.

Suspek-suspek tersebut akan datang ke rumah yang dipilih secara rawak, memperkenalkan diri dari Jabatan Kesihatan Batu Pahat dan menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada mangsa.

Mangsa kemudiannya diarahkan menanggalkan dan menyimpan barangan kemas yang dipakai kononnya bagi tujuan memudahkan proses pemeriksaan kesihatan. Mangsa juga diminta berkemban dan selepas itu diarahkan meniarap. Suspek akan menyuntik sesuatu pada bahagian belakang leher dan membuat bekam pada bahagian belakang di dua tempat.

Ketika itulah, salah seorang suspek akan menyelongkar rumah mangsa tanpa mangsa sedari. Setelah barangan berharga ditemui, kedua-dua suspek akan membuat pelbagai alasan termasuklah untuk mengambil barang di dalam kereta untuk melarikan diri.

Mangsa hanya menyedari perbuatan jenayah kedua-dua suspek apabila mereka tidak kembali semula ke dalam rumah.

Justeru, orang ramai diingatkan agar tidak mempercayai apa-apa tawaran yang dibuat oleh mana-mana individu yang mengaku sebagai penjawat awam. Mereka juga tidak dibenarkan masuk semasa ketiadaan ahli-ahli keluarga yang lain.

Minta kad kuasa penjawat awam sebagai pengesahan dan ingat data diri penjawat awam berkenaan atau pun membuat catatan. Kenalpasti jenis kenderaan, warna dan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan oleh penjenayah.

Maklumkan segera kepada balai polis berhampiran sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan berlaku kepada mangsa.

Mohon kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat segera sekiranya terdapat deskripsi suspek berlegar-legar di kawasan anda atau terdapat suspek yang dinyatakan hadir di rumah anda. Kerjasaa anda dapat membantu mencegah perkara seperti ini daripada berlaku pada masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Peringatan Tentang Dua Wanita Yang Menyamar Jururawat, Merompak Rumah Mangsa Yang Dipilih Rawak

Tuesday 11 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks