Pages - Menu

Friday, 16 May 2014

Najib Abdul Razak Hantar Surat Saman Fitnah Kepada Malaysiakini


Laporan terbaru ialah portal atas talian, Malaysiakini telah menerima surat saman fitnah daripada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Abdul Razak tengah hari tadi.

Menurut laporan, Najib telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Malaysiakini berhubung penyiaran komen-komen daripada para pembaca membabitkan penyelesaian politik di Terengganu.

Surat tuntutan tersebut telah dihantar dengan tangan yang menyatakan:

"The compilation of readers' comments in two 'Yoursay' articles published on May 14, namely, 'A case of the PM reaping what he sows' and 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'"

Malaysiakini telah dituntut agar membuat tuntutan maaf tanpa sebarang syarat dalam tempoh 48 jam selepas menerima surat tuntutan tersebut selain penarikan semula artikel-artikel berkenaan daripada siaran. Malaysiakini turut dituntut agar tidak mengulangi semula penyiaran sebarang artikel yang bersifat spekulasi dan fitnah seperti itu.

Surat tuntutan kepada Malaysiakini itu telah ditandatangani oleh peguam UMNO, Mohd Hafarizam Harun menerusi firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

2 comments:

  1. apa barang ugut nak saman..

    saman sajalah... banyak cakap buat apa..
    kemudian saman lagi dan lagi..

    buat macam lee kuan yew.. baru org tahu dia ni betul2 saman...

    bukan setakat NAK SAMAN saja.. ptuih!

    ReplyDelete
  2. YES NO GERTAK GERTAK.
    HAPPEN TOO MANY TIMES.
    TEACH THEM SOME LESSONS.
    TENGOK NAJIB ADA BERANI KAH.......MACAM LEE LUAN YEW

    ReplyDelete