Pages - Menu

Friday, 1 August 2014

POLIS BURU Pemilik Akaun FACEBOOK Yang Reka Cerita 'PERGADUHAN KAUM DI KELANG'!

Polis telah mengesahkan bahawa berita kononnya 6 orang lelaki Melayu pelajar Tahfiz telah dipotong di kawasan Pandamaran malam tadi, adalah berita palsu. Bagaimanapun, polis sedang mengenalpasti pemilik akaun Facebook "Lu Langsi Lu Mati BN vs PR Ratu Naga".

Buat masa ini, polis tidak mendedahkan individu yang telah menyiarkan berita palsu tersebut menerusi laman Facebook tersebut. Sebaliknya mengesahkan bahawa berita palsu itu mulai tersebar di WhatsApp secara meluas bermula daripada printscreen laman Facebook tersebut tanpa menunjukkan penyiar pertamanya.

Hampir kesemua Balai Polis di Kelang, Pandamaran dan Port Kelang serta MPV dan petugas PC di HTAR memaklumkan tiada insiden seumpama itu.

Polis akan membuat hebat menerusi Facebook IPD Kelang Selatan bagi menafikan berita tersebut dalam masa terdekat. Satu laporan polis juga akan dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut atau rasmi dibuat ke atas pemilik akaun berkenaan.

Pun begitu, berlaku satu insiden gaduh sepertimana dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kelang pada 31 Julai 2014 jam 4:50 pagi. Insiden tersebut berlaku di Vital Net (cyber cafe) yang beralamat di No. 290, Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, Kelang di mana melibatkan 6 enam orang lelaki dari Sabah yang cedera ditetak oleh lebih kurang 10 orang lelaki India.

Daripada 6 orang terbabit, 4 cedera parah dalam diletakkan di ICU HTAR, manakala dua orang lagi stabil. Seorang budak lelaki berusia 15 tahun turut dicederakan tetapi keadaannya stabil.

Seramai 6 orang suspek telah berjaya ditahan untuk siasatan lanjut. Siasatan juga dibuat di bawah Kanun Keseksaan 148.

11 comments:

  1. polis kalau pasal ni cepat je...pasal kelvin yip tu apa cerita?

    azhar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kompom polis diam2 ja.

      Delete
    2. Tengah mabuk ketupat lgi gamaknya. Bangsa melayu didahulukan, bangsa lain dibiarkan..

      Delete
  2. Ini mesti polis dapat info...pemilik FB tu berbangsa melayu...tindakan pantas lagi pro aktif akan di lancarkan...itula kehebatan PDRM...

    ReplyDelete
  3. bagi polis, yg penting ambil tindakan ke atas melayu... tu kira berani & bertanggungjawab la tu konon nye... kafir2 menghina Islam tak diambil tindakan pulak... nampak sangat TAK ADIL !!!

    ReplyDelete
  4. Jangan sebar fitnah, lebih2 lagi hasutan. Bahaya ...

    ReplyDelete
  5. Penyokong BN sentiasa mempertahan tindakan polis tetapi akhir-akhir ini.......banyak mengkritik. Why? Dimana salah silapnya.....Jika betul tindakan,teruskan.....jika tersasar harap perbetulkan.

    ReplyDelete
  6. Kekadang saman dan amaran macam makan kacang jer...dah tak laku dan tidak diindahkan....kerana apa...cuba teka....ya betul!....ISA.
    Orang lama 1957

    ReplyDelete
  7. Yang jelas Melayu Islam diwajibkan berlembut sepanjang masa walaupun pihak lain bertindak macam syaitan. Buat polis report dan terus diam sahaja macam tokoh2 politik parti Islam yang memilih sikap memekak badak selama ini. Atau ini satu isyarat dari pihak kerajaan supaya Melayu Islam kembali menyokong pemerintah mendapat majority besar maka masa itu baru Melayu Islam akan mendapat pembelaan.

    Rakyat tidak akan mengerti hal ini kerana ramai Melayu Islam dilihat sudah tersangat taksub kepada pemimpin tertentu hingga Melayu Islam dihina pun terus mengambil sikap membisu sahaja.

    Yalah tu......bila undi tak mau sokong kerajaan hingga kerajaan lemah......tetapi bila Melayu Islam di hina cari kerajaan lemah itu pula........patut pun peguam Negara buat macam tu.......padan muka dia dan muka Melayu semua..........menang sabung kampong tergadai......

    ReplyDelete
  8. kalau yg kena serang tu melayu diam diam ja polis buat kerja, takda mana mana wartawan pun yg buat liputan, tapi bila yg kena seraang tu paria, jgn kata igp, pm pun turut buat kelam kabut bagi jaminan akan menghukum sekeras kerasnya, tapi bila melayu macam kes peguam ygbunuh melayu kat bating sampai hari ni tak settle......macam l£%%&*-+au ja kerja lu orang

    ReplyDelete
  9. PENJENAYAH YG KERAT TU PATUT DIHUKUM TERLEBIH DAHULU..

    POLIS ADA SENJATA & AHLI YANG LEBIH KUAT..

    KENAPA NAK SIBUK2 KECOH CARI FACEBOOK..

    TANGKAP @ SERANG PENJENAYAH BERSENJATA YG ZALIM ITU..

    ReplyDelete