KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT & PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK
SEMUA KEPUTUSAN MELALUI PROSES UNDIAN DALAM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMKN)
Kami
ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau EXCO) dari KEADILAN
dan DAP menghormati perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor bahawa YAB Tan
Sri Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor
dalam suasana sekarang.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini,
KEADILAN dan DAP akan menggunakan kaedah yang menepati Undang-undang
Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk
pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh
rakyat.
Sebagai menghormati kehendak rakyat dan titah DYMM
Tuanku Sultan Selangor tersebut, kami akan terus menjalankan tugas
harian sehinggalah seorang Menteri Besar baru dari Pakatan Rakyat
dilantik untuk menggantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Dalam
tempoh peralihan ini, urusan yang melibatkan kami, anggota EXCO dari
KEADILAN dan DAP adalah mengikut mandat yang telah ditetapkan oleh parti
seperti berikut:
1. Kedudukan dan fungsi YAB Tan Sri Khalid
Ibrahim hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang
Menteri Besar dari Pakatan Rakyat dilantik;
2. YAB Tan Sri
Khalid Ibrahim dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak boleh
membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian. Sebarang
keputusan MMKN perlulah diundi supaya fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
dihadkan kepada kapasiti peralihan; dan
3. Kami, ahli EXCO dari
KEADILAN dan DAP tidak akan berjumpa dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
(kecuali di mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) untuk
mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing
Perkara-perkara diatas akan dilaksanakan serta merta.
Kami
akan terus menjalankan tugas mengikut mandat yang diberikan kepada
Pakatan Rakyat sementara perkara ini diselesaikan secara baik dan
seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat mengambil alih dalam masa
terdekat.
DATO’ TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan
PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita
SAUDARA EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram
PUAN WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar
PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi
SAUDARA GANABATIRAU A/L VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin
12 Ogos 2014
---
Dihantar Oleh:
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org
Lantik orang lain je
ReplyDeleteApasal nak lantik org lain? Jika TSKI boleh menerajui Selangor dlm keadaan aman dan sejahtera tiada keperluan utk diganti...bodoh punya olang Anonymous12 August 2014 17:11..... ptiuhhhh...
ReplyDeleteKenapa pulak MB tak boleh buat keputusan ? Diorg je yg pandai2 kata peralihan tetapi kuasa MB adalah seperti biasa. Anwar makin gila bersama DAP
ReplyDeleteAnon2 kat atas kena paham sistem pentadbiran. MB mestilah di bantu oleh exco2nya bg memastikan pentadbiran berjalan lancar. Tetapi dalam kes ini,jika exco2 tidak mahu bekerjasama dgn MB ( anon2 semua kena ingat,MB yg lantik exco ini dan MB juga berhak utk mengantikan exco jika didapati exco tidak mahu bekerjasama dgn BOSS yakni MB). Aku harap TSKI,ambil keputusan drastik,yakni gantikan exco2 yg tidak mahu jadi satu team dgn exco2 yg br. Baru ada akai PKR dan DAP.
ReplyDeleteMemang itupun yg akan dibuatnya. Cuma kena fikirkan calon paling sesuai berdasarkan kelayakan. Bukan.main boh, asal ada. Exco yang ada tetapi tak dapat memberi kerjasama atas dasar patuh kepada parti terpaksa disingkirkan. Kerajaan adalah untuk rakyat, bukan harta peribadi.
Deletebuang mdm speaker dulu....
ReplyDeleteelok tiada exco dari UMNO..
ReplyDeleteExco milik PAS & bebas (penyokong setia khalid dari PKR).
Ahli pas sukar dirasuah..mereka tak mabok todi, berjoget dgn pelacor, dan menjaga amalan..
Eloklah juga MB dari kalangan PAS, YB Iskandar cth.,
bila lagi PAS ingin menubuhkan kerajaan Selangor?
PAS LAA YANG DAH MABUK TODI DAN CALSBERG... ADA ADUN 15 ORANG TP JADI TUKANG ANGGUK SAJA... SEMUA BAGI KAT DAP DAN PKR... BODOH PUNYA PAS...
ReplyDeleteLAGI PAS BODOH... ( DULU KATANYA...)...HARI INI KITA DAPAT KUASA...ESOK KILANG CALSBERG KITA ROBOHKAN....(REALITINYA) HARI INI...DR RANI CAKAP..."AKU DAPAT RASMIKAN JAMBAN KAT KUBUR INDIA PUN JADI LAAA....KESIMPULANNYA...PAS MEMENG BAODOH TERSANGAT BODOH TULI TELINGA!!!!
ReplyDeleteJangan terlalu menggodam PAS pula. Kan PAS dah nampak ada sedikit kemajuan. Cuma masih terkejut dengan mainan KETUM walaupun dah berani melawan. Kali ini PAS dah ada senjata sulit melawan KETUM. Kan bagus bila masuk gelangang masing2 bawa senjata . Silap langkah dua2 sekali kecundang. PAS kena keluar dari sarang maut itu jika mau selamat.
ReplyDeletePAS TAK KONSISTAN...17 HARIBULAN MESYUARAT...SAH U-TURN ....DALAM PARTI PENUH ANWARINAS@PARASIT...CACING DAH NAIK KE KEPALA...OTAK DAH KENA CONTROL...JADI NAK HARAP APA DENGAN PAS?????.....PAS KENA KELUAR PR DAN BERSIHKAN AHLI DARI PARASIT.... MAKAN ANTIBIOTIK BANYAK2 BARU BOLEH BERFIKIR DENGAN BETUL..JANGAN ASYIK U-TURN SAHAJA.!!
ReplyDelete
ReplyDeleteKALAU PAS BUAT U TURN ELOK LAH KHALID BUBARKAN DUN.