Pages - Menu
▼
Friday, 4 July 2014
Pendapat PEDAS Tentang Ku Nan Dan GELANDANGAN Kuala Lumpur!
"Penerangan saya untuk isu pengemis, gelandangan dan penagih, di mana berpijaknya saya:
1. Apa yang Ku Nan nak, ialah apa yang kita semua nak. Sebuah bandaraya yang bebas dari golongan pengemis dan gelandangan, tak kisah lah dari golongan yang benar-benar susah, ataupun dari golongan yang bersindiket.
2. Apa yang dipersoalkan ialah metod dan solusi yang diberikan iaitu diberikan tempat baru untuk golongan pengemis dan gelandangan ini mengemis dan meminta makanan. Adakah selesai isu ini..?
3, Nak letak di mana..? Ada perancangan untuk buat penempatan ke..? Kalau tak ada, kita nak campak mereka di tempat yang ada manusia lain..? Tolak permasalahan itu ke tempat baru..? Ini ke solusinya..?
4. Ada golongan yang 'contradict' dengan pendapat sendiri. Di satu sudut mereka mengatakan Islam melarang kita meminta-minta. Tetapi solusi yang diberi ialah, kita perlu membawa golongan ini ke JKM atau PPZ untuk meminta bantuan..
Mana satu yang betul ni..? Meminta atau tidak..?
5. Yang bagi solusi ini, pernah ke cuba membawa golongan ni untuk ke PPZ atau JKM..? Pernah bergelumang dengan NGO-NGO yang membantu sekadar termampu ini..? Tahu tak apa jawapan yang selalu NGO-NGO dapat bila utarakan isu ini..?
6. Golongan yang nak membantu ramai tetapi selalu disekat oleh polisi dan birokrasi.
Nak tahu apa polisi dan birokrasi itu..? Saya cadang jumpa NGO-NGO ini, duduk dan berborak dengan mereka untuk dapatkan gambaran sebenar.
7. You want to clamp-down on syndicates. By all means do so.. Ingin saya ulangi pertanyaan seorang sahabat..
"Tindakan apa yang dah diambil terhadap rumah-rumah anak yatim yang memperhambakan anak-anak ini..?"
Tahu tak berapa banyak laporan dah dibuat..? Tidakkah satu pun penguatkuasa yang mengisi minyak di stesen-stesen, membuat urusan di bank-bank atau makan di kedai-kedai mamak yang didatangi adik-adik ini..?
8. Cuba tanya golongan yang dah berjaya keluar dari kemelut 'depression' dan 'seclusion' ini. Bagaimana mereka buat.
Separuhnya akan kata mereka dibantu oleh golongan 'good samaritan' yang membantu di balik tabir. Ada setengahnya yang datang kembali untuk membantu yang lain kerana mereka tahu bagaimana golongan ini memerlukan moral support.
9. Kebanyakkan NGO-NGO yang membantu rata-ratanya punya idea yang bagus untuk membantu. Adakah dengan cara 'clamp-down' ini akan membantu menaikkan reputasi seorang pemimpin melainkan kita melihat ianya suatu arahan mutlak untuk pindah.. Sekali lagi persoalannya, pindah ke mana..?
10. 'Unofficial statement' tetapi sudah nak diaplikasikan bermula Isnin, sedangkan perancangan rapi belum dibuat. Media main-stream (bukan alternatif) sudah mula melaporkan. Tiada retraction (jika tersalah melaporkan) atau penerangan. Dan kemudiannya ianya salah untuk kita membuat analisa dan kritikan..?
---------
Let's look at the solutions:
1. Golongan yang benar-benar susah.
Mereka ini terjelepuk di jalanan bersebab. Mereka ini perlukan bantuan untuk rebuild. Di mana kita masih boleh membantu, kita bantu. Get their feet on the ground again.
Ini yang dimaksudkan dengan beri mereka KAIL dan bukan IKAN.
2. Golongan yang ditinggalkan kerana tua dan berpenyakit kronik.
Mereka ini mungkin memerlukan tempat teduh dan rumah kebajikan untuk membantu. Yang tua mungkin boleh ditempatkan bersama golongan anak down-syndrome. I've been there..to the place, and the system works ! Mereka boleh co-exist dan saling membantu. Yang tua ini boleh bantu adik-adik golongan down-syndrome untuk perbaiki diri.
Yang berpenyakit memerlukan perhatian. Tak cukup tangan..? Implemen khidmat masyarakat ke dalam silabus universiti. Pelajar perubatan juga boleh turun ke bawah untuk membantu sebagai latihan.
3. Golongan yang didalangi sindiket
Kenal-pasti mereka ini. Siapa kepalanya. Kepalanya lumpuh, lumpuh lah juga badannya. Dan kemudian serapkan kembali mereka yang di bawah sindiket ini kepada golongan yang sepatutnya.
4. Golongan imigran
Hantarkan mereka kembali ke negara mereka. Atau refer kepada UN apa yang sepatutnya.
Golongan ini ada yang memegang Pas Pelarian. Pas Pelarian ini tak boleh dibuat permit pekerjaan. UN tidak menampung mereka. Mereka golongan pelarian yang dibantu UN keluar dari negara mereka sahaja.
Terperangkap diantara nak kerja tapi tak boleh kerja, apa option lain yang mereka ada..?
5. Golongan penagih
Kita ada agensi seperti PEMADAM, PENGASIH dan sebagainya. Yang lebih penting ialah bagaimana kita nak pastikan selepas mereka 'clean' mereka dapat kembali asimilasi ke dalam masyarakat.
Yang selalunya terjadi ialah, golongan ini selepas keluar, jatuh kembali ke kancah penagihan.
----------
Banyak kan kerja..?
Dan ketahuilah ianya akan jadi lebih banyak lagi jika tidak ditangani hari ini dengan metod dan solusi yang betul. Ianya hanya akan membiak dan membiak.
Itu belum lagi kita kategorikan dalam kelas umur.
Sekali lagi saya nak tekankan, saya tidak menentang saranan Ku Nan untuk sebuah Kuala Lumpur yang lebih bersih, saya cuma tidak setuju dengan konsep..
"Kaki lima ini tidak layak untuk anda, kaki lima di sana lebih layak.."
Laporan yang saya berikan mungkin tidak merangkumi keseluruhannya, tetapi dengan 'mixture of ideas' daripada NGO dan badan berwajib, ianya akan dapat diperhalusi.
Ini yang tidak berlaku.
----------
Dan saranan saya kepada mereka yang nak kelaskan mereka yang mengkritik saranan Ku Nan ini sebagai "suara sumbang" atau "holier than thou" atau "golongan terpekik terlolong", mari kita sama-sama ke bawah dan lihat apa sebenar permasalahannya.
Bukan semua yang membantu inginkan publisiti. Bukan semua yang membantu itu golongan kaya-raya. Mereka memberi makanan, kerana itu yang termampu.
Tidak sanggup melihat mereka yang meminta-minta kerana kelaparan, kerana mereka juga pernah merasakan kelaparan..
Dan memberi makan pada hari kelaparan amat dituntut di dalam Islam.."
----------
*Komen saya kepada Kuala Lumpur yang "kotor"...?
Kuala Lumpur bukan "kotor" hanya kerana golongan ini sahaja..
SUMBER
Ya Allah ya tuhanku. Kau turunkanlah sebesar2 bala Mu keatas seluruh keluarga Ku Nan ini agar dapat memberi pengajaran pada pemimpin2 fasik umno yang lain. Amin.
ReplyDeleteSorang lg penghirup air kote bengkok nuar aljubori
Delete