SETPOL Lim Kit Siang yang tiba-tiba sahaja popular sebaik-baik berita yang dia merupakan antara calon DAP dalam PRK Teluk Intan dikaitkan dengan gambar hiasan seorang model dan pelakon dari Filipina yang seiras dengannya, mengesahkan menerusi TWITTERnya malam tadi yang dia akan mula berkampung di Teluk Intan bermula hari ini.
Beberapa media massa turut memberikan perhatian kepada Dyana Sofya yang merupakan anak seorang bekas pemimpin Wanita UMNO yang mendapat perhatian luar biasa daripada Lim Kit Siang sehingga dilantik sebagai Setiausaha Politiknya. Dyana Sofya dilantik dan perlantikannya diumumkan ketika Lim Kit Siang menjadi calon Ahli Parlimen DAP Gelang Patah sewaktu PRU-13 lalu.
Baru-baru ini Dyana Sofya yang merupakan lulusan UiTM dalam bidang Undang-Undang membuat kenyataan bahawa UiTM perlu dihapuskan atau dibuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan atas dasar kesamarataan. Dyana Sofya juga merupakan antara orang yang lantang bercakap tentang perlunya KALIMAH ALLAH dihalalkan penggunaannya untuk agama-agama lain yang mahu menyebarkan atau memperkatakan agama-agama mereka dalam Bahasa Melayu.
Saingan utama Dyana Sofya di Teluk Intan datang daripada komradnya sendiri iaitu Hew Guan Yew yang merupakan Ketua Publisiti Pilihanraya DAP yang turut dinamakan sebagai calon DAP di Parlimen tersebut. Berbanding Dyana Sofya yang hanya akan berada di Teluk Intan hari ini, Hew Kuan Yau telah berkempen lebih awal di Teluk Intan, sekaligus menempatkan dirinya selangkah di hadapan Dyana Sofyna.
Bagaimanapun, mereka yang teringin bertemu dan bermesra dengan Dyana Sofya, wanita paling popular minggu ini, akan berada di Teluk Intan bermula hari ini.
Dap akan letak sedikit calon Melayu(mungkin sekitar 5%)di dalam pilihanraya2 kecil atau umum supaya dapat memperdaya org Melayu bahawa parti itu adalah parti berbilang kaum.Sekiranya dap menang majoriti nanti calon2 Melayu yg sudah pastinya liberal dan pro cina ini akan dijadikan PM boneka yg akan mengikut telunjuk tuan2 cina mereka.Itulah strategi dap.
ReplyDeletetp kebanyakkan org melayu x sedar permainan cina nie...
Delete