Pages - Menu

Tuesday, 3 June 2014

Gobind Singh Deo, Anak Karpal Singh, Salahkan Hudud Punca DAP Kalah Di Teluk Intan

Pelbagai ingatan telah diberikan kepada PAS berhubung pembabitan dan persekongkolan mereka dengan DAP. Namun para penyokong PAS tetap cuba menyedapkan hati sendiri, kononnya DAP jauh lebih baik berbanding UMNO dan akhirnya DAP akan faham dengan perjuangan PAS walaupun pada peringkat awalnya, penentangan yang dibuat terhadap usaha-usaha PAS, dilakukan secara agresif.

PRK Teluk Intan menyaksikan bagaimana PAS disisihkan oleh DAP dari segenap segi kecuali beberapa hari sebelum pengundian apabila Presiden PAS terpaksa didatangkan ke Teluk Intan untuk berkempen bagi pihak DAP terutama di kalangan orang Melayu.

PAS sepanjang kempen selagi boleh berusaha untuk tidak bercakap atau menyentuh langsung tentang HUDUD dan KERJASAMA DENGAN UMNO menerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud yang telah dibentuk sebagai persediaan pembentangan bil persendirian membabitkan perlaksanaan hudud pada bulan September nanti.

Namun akhirnya Dyana Sofya dikalahkan juga oleh bekas calon Barisan Nasional untuk Parlimen Teluk Intan, Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden GERAKAN.

DAP menerusi beberapa orang pemimpin tertingginya, saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain kerana kegagalan di kubu kuat sendiri. Hew Kuan Yau yang merupakan orang yang telah berkempen sebagai calon untuk Teluk Intan, dan disisihkan oleh Lim Kit Siang bagi memberikan peluang kepada SETPOLnya sendiri, Dyana Sofya merupakan antara pemimpin DAP pertama yang menempelak kesilapan perkiraan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng. Manakala Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming, dua pemimpin DAP Perak turut menyalahkan Lim Kit Siang kerana cuba menyekat pengaruh serta percaturan mereka di Teluk Intan.

Pergolakan DAP kerana Dyana Sofya, cuba dialihkan oleh anak Karpal Singh, Gobind Singh Deo yang juga merupakan Ahli Parlimen Puchong. Katanya, pihak yang patut dipersalahkan adalah PAS. Angkara PAS cuba memperjuangkan hudud, menyebabkan ramai pengundi enggan keluar mengundi dan memenangkan DAP di Teluk Intan.

Gobind Singh Deo menolak sebarang teori kekalahan lain termasuklah terkantoinya Sofya Dyana dalam beberapa isu terutama sekali yang membabitkan latar belakang keluarganya, terutama sekali ibunya, Yammy Samat, UiTM dan Rejimen Askar Melayu Diraja. Walaupun DAP cuba berbangga kononnya berlaku peningkatan undi Melayu kepada DAP sebanyak 3% namun penolakan masyarakat pengundi India terhadap DAP, tidak pula diambil kira.

PAS sekali lagi menjadi mangsa belasahan DAP apabila mereka kalah. Pada ketika Presiden PAS sendiri terlantar di atas katil hospital di Istanbul, Turki, di Malaysia, para pemimpin DAP mengambil kesempatan untuk membelasah PAS semahu-mahunya kerana mereka sedar, pemimpin-pemimpin PAS yang mengambilalih tampuk pentadbiran sementara parti itu sekarang merupakan golongan yang makan di tangan DAP seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar.

2 comments:

  1. Cakap sama itu benggali tak ada toncet jangan main2.........., benggali tak ada kelas jadi mp sebab bapak dia ada jawatan dalam dap. Good for nothing ........ Tau kritik saja.......

    ReplyDelete
  2. INGAT BANGSA MELAYUKU.....BENGGALI3 INI LAH YG MENJADI ASKAR2 BRITISH DAJJAL
    YG MEMBUNUH DATUK NENEK KITA,PEJUANG2 MELAYU DAHULU..JGN MUDAH LUPA.

    ReplyDelete