DAP semakin melampau dalam perang siber dan propaganda untuk pilihanraya.
Kaedah yang digunakan adalah dengan mencipta provokasi dan kemudian apabila orang awam meluahkan kemarahan dan tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, satu pengumuman akan dibuat iaitu menafikan provokasi itu dari DAP sebaliknya menuding kepada UMNO dan Barisan Nasional yang diketahui bebal dan lembap.
Pagi tadi satu kenyataan telah dikeluarkan atas nama Dyana Sofya mempertikaikan tentang kewujudan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Pertikaian tersebut bukanlah sesuatu yang baru kepada DAP memandangkan DAP memang mempertikaika kewujudan RAMD semenjak dari awal penubuhan parti tersebut. Penafian Dyana sebenarnya hanya memperlihatkan sisi pembohongannya yang sudah melekat kukuh pada paras wajah dan perilakunya.
Ia samalah apabila DAP cuba menafikan mereka mahu menghapuskan Melayu, Bumiputera dan Islam dari Malaysia sedangkan hakikatnya konsep perjuangan DAP adalah MALAYSIAN MALAYSIA yang meniadakan Melayu, Bumiputera dan Islam.
Apa lagi pembohongan yang akan digunakan oleh DAP?
Buat dulu kemudian nafi...
Betul atau tidak, itu sebenar hakikat puak rasis dan anti-melayu islam. Kalau bukan calon yang buat statement ini, reality nya ini ada lah salah satu agenda puak rasis. Matlamat puak rasis ini akan dismantle dan hapus semua institusi dan apa jua bentuk organisasi yang khusus melayu, islam, raja-raja. Ini adalah agenda merbahaya yang perlu dipatahkan dari awal. Insiden Mei 13 telah mengkubur hasrat mereka, tapi mereka akan teruskan dengan cara lebih licik.
ReplyDelete