Pages - Menu

Saturday, 10 May 2014

CALON MENTERI BESAR TERENGGANU Yang Tak Jadi, Dilaporkan JATUH SAKIT!!!

Ini berita yang baru diterima.

Ahmad Razif Abdul Wahab yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Terengganu yang juga merupakan ADUN Seberang Takir, salah seorang daripada 'calon' Menteri Besar Terengganu yang baru, dilaporkan telah JATUH SAKIT.

Seorang lagi calon adalah anak lelaki bekas Menteri Besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad iaitu Wan Hakim Wan Mokhtar, ADUN Air Putih.

Dalam konspirasi yang didalangi oleh salah seorang SETPOL Perdana Menteri, Ahmad Razif Abdul Wahab dikatakan telah dijemput oleh Putrajaya untuk datang ke Kuala Lumpur bagi mengambil watikah perlantikan sebagai Menteri Besar pada 15 Mei nanti. Konspirasi yang turut membabitkan seorang ahli PAS yang kecewa kerana Ahmad Said membatalkan kontrak pembekalan alat bantuan mengajar di sekolah-sekolah seluruh Terengganu kerana tidak menepati syarat-syarat yang dipersetujui, juga membabitkan beberapa orang wartawan dari THE STAR dan SINAR HARIAN.

Bagaimanapun, Ibu Pejabat UMNO di PWTC menerusi Setiausaha Agungnya, mahupun Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya menafikan khabar-khabar angin bahawa Perdana Menteri mahu menggantikan Ahmad Said dengan calon-calon yang didalangi oleh kumpulan konspirator tersebut.

Apabila rancangan tersebut tidak menjadi dan Perdana Menteri sendiri memberi isyarat bahawa tiada sebarang pertukaran Menteri Besar Terengganu sebagaimana yang diura-urakan menerusi lawatannya ke Hutan Belum, Banding, Perak semalam, membuatkan Ahmad Razif yang terpengaruh dengan pembohongan SETPOL tersebut, terpinga-pinga di Kuala Lumpur. Ditambah pula dengan penafian dan sidang akhbar oleh Bendahari dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang menafikan khabar-khabar angin tersebut setelah mereka ke Ibu Pejabat UMNO dan Pejabat Perdana Menteri, harapan Ahmad Razif berkecai.

Daripada maklumat yang diperolehi, sehingga ke hari ini, Ahmad Razif belum lagi berjaya menemui Perdana Menteri.

Ketika diminta untuk mengulas keadaan tersebut, Ahmad Razif memaklumkan yang dia tidak sihat dan sedang berehat serta enggan ditemubual oleh penggiat media. Bagaimanapun, Razif yang dikatakan tertekan setelah terpedaya dan tertipu dengan perancangan SETPOL PM itu, telah meminta abangnya untuk membuat sidang media. Ahmad Razif bagaimanapun, gagal menjelaskan mengapa dia bergegas ke Kuala Lumpur setelah diberitahu dia akan mengambil watikah Menteri Besar tanpa memaklumkan kepada Menteri Besar Terengganu sendiri  selepas mesyuarat Exco di Tasik Kenyir. Malah ramai yang mempersoalkan, mengapa Razif cuba menuduh orang lain yang membabitkan dirinya dalam isu ini.

Gelagat para pemimpin UMNO yang turut melibatkan Exco Negeri itu, mula mendapat perhatian daripada PAS Terengganu yang menyifatkan mereka semua seperti kebudak-budakan. Malah PAS Terengganu secara terbuka menyatakan, gelagat UMNO Negeri Terengganu itu, akan memudahkan mereka untuk mengambilalih tampuk pentadbiran Terengganu tidak lama lagi.

2 comments:

  1. Perangai PAS mcm tu laa... Bila dh bagi kontrak antaq barang x ada kualiti. Bila x bagi, kata la kerajaan makan duit rakyat. lepas tu buat fitnah pulak...sebiji mcm SYIAH betoi PAS ni...

    ReplyDelete
  2. ambiklah nak ambik..kita tengok lama mana pulak dia kekal perintah Tganu. Mohon jangan lupa apa yang telah berlaku dulu...
    cakap orang pandai aje macam itu ini..habis yang bercakap tu bukan gila kuasa nak perintah Tganu?? taik lembu gaul nyior!

    ReplyDelete