Pages - Menu

Tuesday, 5 August 2014

ADUN CEMPAKA Merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor Cuba Disihir Penyokong PKR

Selepas Iskandar Samad membalas kenyataan Saifuddin Nasution dengan nada sinis, Saifuddin Nasution turut dibantai oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Tidak cukup dengan itu, para penyokong PKR sendiri, turut membalun Setiausaha Agung PKR itu dan menyifatkannya sebagai orang terdesak untuk mencari alasan.

Saifuddin Nasution suatu ketika dahulu, pernah menjadi ahli PAS dan kemudian menang sebagai Ahli Parlimen Machang, sehingga kini, status keahlian partinya tidak diketahui. Walaupun ada yang mengatakan dia telah keluar dari PAS dan menyertai PKR bagi membolehkannya menjawat jawatan Setiausaha Agung, namun dalam PKR, segala-galanya berkemungkinan.

Contoh terbaik adalah Anwar Ibrahim yang sehingga ke hari ini, tidak pernah menganggotai PKR sekalipun berjawatan Ketua Umum PKR yang tidak boleh dipertandingkan dan tidak boleh dicabar.

Saifuddin Nasution cuba mencalarkan integriti Iskandar Samad. Cuba juga untuk menuduh PAS bersalah kerana berlaku kekecohan di Selangor terutama sekali dalam perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, meskipun sebenarnya kekecohan tersebut berlaku angkara Anwar Ibrahim yang cuba mengelak daripada masuk penjara kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

8 Ogos merupakan tarikh sebutan di Mahkamah Persekutuan yang bakal menentukan untung nasib Anwar Ibrahim setelah Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan menolak keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.



Sebelum ini, ada khabar-khabar angin tentang amalan perbomohan yang amat dipercayai oleh Anwar Ibrahim. Beberapa pihak turut menampilkan bukti berupa gambar dan video yang menunjukkan Anwar Ibrahim sedang menyembah patung dan upacara perbomohan India di sekeliling rumahnya di Bukit Segambut. Anwar Ibrahim juga turut bersembahyang bersama-sama jemaah Kristian yang mengadakan upacara untuk menolak bala di rumahnya. Malah Anwar Ibrahim turut terlibat dengan bomoh-bomoh serta ketua-ketua agama kebatinan di Jawa pada pertengahan tahun 2012 bagi melakukan pemujaan serta upacara menyelamatkannya daripada dihukum penjara.

Salah seorang bomohnya yang terkenal dan dikenali adalah seorang lelaki berbangsa Punjabi bernama PAJAM SINGH (BACA DI SINI) yang sangat setia mengikuti setiap perbicaraan Anwar Ibrahim.

Bimbang dengan pengaruh dan halangan yang akan diberikan oleh Iskandar Samad, membuatkan seseorang yang kuat menyokong Anwar Ibrahim, cuba menghantar sihir kepadanya.

Dah makin mengarut dan terdesak sangat dah si Anwar Ibrahim ni!


1 comment:

  1. Biasala org PKR kan suka tikam Belakang..ikut kepla la...

    ReplyDelete