Ini ada satu kes menarik... dan kebiasaannya, kes ini bukanlah terunik kerana ia sering berlaku terutama sekali terhadap pemandu-pemandu wanita yang bersendirian dan kelihatan mudah ditakut-takutkan.
Bagi mereka yang tinggal atau menggunakan jalan di sekitar kawasan Setapak, Kuala Lumpur, berhati-hati dengan lelaki ini. Lelaki ini akan melanggar kereta anda dan kemudian akan menuduh anda tidak memberikan perhatian atau tidak memberikan lampu isyarat untuk membelok.
Modus operandinya adalah di kawasan berbelok. Pemandu wanita adalah sasarannya dengan motosikalnya yang sudah sedia rosak, berwarna ungu dan tidak mempunyai nombor pendaftaran yang sempurna WWX pada bahagian hadapan dan WWG 8874 pada bahagian belakang.
Seorang pembaca memberitahu, ketika dia memasuki sebuah lorong setelah keluar dari sebuah pusat membeli belah di Setapak, dia terdengar bunyi dari belakang keretanya. Apabila dia berhenti dan berpaling, dia terpandang seorang lelaki sedang menyeimbangkan diri dan cuba untuk tidak jatuh.
Berasakan lelaki tersebut tidak apa-apa, pemandu wanita itu cuba meneruskan perjalanan namun lelaki berkenaan segera menahan dan menunjukkan motosikalnya yang rosak teruk. Lelaki itu terus menuduh si pemandu wanita malang cuai kerana tidak memberikan lampu isyarat. Lelaki tersebut kemudiannya membuat panggilan telefon dan berkata, sedang memeriksa dengan sepupunya. Sejurus kemudian, dia memberitahu, dia perlukan RM300 untuk membaiki kerosakan berkenaan.
Pemandu wanita yang cuba ditipu telah meminta agar motosikal tersebut dihantar ke bengkel berhampiran, tetapi lelaki berkenaan terus memberikan pelbagai alasan. Kononnya dia memerlukan motosikal tersebut untuk bekerja dan motosikal tersebut bukan miliknya serta seribu satu macam alasan yang lain.
Ceritanya penuh dengan keraguan. Pemandu wanita tersebut kemudiannya keluar dari keretanya dan memeriksa keretanya. Mengejutkan kerana pada keretanya, tiada sebarang tanda calar atau kemek sedangkan motosikal lelaki tersebut rosak teruk dengan bahagian hadapannya terkeleweh, minyak hitam bocor dan kesan seretan kelihatan jelas pada kedua-dua belah bahagian motosikal berkenaan.
Pemandu wanita tersebut cuba menjelaskan bahawa kerosakan seperti itu adalah terlalu mustahil. Bagaimana pun lelaki berkenaan cuba menakut-nakutkannya dengan berkata, "Tak payah cakap banyak lagi, kita pergi ke balai polis sekarang juga."
Namun apabila diajak ke balai polis berhampiran, lelaki tersebut enggan. Pemandu wanita tersebut kemudiannya mengambil gambar lelaki berkenaan dan motosikalnya, kemudian membuat laporan polis. Di balai, pemandu wanita tersebut menerangkan segala-galanya dan dia diberitahu bahawa dia bukanlah mangsa yang pertama.
Justeru, dia meminta jasa baik blog ini untuk menyebarkan ceritanya dan meminta agar pemandu lain berhati-hati dan tidak terkena dengan si penipu itu.
Inilah antara sebabnya mengapa orang ramai bertindak liar terhadap penjenayah tidak berhati perut ini dengan melenyapkan identitinya dari muka bumi ini.
ReplyDeletepolis tak buat hape2 ke…????
ReplyDeleteiTU muka cina ka melayu?
ReplyDeleteTak kira Muka cina ke melayu....klu dpt kita rembat.....DASAR BINATANG...kerja makan kudrat orang lain je...
Deletekena ambik kira. itu muka cina.
DeleteSudahkah tindakan diambil selepas terdapat laporan?
ReplyDeletejom sengaja pancing mamat ni , minta kawan perempuan bawa kereta ..biar dia kata kena sondol, lepas tu kita datang sapu minyak angin kat dia !
ReplyDeletepancing ..pancing !