KENALI BARISAN KEPIMPINAN PAS PUSAT SESI 2017-2019

Tuesday 2 May 2017

Oleh: Dr Ustaz Riduan Mohd Nor

Muktamar PAS Pusat kali ke-63 telah melabuhkan tirainya dengan perwakilan daripada seluruh negara telah memilih kepimpinan PAS bagi sesi 2017-2019. Muktamar yang mendapat liputan luas media ini berlangsung dalam suasana penuh bersemangat dan paling ramai dihadiri oleh para pemerhati. Muktamar ini juga mendapat sorotan meluas kerana perwakilan memilih kepimpinan PAS untuk sesi 2017-2019. PAS dilabel sebagai parti lebai kampungan dan kami tidak pernah berkecil hati dengan gelaran tersebut malah merasa bangga menggalang gelaran "lebai " kerana kelompok inilah yang paling merakyat dalam hirarki sosial orang Melayu.

Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia  ialah satu-satunya anak almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terlibat secara aktif dalam PAS diperingkat nasional. "Anak butir"  tok guru ini mendapat pendidikan tinggi di Deoband India, seterusnya ke Universiti al Azhar Mesir. Beliau terlibat secara aktif sejak pulang ke tanahair dengan pemuda PAS di Pengkalan Chepa dan juga Dewan Pemuda PAS Kelantan. Penulis prolifik ini juga menggerakkan institusi pendidikan Islam seperti Maahad Tahfiz Nikmatillah Kelantan dan Maahad an Nur Terengganu.

Dr Fadzli Hassan bekas pensyarah UIAM lahir daripada rahim tarbiah PAS semenjak remaja dan mendapat doktorat daripada Universiti Birmingham United Kingdom dalam bidang undang-undang Perlembagaan. Dr Khairuddin at-Takiri pula bekas pensyarah UKM yang mendapat ijazah MA daripada Universiti Jordan serta mempunyai doktorat daripada UKM.

Dr Zuhdi Marzuki mantan Timbalan Presiden GAMIS, tokoh muda radikal di zaman kampus yang menjadi dalang bantahan konsert Sheila Majid. Beliau pelajar pintar yang diasuh semenjak remaja sebagai pimpinan PAS. Mendapat doktorat daripada Universiti of Wales, UK. Dr Ahmadfakhruddin Fakhrurazi, Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah pula merupakan anak kepada tokoh ilmuwan Kedah. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang daripada UKM,  dan MA dalam Undang-Undang Perbandingan di UIAM. Manakala,  mantan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah ini berdoktorat Pengajian Islam di UKM. Haji Razman Zakaria, bekas Pengarah Kastam mempunyai MA dalam bidang pentadbiran Awam daripada UM.

Ustaz Solehen Mukhyi, mantan Exco kerajaan Selangor adalah tokoh gerakan mahasiswa di zaman mudanya. Bergraduan daripada UKM, seterusnya ke kampus Jordan dan UM. Ustaz Dato' Nasaruddin Daud mencicip ilmu di Universiti al Azhar merupakan Exco Kerajaan Kelantan. Tokoh agama ini juga adalah pemimpin pemuda di zamannya.

Dr Rosni Adam pengamal perubatan muslimah bergraduan daripada Universiti Malaya. Anak Johor ini mantan aktivitis pelajar di zaman kampus seterusnya terjun aktif bersama Dewan Muslimat. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia. Dr Halimah Ali dilahirkan di Marudi Sarawak, mantan Ketua Urusan Muslimat Persatuan Mahasiswa Islam Tasmania,  mendapat pendidikan di Elizabeth Matriculation College, Hobart Tasmania, seterusnya memperolehi Ijazah Perubatan daripada Universiti Tasmania. Mantan Exco Selangor yang juga kini ADUN Selat Klang ini juga mempunyai Diploma Tasawwur Islam ILHAM.

Ustaz Mokhtar Dup Senik mendapat pendidikan tinggi di Universiti Pakistan dan juga di Makkah. Beliau juga merupakan pengasas kepada Kompleks  Pendidikan An Nur di Kuantan, Pahang. Muhtar Suhaili As-Sarawaki merupakan anak Sarawak yang bertugas sebagai Jurutera Kanan di sebuah Syarikat Minyak dan Gas Antarabangsa dan berpengalaman bertugas di beberapa tempat dalam dan luar negara. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatroniks dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Sarjana Master Teknologi Petroleum dari Curtin University Australia.

Ustaz Misbah Munir Masduki, mantan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan juga aktivis Yayasan Amal Malaysia merupakan lulusan Universiti Malaya untuk Ijazah Pertama. Mendapat MA (Sains Politik) daripada UKM. Calon PhD ini juga ialah Mudir Pusat Dakwah Serantau yang aktif mencetak kader-kader dakwah. Dr Azman Ibrahim,  anak muda kelahiran Besut Terengganu pula mendapat pendidikan di Matrikulasi Universiti Malaya. Mendapat Ijazah Pergigian di Universiti Baghdad Iraq, seterusnya berkhidmat dengan Hospital kerajaan sebelum mempunyai Kliniknya sendiri di Kubang Kerian Kelantan.

Dr Najihatussalehah Ahmad, merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat yang aktif. Beliau bergraduat daripada Universiti Malaya dalam bidang Perubatan dan aktif dengan gerakan Mahasiswa Islam semenjak di alam kampus. Kamaruzaman Mohamad,mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ialah penggerak utama bantahan awam di negara ini. Beliau memiliki ijazah Sains Pendidikan daripada kampus UPM serta Ijazah Sarjana daripada Universiti yang sama dalam bidang Pengurusan Teknologi Maklumat. Usahawan berjaya ini juga adalah calon PhD di sebuah universiti tempatan.

Ustaz Abdullah Hussin, ahli legislatif daripada Johor ini merupakan tokoh pendidikan Islam di negeri tembuni UMNO ditanam. Mendapat pendidikan di Universiti al Azhar Mesir, pulang ke tanahair menjadi pengasas pusat pendidikan Islam.

Naib-Naib Presiden pula mempunyai latarbelakang pendidikan yang piawai serta penglibatan sosiopolitik yang mapan semenjak remaja. Ustaz Idris Ahmad bekas pensyarah UITM, calon doktorat universiti tempatan dan johan Pidato kebangsaan semasa belajar di KIK. Beliau memimpin pelajar di UKM di zaman kampus.

Dato Nik Amar Nik Abdullah, bekas Ketua Pelajar Maahad Muhammadi Kelantan. Anak tokoh PAS, Ustaz Nik Abdullah Arshad, beliau mempunyai M(Phil) daripada Universiti Birmingham UK. Nik Amar adalah mantan pensyarah UIAM. Dato' Iskandar A Samad adalah alumni MCKK serta belajar dalam bidang senibina daripada Universiti Humberside UK. Exco kerajaan Selangor ini terasuh cermat dengan sistem tajnid PAS.

Timbalan Presiden pula adalah mantan pensyarah kanan UITM. Beliau mendapat MA Dakwah daripada UKM, sebelum menyambung ijazah PhD dipanggil bertanding di DUN Jengka. Dato Tuan Ibrahim menjadi ADUN Jengka pada tahun 1999 sehingga 2004.

Ayah Chik Tuan Guru Presiden ialah ilmuan yang diiktiraf dunia Islam yang telah mengarang hampir 100 buah buku. Naib Ketua Kesatuan ulama Dunia ini memperolehi kesarjanaan daripada Asia Barat, Madinah dan Mesir. Dr Shamsuri Mokhtar setiausaha politik Presiden ialah pakar aero angkasa Malaysia mendapat doktorat daripada Universiti Leeds UK.

Kabinet kepimpinan baru PAS Pusat yang dipilih oleh perwakilan di Kompleks PAS Kedah ini adalah gambaran masa depan PAS, mereka akan merencanakan rentak dan orientasi perjuangan Islam dengan dipandu oleh Majlis Syura Ulama. PAS adalah pemain utama politik negara ini dengan menelusi sejarah panjang 66 tahun meredah belantara perjuangan. Berdepan dengan kelompok sekular pragmatis, kelompok sosialis, liberal demokrat dan juga pembenci-pembenci yang tidak akan berhenti menghadang perjalanan panjang ini. Ayuh mara mencapai cita, sejahtera bersama Islam!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, pendakwah dan Perunding Motivasi)

0 comments:

Post a Comment

KENALI BARISAN KEPIMPINAN PAS PUSAT SESI 2017-2019

Tuesday 2 May 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks