Pages - Menu

Tuesday, 6 May 2014

Lelaki India Diburu Polis Setelah Lari Dari Lokap Mahkamah

Seorang suspek lelaki India bernama SURISHKUMAR A/L MUNIANDY dengan nombor kad pengenalan 881102-08-5983, berusia 25 tahun, telah melarikan diri dari kawasan mahkamah ketika hendak dimasukkan ke dalam lokap selepas sebutan semula kes dilaksanakan di Mahkamah Sesyen Taiping.

Surishkumar didakwa di bawah Kes 395 Kanun Keseksaan (Rompak Berkumpulan), dianggap sebagai penjenayah berbahaya memandangkan kecenderungannya untuk mencederakan mangsa. Dia sepatutnya di bawah reman penjara sementara menunggu perbicaraan.

Kejadian berlaku pada jam 10:10 pagi tadi. Hebahan telah dibuat dan operasi memburu sedang giat dijalankan oleh polis.

Sebarang maklumat yang berkaitan suspek ini, salurkan segera ke balai-balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment