Pages - Menu

Saturday, 21 June 2014

Bangkai Ayam Untuk Aktivis Pelajar Universiti Malaysia Sabah Yang Berlagak Pandai

Aktivis pelajar Jamhuri Mohamed, yang kritikal terhadap kampus Universiti Malaysia Sabah Labuan (Umskal), mendapati biliknya telah dipecah masuk dan terdapat bangkai ayam di situ.

Jamhuri, yang Presiden Pro-Mahasiswa Umskal, mendapati bangkai ayam itu diletak di atas katilnya manakala dindingnya diconteng mesej 'Berambuslah bodoh'.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jurucakap Pro-Mahasiswa Umskl, Hasnur Faridah Abbas berkata, kejadian itu berlaku antara jam 9 semalam dan 12 tengah malam hari ini.

Mereka menyedarinya kejadian itu selepas pulang daripada menghadiri forum mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Jamhuri adalah antara 16 pelajar yang berdepan dengan tindakan di bawah AUKU kerana membantah penutupan kedai pelajar di kampus itu pada bulan Februari.

Mereka telah membawa kes penutupan kedai tersebut ke pengetahuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Hasnur berkata Jamhuri telah membuat laporan polis berhubung kejadian semalam.

SUMBER

2 comments:



  1. DIA NI NAK TUNJUK PANDAI KE NAK TUNJUK BODOAH. INILAH SATU LAGI ANAK MELAYU YG BAKAL DROP OUT.

    ReplyDelete
  2. Salam, anak Jamhuri, perkara kecil mcm Tue tak payah gembar gembur, tak payah jadi johara, awak yang rugi, belajar Dan tamatkan kuliah awak, bantu melayu da bumiputra, banyak lagi perkara yang baik2 boleh Kita contribute untuk Negara, jngn diperkudakan......awak yang rugi akhirnya. Pikir Dan insaf.
    orang lama 1957

    ReplyDelete