Produk Massimo dijual lebih murah berbanding Gardenia. Produk Massimo juga diedarkan lebih meluas dan adakalanya mengambil tempat Gardenia menerusi permainan orang tengah dan pemborong.
Setakat ini, CTS masih belum membeli sebarang produk keluaran Massimo. Selain daripada membantu syarikat Bumiputera seperti Gardenia, produk keluaran Gardenia juga sememangnya dijamin bebas dari bahan pengawet tiruan, sintetik atau bahan bukan semulajadi. Agak terkejut juga apabila CTS melihat satu produk keluaran Massimo sewaktu membeli barang di pasaraya petang tadi. Produk diberi nama 'Chiffon in a cup' ini mempunyai tempoh boleh guna selama 2 bulan. Produk berkenaan dikeluarkan pada Jun 2014 dan hanya tamat tempoh pada Ogos 2014.
Walaupun CTS bukan seorang pakar pastry atau kek, namun tempoh 3 bulan bukankah terlalu lama untuk produk berasaskan kek mahupun roti? Selalunya muffin dan waffle keluaran Gardenia yang CTS beli, tempoh luputnya adalah sekitar 2 minggu. Persoalannya, berapa banyakkah kandungan bahan pengawet yang digunakan sehingga membolehkan kek chiffon berkenaan bertahan selama 3 bulan? Selalunya di dalam industri 'bakery' kalsium propionat merupakan pengawet kimia yang biasanya digunakan oleh bakeri-bakeri sedunia untuk roti yang dijual secara 'wholesale'. Adakah penggunaan pengawet yang berlebihan tidak memberi masalah kepada kesihatan pengguna? (SUMBER CUCU TOK SELAMPIT)
Kalau mee kuning terlebih bahan pengawet, ia boleh dikenalpasti menerusi perubahan warna … kuning jadi kemerah merahan. Kalau roti dan kek bagaimana? Pada siapa pihak konsumer bergantung harap?
ReplyDeletekena tabik pemerhatian CTS
ReplyDelete