Selama dua penggal Ibrahim Osman menjadi Ketua Cabang PKR Alor Gajah. Selama dua penggal itu jugalah, pelbagai usaha telah dilakukannya untuk mempromosikan PKR di Alor Gajah dan di Melaka selain mempublisitikan parti itu sebagai parti yang jauh lebih baik dari UMNO.
Segala keringat dan usaha telah dikorbankan untuk PKR. Tidak cukup wang ringgit dari kocek sendiri, harta benda sendiri turut dijual bagai memajukan PKR di Alor Gajah. Apatah lagi dengan janji-janji orang yang bercita-cita besar mahu menjadi Ketua Menteri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot, membuatkan Ibrahim Osman yakin dengan perjuangan PKR.
Namun, segala usahanya ternyata sia-sia. Pengorbanan dan kesungguhannya kepada PKR, bukan sahaja diHARAMJADAHkan oleh Sam Ketot bahkan Sam Ketot bertindak memburuk-burukkannya dengan mengambil semua kredit kerja Ibrahim Osman. Sam Ketot tidak sahaja menipu, bahkan mengaku bahawa semua perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Osman untuk PKR Melaka adalah perbelanjaannya sendiri.
Antara yang pernah dilakukan oleh Ibrahim Osman tetapi tidak pernah dibuat oleh Sam Ketot tetapi diakui oleh Sam Ketot itu adalah kerjanya ialah:
- Menyediakan van khidmat masyarakat PKR Cabang Alor Gajah.
- Melabur dalam PKR Cabang Alor Gajah dan Negeri Melaka sebanyak RM500,000 untuk aktiviti-aktiviti PKR.
- Membantu membayar sewa pejabat PKR Negeri Melaka yang berjumlah RM2000 sebulan.
- Menyediaka Pejabat Khidmat Masyarakat PKR Cabang Alor Gajah.
Sam Ketot yang sangat bercita-cita tinggi, bukan sahaja merampas jasa-jasa Ibrahim Osman tetapi juga berusaha untuk meminggirkan Ibrahim Osman serta beberapa orang lama PKR Melaka. Sam Ketot terlalu mementingkan agenda peribadinya dan tidak peduli langsung dengan perjalanan pentadbiran serta pengurusan PKR Melaka. Bahkan Sam Ketot dikatakan telah menyonglap sebahagia besar dana untuk PKR buat dirinya sendiri dalam meneruskan agenda peribadinya.
Justeru tidak hairanlah mengapa Sam Ketot terpaksa lari dari Bukit Katil walaupun menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut ke Jasin, bagi menyelamatkan air mukanya setelah para penyokong PKR Bukit Katil menolaknya.
Ibrahim Osman pada awalnya merupakan sekutu kuat Sam Ketot. Untuk menipu wang daripada Ibrahim Osman, Sam Ketot pernah memberitahunya akan mencadangkan Ibrahim Osman sebagai calon PKR pada PRU lepas. Namun Ibrahim Osman tahu, pemilihan calon tidak semudah seperti yang dikatakan oleh Sam Ketot. Dia tidak kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon kerana perjuangannya bukanlah untuk menjadi calon seperti Sam Ketot tetapi apabila Sam Ketot terang-terang MENGENCINGNYA, Ibrahim Osman yang berjawatan BENDAHARI PKR NEGERI MELAKA mengambil keputusan drastik.
BILIK KHIDMAT MASYARAKAT PKR NEGERI MELAKA yang dibiayai sepenuhnya menggunakan wangnya sendiri, DITUTUP!
Penutupan tersebut, membuatkan Ketua PKR yang baru sekarang, terpaksa menumpang di Markaz PAS Kelemak. Sam Ketot langsung tidak peduli dan cuba menutup cerita tersebut. Malah Sam Ketot langsung tidak berani bercerita tentang beberapa Ranting PKR yang turut ditutup kerana bengang dengannya.
Barangkali itulah sebabnya Sam Ketot cuba mengalihkan perhatian dengan menyerang Khalid Ibrahim agar Azmin Ali dapat membantunya menutup kepincangan kepimpinannya dalam PKR Melaka.
Phuii...citer tu biar la betul...kite org alor gajah kenal ni musibat...
ReplyDeleteMemang betul pun cerita tuu... siap ade bukti ..
ReplyDeleteAnak Kelemak.
Memang kesah benar oi
ReplyDeleteAku bdk pempot (paya rumput)
Tak btul gu mana agi. krusi meja yang dah patah kaki jadi saksi keja puak biul tu......
ReplyDeletePKR = PARTI KOYAK RABAK..jengjengjeng...ramai2 kita join pula biaDAP.
ReplyDeleteKetua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN, Phone: 03-6274 5352
ReplyDeleteBerkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK