Dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur semalam, dari jam 11:45 pagi sehingga 12:15 tengah hari, Mahfuz Omar yang merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena dan Ketua Penerangan PAS Pusat, secara berterus-terang menuduh UMNO dan PDRM yang memulakan provokasi.
Seramai 12 orang ahli PAS dan wartawan tempatan telah hadir dalam sidang media tersebut.
Menurutnya, demonstrasi tersebut telah berlangsung dengan baik dan berjalan lancar. Bagaimanapun, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuat letupan bom berwarna dan bergaduh. Kata Mahfuz Omar lagi, besar kemungkinan perbuatan tersebut dilakukan oleh ahli-ahli UMNO dan anggota polis yang menyamar bagi mencemarkan imej dan motif penganjur.
Kejayaan demonstrasi tersebut katanya akan memaksa Kerajaan menghentikan penguatkuasaan GST pada Mei tahun hadapan.
Mahfuz turut menuduh, kerajana hanya membawa usul-usul yang mempunyai kepentingan kepada mereka dan mengabaikan usul berkaitan hukum hudud.
Pada masa yang sama, Mahfuz turut menerangkan punca sebenar kurangnya penyertaan kaum Cina khususnya dalam demonstrasi berkenaan untuk menunjukkan bahawa ramai orang Melayu yang masih berada di tahap kemiskinan. GST akan menambahkan lagi kemiskinan orang Melayu. Oleh kerana itulah, ramai orang Melayu yang hadir dalam demonstrasi berkenaan.
Bagaimanapun, daripada tinjauan yang dibuat, ramai yang tidak tahu apa itu GST dan tidak dapat membezakan antara GST dengan SST, sistem percukaian yang digunakan sekarang.
sudaahhh lah mahposss.....meluaaattt nengok nyer..... mentaliti busuk !!
ReplyDeleteTak ada satu pun yg keluar dari mulut mahpus ini yg bunyinya bijak.Pelik orang2 yg tak cerdik mcm mahpus,mat sabu boleh dilantik ke jawatan2 tertinggi dlm pas.
ReplyDeleteKeluar aja dari mulut apa apa ayat sah bau Taik..
ReplyDeleteMAHFUZ.......LU BILA NAK CERDIK....SAMA SENDIRI GADUH PUN ORANG LAIN SALAH KA...
ReplyDeletemusibat...memang jenis mulut longkang hati busuk...
ReplyDelete